Hi readers ku sayang!
Semalam aku tak sempat update apa-apa. Den kene kojo! Jadi, kojo ajelah .. dapat juga duit lebih untuk simpanan raya nanti. Puasa dah nak dekat ni, dah ganti puasa ke belum (untuk wanita sahaja ye yg uzur di bulan Ramadan)? Bagi yang belum, silalah ganti dengan segera. Jangan nak terberry berry baru nak korek lubang hokeh. Not good!
Okeh-okeh ... aku bukan nak cerita bab puasa or ganti puasa ke hape. Tak arif sangat bab itu! Aku cuma nak korang tinjau lokasi makan tengahari yang agak best bagi aku di Telok Muroh, Lumut sana. Ini adalah renteten daripada entry sebelum ni. Boleh klik di SINI ---- SINI --- dan SINI juga! After kami suami isteri check out dari Best Western Marina Island, tetiba dalam kereta teringat satu kedai makan yang diperkatakan oleh seorang kawan. Berdasarkan clue-clue yang telah dipersembahkan ... masa balik tu pergi la cari. Rupanya dokek je dari simpang keluar Best Western Marina Island. Lokasi sebenar dekat simpang masuk ke Teluk Batik, sebelah kanan jalan. Dalam 10 minit kalau naik kereta dari hotel BW. Dokek la tu kan? Beriya sangat nak cari makan dekat kedai ni sebab ... tak tahu bila lagi akan sampai ke Lumut dan sebab makanan kat hotel tak berapa sedap. Perut asyik minta makan je.
Ini dia kedai makanan dan minumannya. Kami sampai time tengahari dalam 1.00pm camtu. Ramai la orang. Kedai Makanan dan Minuman Silaturahim (Masakan Ala Kampung). Memang terbaik jugalah menu yang ada. Tapi yang penting, makanan dia sedap kot ... dan agak murah bagi kami yang dok Putrajaya! Aku plak sanggup makan sikit kat hotel sebab nak makan dekat kedai ni. Penangan cerita orang punya pasal la nie.
Terus makan nasi! Jangan marah ye ... sejemput je nasi tu. Sesenduk pun tak sampai. Yang pasti ulam daun yang lemak-lemak tu aku ambil banyak. Lama sungguh tak makan ulam ni. Aku suka sangat! Daun dia segar, baru ... memang menyelerakan. Aku ambil burung puyuh masak kicap, kerabu daun selom dan sambal belacan. Hasben pulak amek sup suhun, ulam daun selom dan masak lemak siput sedut! Pastu aku suruh hasben up kan kari kepala ikan nyok-nyok! Orang Kedah ... pantang nampak kari. Terliur la apalagi.
Yang bestnye ... semangkuk kari kepala ikan saiz kecik ni cuma RM3.00-5.00 sahaja. Murahkan. Dah la kuah dia sedap. Rasa nak hirup. Memang kari utara punya. Terbaik ko! In Shaa Allah, kalau aku pergi lagi ke Lumut sudah pasti aku singgah makan kat sini lagi. Cuma nak ke sana bila, belum pasti. ekekekeke
Kedai makan nie buka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Hari Jumaat tutup tau. Apa-apahal boleh hubungi nol telefon tuan kedai makanan dan minuman Silaturahim di talian 019-5747491. Mana tau kot korang sesat. he he he. Silalah cuba, pasti korang pun tergoda dengan pilihan lauk pauknya yang banyak. Paling penting, sedap dan murah! Namapun dok Teluk Muroh kan ... ekekekeke
p/s : Asal jenjalan je, perut minta makan.
p/s : Asal jenjalan je, perut minta makan.
Oh...sedapnya kari tu nampaknya. Ulam tu kami panggil daun tenggek burung. Selalu kat Melaka banyak.
ReplyDeleteEh daun apa namanya tu ye? Dah lama betul tak makan and seingat saya memang sedap.
ReplyDeletesamalah... jalan-jalan=MAKAN SEDAP
ReplyDelete