Saturday, April 12, 2014

MENU DIET ATKINS UNTUK SEMINGGU

Assalamualaikum ...


Bersama ini aku kongsikan menu diet atkins untuk seminggu. Cheewah ayat macam dalam surat rasmi je kan. Uweeek! Pulun dok share menu la, tips atkins la ... tapi aku sendiri tak dapat nak follow 100%! Huh, apa pun tak boleh. Sabar ajelahkan ... Takpe, bak kata hasben aku, pelan-pelan kayuh sayang. Nanti akan kembali juga ke berat asal dengan usaha dan disiplin  yang jitu dan mantooop!!


Menu ni aku dapat dari group atkins dekat facebook. Kalau korang ni jenis rajin mengoogle, pastinya korang akan terjumpa 3-4 macam page berkaitan atkins. Silalah join bagi yang berminat. Yang tak berminat tu, cukuplah sekadar membaca sebagai knowledge sahaja. Macam aku dululah, bertahun dok baca pasal atkins, haram nak cuba. Tetapi entah kenapa tahun 2012 tu tergerak hati nak cuba. Jujur cakap diet nie memang berkesan untuk turunkan berat badan. 

Ada jugalah kesan sampingan dari diet atkins ni! Nak tahu apa dia? Kalau korang dok pulun sangat diet atkins nie, kesan sampingan dia adalah ............... kurus dalam tempoh yang sekejap! Sebulan pun boleh turun 10kg dengan syarat kena follow betul-betul segala peraturan. Pasti tak menyesal punya. Yang menyesal orang macam aku, dah turun sampai 12kg lepas tu pi stop pulak atkins. So, berat naik berkilo-kilolah balik. 

Sekarang ni, ada orang cakap dekat aku gemuk walau sibuk taknak makan itu ini. Eh, aku gemuk kau pulak terasa beratnye. Baru sehari-dua kot cuba kembali berdiet takkan terus kurus kot. Agak-agaklah kan! Tapi takpe, aku memang suka orang cakap macam tu. Cakap-cakap negetif manusia ini adalah satu cabaran buat aku. Wajib rasa tercabar. Kalau tak tercabar lemak susah nak terbakar nanti. he he he.

Buat rakan alam maya yang beratkins, selamat meneruskan diet atkins anda dengan cemerlang dan jayanya! Usaha tangga kejayaan.



p/s : Aku tahu, aku pasti boleh kembali kepada atkins!

33 comments:

  1. bdn maya jenis yg cpt naik...dlu mmg pakai atkins nie..
    now bile dah kawen bdn naik lg...huwaaaaaaa~
    ni first day atkins blk...huhu

    ReplyDelete
  2. sy pun rajin baca pasal atkins ni especially dr CK lah. nak cuba tapi godaan nasi boleh tahan tinggi..haha. skrg baru cuba2 ambik nasi kuantiti sikit.

    ReplyDelete
  3. sosej klu bkn honey chick klu brand lain bole x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum beli, check dulu kandungan karbo dekat bungkusan. kalau brand lain lagi kurang karbo ... beli la. api better jgn mkn prosess food semasa induction

      Delete
  4. Salam..ade tips untuk kite konsisten atkin ni..hihi..bkn senang ye tak?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...fokus dan disiplin. Set target. Itu je tip dia. hehehe

      Delete
  5. Assalam..

    betul kan...kate2 negatif tu yg mbakar semangat..tapi husband xnak bg kate2 negatif lah pasal berat badan saya...huhuhu

    sebab tu makin naik berat nye...

    ReplyDelete
  6. Thank sharing... Mmg nak berdiet atkins ni..

    ReplyDelete
  7. tq the support and sharing menu atkins ni..terbaiklah..:)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Telur tu boleh makan....kuah kari takyah la amek

      Delete
  9. Replies
    1. Kicap tu dari soya....dalam induction kalau boleh elakkan. Kena tgk dekat label berapa carb dia?

      Delete
  10. sye dh cuba diet a fkat 6 hari n hari mula tu trun dkat 3.2 then skrg dia naik blik n mendata...trase down pun ade

    ReplyDelete
  11. sye dh cuba diet atkins dkat 6 hari n hari mula tu trun dkat 3.2 then skrg dia naik blik n mendata...trase down pun ade

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn down...relaks! Semak balik apa yang tersalah makan atau minum.

      Delete
  12. saya baru nk start hr ni, kalau menu tukar2 leh x, contoh, hr kedua, bwk ke hri satu, dan hri empat, boleh ker? hehe,
    tq ! sosej ape lg yg bgus selain honey chick?

    ReplyDelete
  13. kalo menyusu baby bleh amalkan kan tak diet atkins ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Maaf lambat menjawab, Ibu menyusu tidak digalakkan mengamalkan diet ini. Ia boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan. Utk ibu menyusu lebih baik memikirkan baby dari diet. saya stop diet ni bila mengandung dan menyusu badan.

      Delete
    2. Tak digalakkan utk diet ini bg ibu yg menyusu

      Delete
  14. kalau menyusu bleh amalkan tak diet atkins ni?

    ReplyDelete
  15. Siapa mahu kurus dalam waktu singkat?text sy....okey😉

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum sis.. nak tnya.. minuman pulak cmna? air masak je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Sy dlu ambil air masak/mineral 2-3L sehari. Teh hijau tnp gula boleh....nescafe tanpa gula pn sy ambil juga.

      Delete
    2. W'salam. Sy dlu ambil air masak/mineral 2-3L sehari. Teh hijau tnp gula boleh....nescafe tanpa gula pn sy ambil juga.

      Delete
  17. Hi sya nk tahu diet atkins boleh ke untuk lemak tepu means y susah sikit nk kurus. Ambil masa y lama. Klw sya amalkan diet Atkins okay x? Pls answer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh amalkan. Pastikan kesihatan mengizinkan.
      Insha Allah lemak tepu dapat dihapuskan janji konsisten diet anda.

      Nak lebih baik sebelum diet buat pemeriksaan kesihatan untuk tahu tahap kesihatan diri.

      Delete
  18. pernah buat diet atkin dan saya berjaya turun 13kg tp lepas tu statik,tak mau turun..org kata kena cheat diet dlu then mula balik,masalahnya sy tak mampu nak mula balik smpai skrg n berat sy naik..macam mana tips bg menguatkan mental utk sy mula balik atkin memandangkan sy tiada sokongan utk derdiet dr family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam akak juga. cuma sekarang akk pekakkan telinga je apa orang nak cakap. abaikan negetive people.

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!