Thursday, April 3, 2014

LAPAN JAM

Assalamualaikum ...



Sepatutnya entry nie aku publish semalam, tengah syok menaip .... hasben sms suruh cepat turun dari opis. Time tu dan azan Maghrib berkumandang dan semua budak opis aku dah berambus balik. Tinggal aku sorang. Hasben aku pula pi jumpa kawan-kawan dia. Satu perangai hasben aku ni kalau dah jumpa kawan-kawan secawan kopi, mak aih lama betul borak. Borak tak ingat isteri sedang tunggu dia nie. Aish! Berbalik kepada tajuk 8 jam, bukan bermakna aku tunggu hasben aku sampai LAPAN jam. Idak la. Kisah lapan jam ini pasai office hour. Kerja office kan lapan jam sehari, lima hari seminggu. Pasrah kadang-kadang!

2-3 bulan ini aku rasa lapan jam kerja macam tak cukup, sekejap sangat. Aku rasa kadang nak bernapas pun tak sempat. Semput jadinya. Sejak beberapa bulan ni, boss asyik suruh buat itu ini. Okeh, ai menurut perintah. Awak dah bukan bosskan, so sila jangan melawan cakap. Aku ni senang je, walaupun aku tersedar kadang terjadi lurus bendul sikit sebab malas nak fikir, kalau boss tu okey, ikut rules ... maka In Shaa Allah aku akan jadi pengikut yang baik. In Shaa Allah. Jangan aku dapat boss yang sikit - sikit nak menyimpang ke laut je manjang, ko tengok la aku boleh jadi mak singa tetiba! Percayalah sebab ia pernah berlaku. Aku ni ramai yang tegur cukup pendiam dan nampak sombong. Redha bab pandangan orang pada aku tuh, tak semua orang sempurnakan? Aku pendiam bersebab. Bab sombong aku rasa itu bukan aku. Bila diam, perkataan sombong akan terus jadi sinonim pada sesetengah orang. Tapi korang dah kenal aku, In Shaa Allah boleh jadi kawan dunia akhirat. I promise! Janji kau bukan jenis tikam belakang.

Back to cerita lapan jam sebagai tajuk tuh, kerana tak cukupnya masa untuk aku siapkan kerja dalam masa lapan jam, maka everything jadi terkejar-kejar. Sumtime aku pikir, eh ... sejak bila pula tak pandai manage masa nie? Normally okeh je! Bukan soal tak pandai manage masa, tapi memang load kerja bertambah dari biasa. Itu pun aku berusaha sebaik mungkin untuk reply segala surat menyurat plus email yang masuk agar takde yang tertangguh.

Bila kat office aku penat. Banyak fikir. Banyak bergerak, maka bila sampai rumah aku jadi sangat penat. Letih satu badan. Kalau macam orang kerja buat rumah, keje repair jalan ke, keje kat sawah bendang ke ... badan dan tulang 4 kerat je yang penat. Tapi orang yang kerja office nie, banyak fikir itu ini ... dengan otak, badan dan semua tulang temulang jadi sangat penat. Balik nak masak lagi ... nak basuh baju lagi ... nak basuh pinggan lagi ... nak sidai baju lagi ... tapi lipat baju tak la setakat nie, my hasben will helps me. keh keh keh! Apapun tak boleh isteri neh!

Macam kelmarin, aku serius sangat penat. Memandangkan ada Pasar Tani hari Selasa so hasben cakap beli makanan kat Pasar Tani je. Hip hip horeylah aku. Sebab tak payah masak kan! Sekarang nie, asal pergi Pasar Tani je mesti nak beli kambing menanduk bukit grill. Sedap tau. Baru RM10 untuk 100grm tak salah aku. Puas tawaf Pasar Tani tuh, beli ikan ... beli ayam, beli makanan bagai dan sampai je rumah terus siap-siap masuk pinggan nak makan. Aku mandi dulu. Wajib mandi sebelum makan, biar makan tu selera sket. Memandangkan aku sedang usaha nak diet balikkan, so aku cuma amek kambing dan ayam goreng. Hasben plak makan maggi goreng selambak punya banyak.

