Bila sebut pasai Shaklee aku rasa semua oghang dah tau kan? Antara supplement paling top kat Malaysia. Hinggakan aku pun terpengaruh. Aku sebenarnya dah lama kenal Shaklee, bertahun-tahun sudah tapi tak pernah dan sedikit pun takda keinginan nak mencuba. Tahu jelah aku ni, orang dah jauh ke depan aku masih was was nak mencuba.
Namun, bila seorang kawan perkenalkan aku dengan ESP Soy Protein Isolate Powder setahun lepas, terus aku jatuh cinta dengan Shaklee. Masa tu belum lagi bertunang rasanya kot. Tapi aku on off on off dengan ESP masa tu. Biasalah malas nak membancuh, tapi minum tetap minum cuma tak konsisten ajelah. Bila aku dah kahwin, aku pun suggest kat hasben untuk cuba supplement Shaklee neh. Yelah, takkan aku sorang je nak sihat dah kuat. Aku pun nak hasben aku kuat dan bertenaga juga.
Tumbler dari Shaklee nie untuk aku bancuh ESP. ESP ni selalunya aku blend dengan epal hijau. Cuma akhir-akhir ni je campur dengan milo atas permintaan hasben. Satu untuk aku dan satu untuk hasben. Biasanya kami minum pagi sebelum breakfast. Dalam kereta tu memasing tonggenglah bekas ESP memasing dengan penuh taksub. Kadang-kadang aku tak sempat bancuh, hasbenlah yang tolong bancuhkan. Kalau bagi dia bancuh, mak aih punya pekat dia buat. Biasalah hasben aku semuanya nak sedap je kan. Minum ESP pun kalau boleh dia nak kasi ummmmphhh.
Dan kerana taksubnya aku dengan kebaikan supplement Shaklee, 2 bulan lepas aku dah jadi Shaklee Independent Distributor (SID) dengan pertolongan seorang kawan. Tapi aku takdelah memulakan bisnes Shaklee pun. Aku mendaftar sebagai SID adalah untuk mendapatkan harga ahli dan nak beli online sendiri. Lebih senang dan mudah. Tapi tak tahulah sikit masa lagi kalau tetiba terbuka pula hati nie nak aktif bisnes dengan Shaklee. Manalah tahu kan ....
Satu tong ESP Shaklee ni boleh tahan lebih kurang sebulan. Walaupun berkongsi. Kami cuma minum pagi je. Malam biasanya tak perlukan tenaga lebih, so tak perlu nak minum lebih-lebih ye. Rasanya dah 3 bulan hasben aku menikmati ESP Shaklee. Dia sangat suke.
Apakah kebaikan/khasiat ESP nie?
- Diet yang buat perut korang akan rasa kenyang
- Dapat mengawal kolestrol
- Menguatkan sistem imun tubuh badan
- Membantu mengelakkan kerapuhan tulang
- Membantu mencantikkan kulit
- Memberi tenaga
- Membaiki pigmentasi, rambut beruban dan masalah rambut gugur
- Menguatkan memori, dorongan seksual dan rangsangan
- Merangsa pembentukan semula sel kulit dan otot
- Mengurangkan kedutan dan agen anti penuaan
- Membantu keanjalan kulit dan mengurangkan kesan parut.
- Ada banyak lagi .... tak daya nak type...hehehhe
Hasben aku pengamal tegar ESP setakat nie. Memang aku nampak perubahan pada kulit wajah dia. Nampak lebih cerah dan pori-pori muka hasben semakin mengecil dan kurang. Bulan kedua aku up kan Alfafa dan Lechitin untuk hasben. Alfafa tidak boleh dimakan oleh mereka yang mempunyai penyakit Thalesemia dan tiriod. Sila google untuk info sepenuhnya. Amalkan alfafa sangatlah best, sebab korang akan mudah membuang. Lechitin pula membantu memecahkan lemak.
Aku pulak amalkan ESP, Alfafa, lechitin dan GLA. Lebih untuk kesuburan. Sebab aku dan suami kan merancang untuk ada baby. So, kenalah usaha apa ada caranyakan.
Setakat ini rasa sangat berbalou dengan Shaklee. Tapi bagi korang yang ingin mencuba sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kalau korang nak, boleh contact mak Shaklee aku dekat Pretty Healthy Cabine. Dialah yang banyak advice aku itu ini tentang Shaklee.
Silalah cuba mana tahu kalau-kalau dapat membantu masalah kesihatan korang kan ...
p/s : Pertama kali aku serius dengan supplement, sebelum ni banyak main-main je.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!