Saturday, April 5, 2014

KEYWORDS POPULAR

Assalamulaikum ...


Happy weekend! Malas bebenor pagi ni nak OT sebab nak kena sambung pack kain baju nak outing. Hasben pulak memang kena keje wajib pagi ni. So, isteri mengalah untuk tidak pergi OT. Lagipun kalau aku kerja pagi ni mesti terkejar-kerja dengan rumah tak habis kemas lagi, nak lipat baju (eh, tetiba .... kikiki, hasben keje so kena la lipat baju sumer. sadis tul la). Terus pepagi sms rakan sekerja yang aku tak dapat join sama pergi tengok site. Sorry!

Taknak story pasai weekend aku, tak best pulak. Aku nak story pasal keyword paling popular kat belog aku. Aku kan jenis blogger yang hari-hari nak jenguk akaun Nuffnang. Bukan setakat nak tengok ada CPUV baru ke tak ... tapi nak tengok keyword yang  readers paling suke cari. Kan kite nie kenalah buat kajian sikitkan. Saja syok-syok ...

Antara keywords yang paling top dicari mereka kat blog aku ni adalah;

#diet atkins
#diet atkins malaysia
#menu diet atkins
#petua kurus
#petua disayangi kekasih
#resepi tomyam sedap
#resepi mee goreng sedap
#doa sentiasa dirindui
#menu kurus

Tengok betapa gigihnye mereka mencari info mengenai diet atkins ni. Ini adalah keywords yang menduduki carta teratas. Blog aku ni takdelah detail sangat bercerita pasal atkins. Aku share mana yang aku tahu dan pernah buat je. Kiranya menjadikan diri sendiri sebagai eksperimen. Sebab itulah walaupun berminggu aku tak update, ada jugalah yang sudi menjenguk. Dapatlah juga sehari 300-400 UV. Okeylah tu bagi yang tak sempat update macam aku. Lainlah kalau aku dapat update sehari 2-3 kali. Mesti boleh up lagi UV. 

Prinsip aku sekarang nie, ada masa dan kesempatan baru update. Kalau ada masa tapi tiada kesempatan, pasrah jelah dengan blog terabai kan? Nak buat macam mana ... sekarang ni komitmen dah bertambah. Keje dekat office dah berlonggok dan kadang bertingkek tingkek. Balik rumah nak update belog pun tentu tentunya tak sempat ... nak kena layan makan minum hasben. Pheeeewwww ... jadi belog ni jatuh ke tangga ke berapa aku pun tak tahu. 

Apapun, selagi mampu bercerita aku akan terus berblog. Hasben aku asyik dok tanya bila nak update trip pergi Bandung, Medan, Pulau Pinang dan 2-3 lagi trip yang dekat-dekat nie. Ada kesempatan isteri update ye!

Okeylah nak sambung kemas dapur pulak. Kejap lagi kalau keje settle awal boleh update lagi. 1.30pm dah nak pergi wedding dekat rumah kawan hasben di Seremban sana. Masa kat wedding nanti kena tahan nafsu tak makan nasi ... ratah lauk ajelah. Gemuk punya pasal .... bertahanlah dengan nafsu sendiri!




p/s : dapat juga update pagi nie ... he he hehehehehe

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!