Sudah makan, tau apa jadi ... berat giler kot mata nie nak diangkat. Plus badan cukup penat. Mengantuk sebab perut dah kenyang. Tengok sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang makan tadi. Dengan periuk nasi hari sebelum tu pun ada. Aku rendam dulu. Dalam hati memang dah tak terdaya. Terus cakap hasben, "esok pagi sayang bangun awal, nanti sayang basuh!". Hasben aku memang tahu aku penat tahap tak boleh blah dah. Terus masuk bilik, sekarang nie senang sket sebab aku dah buatkan meja office dekat hasben terus letak dalam bilik tidur. Aku tak suka dia guna lappy and dok sorang-sorang dekat ruang tamu. So, lappy tu biar je kat ruang tamu and PC satu lagi aku letak dalam masterbedroom kitaorang. Aku tidur dia boleh je siapkan segala minit mesyuarat dan kerja-kerja lain dia. Dalam bilik pun ada TV, so tak perlu sibuk nak melangut sorang-sorang kat ruang tamu tuh.

Aku dah sedap tidur. 6.00am aku pasti terjaga. Tidur awal. Bangun pun pasti awal. Macam hari nie, aku tidur 11pm, bangun 5.30am. Okeylahkan ... takyah tidur banyak sangat, satgi kepala jadi pening.  Bila bangun pagi Rabu, aku tengok dapur aku dah kemas. Pinggan mangkuk dan periuk nasi dah berbasuh. Meja buat kerja kat dapur pun kemas. Fhuhhhhh lap dahi, muke ada sinyum! Thanks la hasben. Aku tak rasalah pari-pari dari langit turun kemas dan basuh pinggan kat dapur rumah aku kan? Of course la hasben yang tolong. Terima kasih daun keladilah wahai suami, lain kali boleh bantu lagi.

Hasben aku akan membantu dalam keadaan aku sendiri tak terjangka. Selama beberapa bulan nie macam tulah. Selidik punya selidik dia pun ada masa bantu mak dia masak. Duduk rumah sendiri dulu pun dia kemas rumah sendiri, masak sendiri ... so everything dia memang tahu buat sendiri. Sekarang dia dah ada isteri, jarang dah dia buat semua tu. Sesekali dia akan tolong juga. Takdelah aku sorang je kena buat itu ini jongkang jongkit sorang-sorang. Dan yang paling aku suka kerja-kerja rumah dia much better dari aku! Serius. Coz hasben aku sorang yang teliti and pengemas. Isteri dia so-so je ... kadang suam-suam! Macam weekend last week la, aku kena keje Sabtu Ahad. Sabtu hasben dok rumah, sebelum pergi keje aku dah siap masak untuk hasben ... petang bila aku balik, rumah dah siap vacum dan kain baju semua dah bersidai and berlipat. Ermmmm ... nikmat Allah yang mana lagi mahu aku dustakan? Bukankah semua ini satu rezeki. Walaupun dia jarang-jarang nak tolong, tapi dia tahu je bila masa dia perlu bantu aku kat rumah. Itu pun dah cukup.

Hasben walaupun dia garang and tegas, kadang jenuh nak berlawan itu ini sampai aku sentap .. tapi dialah juga yang memujuk hati aku tanpa aku sedar. Yelah, mana manusia yang sempurna dalam dunia ini walaupun kejadian manusia oleh Allah itu adalah sempurna. Sikap kita kadang-kadang menjadikan berlakunya kekhilafan dalam hidup ini. Aku tak kata perangai hasben aku terbaik, tetapi aku tahu dia sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik untuk aku dan keluarga kami. #mungkin kisah silam mengajarnya tentang sesuatu, kadang terfikir ada baiknya juga kejadian itu berlaku, ada hikmah tersembunyi#

Sekurang-kurangnya, kerja lapan jam aku yang penat itu ... tetap buat aku boleh tersenyum dengan bantuan suami di rumah. Hanya Allah Ta'ala yang dapat balas budi baik suami .... moga ada keberkatan buatmu sayang! Chewaaaah feeling sudah! Maafkan saya ....hikhikhikhik....






p/s : Kepercayaan kadang buat kita rasa penat sangat. Apapun .... teruskanlah melangkah!

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!