Baca tajuk je rasa tak boleh blah. Sila jangan nak uwek uwek sangat dengan tajuk entry aku kali ini. Aku tahulah aku bukan blogger yang superb pun untuk bagi tips. Aku sendiri pun mencari tips blogging dari mereka yang otai dan hebat sebagai blogger. Dulu, masa setahun jagung aku menerjahkan diri dalam dunia blog dengan agak serius la jugak, aku memang rajin google segala tips mengenai cara untuk blogging. Macam-macamlah tips yang aku cari. #tips menaikkn uv # tips pembaca memberi komen # tips untuk dapat cpuv dari Nuffnang (dulu panggil BE) #cara meletakkan iklan nuffnang di blog #tips menarik ramai pembaca blog. Bak kata macam-macam tipslah aku cari termasuklah #tips diet #tips kurus #tips putihkan wajah #tips kecilkan pori-pori muka #tips menabung ... tapi semua ini tidak termasuk dalam kisah tajuk hari ini. Tips mudah mengandung pun aku google juga. ahaks!
Dah lama sangat aku tak google ilmu berkaitan blogging ni. Memandangkan malam yang sejuk dan dingin ni, rasa hati nak pula mencari ilmu blog. Sebagai makluman awal pada korang semua, aku pun baca dan copy dari entry blogger lain. Tapi aku ubah berdasarkan pemahaman aku sendiri. Mana yang baik aku akan jadikan sebagai habit aku nanti dalam menulis blog. Korang pun kalau rasa baik, apasalahnya mencuba tips yang bakal aku share nanti. Apapaun diingatkan kembali tips yang aku share ini adalah hasil pembacaan aku dari blogger-blogger yang dah hebat dan terbaek! Sharing is caring ... kan kan kan. Mungkin tips yang aku share ni korang anggap macam lapuk bebenor, tapi bagi aku ia tetap ilmu.
Sebenarnya bukan senang nak dapatkan 1000 UV sehari walaupun ramai blogger yang dah boleh capai UV sedemikian malah jauh lebih banyak dari angka berkenaan, tapi ada juga blogger yang masih terkial-kial macam mana nak dapatkan pembaca yang ramai (UV). Blogger terkial-kial tu akulah ye. he he he. Paling hebat pun UV yang pernah aku dapat 900 je sehari. Senang cakap tak pernah pun cecah 1000. Tu pun ada hati nak kongsi tips terbaek kan? Punggaaaahhhhh! Aku kongsi setakat yang aku faham ajelah. Diulang sekali lagi. Merapu banyak-banyak pun tak guna, mari kita berkongsi tips berkenaan.
1. Rajin update blog
- Update blog dengan kerap adalah wajib bagi blogger kalau nak ramai pembaca masuk baca blog korang. Kalau setakat update satu entry, pastu peram sampai seminggu tak pun sebulan lagi baru nak update, sapa nak baca kan? I
tu kadang-kadang aku terbuat juga kalau dah busy sangat. Sekurang-kurangnya updatelah satu entry sehari. Itu kira paling koman dan tahap malas sangatlah. Satu entry sehari pun belum tentu nak dapat sampai 1000uv sehari melainkan korang adalah blogger hebat seperti mereka ini : Nameeroslan, Hanis Zalikha, Yuyu Kupukupukecik, Cikepal06, Redmummy, Cik Mat Gebu dan ramai lagi la. Dorang ni, update satu entry peram sebulan pastu baru update pun berlambak readers yang datang. Malah readers plak terkinja-kinja suruh blogger2 hebat ni update. Kalau rasa nak update sekali peram sebulan, tunggulah jadi blogger hebak dulu ye!
2. Bijak pilih masa untuk up entry
- Jadi blogger juga perlukan kebijaksanaan ye. Bukan main taram ikut suke tekak dan rasa
macam aku. Sila buat analisis sikit jika ingin berjaya. Aku rasa, ramai blogger yang ada akaun Nuffnang. So, korang bolehlah refer pada statistik blog korang ... jam berapa paling ramai pembaca. Time yang ramai pembaca tu lah korang update entry. Tak pun set time siap siap untuk autopublish entry korang. Senangkan? Macam aku dulu (citer dulu ajelah yek, sebab sekarang baru nak start panaskan enjin blog nie ... dah makin suam >p<) aku dah set time pada setiap entry. Dulu, aku pernah update sehari 4 entry. So, aku biasanya akan publishkan entry kul 8.30am (time orang masuk keje, tapi tak buat keje lagi ... masih baru nak panas-panaskan bontot), 12.30pm (time orang kemas meja dan siap-siap nk pi makan ... biasanya dorang akan tengok blog dulu aku rasa), 4.30pm (time orang dah kemas-kemas meja nak balik. sapa yang rumah takde internet tu aku rasa time ni dia pulun baca blog) then last sekali antara kul 9.30pm ke 10.30pm ... sapa yang bujang tu mesti lepak depan lappy. Ini teori aku berdasarkan analisis yang aku buat pada statistik blog sendiri ye. Korang pun boleh cuba juga, apasalahnye!
3. Cari isu semasa sebagai entry
- Sebagai blogger, korang pun kena cekap dan pantas juga tahu tentang isu semasa. Contoh story pasal #misteri kehilangan MH370 #Rita Rudaini tuntut nafkah anak dengan bekas suami # Aidil sah menikahi Zarema # Berita Sukan, Nicol David kalah (perlawanan apa entah dah lupe) #PRK Kajang #PRK Balingian #Pencarian Kotak Hitam MH370 # Terminal Penerbangan Tambang Rendah KLIA2 Retak #Pejabat Pengeluar Pasport Putrajaya telah berpindah ke Menara Ikhlas, Presint 3 Putrajaya.
- Senang cerita korang kena cari cerita yang memang readers akan google. Kat situlah korang tempek segala berita dan maklumat kat entry korang. Lagi latest dan lagi hot korang punya entry berkaitan isu semasa maka lagi ramailah readers akan datang untuk membaca. Aku ni slow sikit bab isu semasa, sebab aku jenis suka share tentang kehidupan sendiri. kadang-kadang je aku share pasai isu semasa.
4. Ping Entry
- Bila dah update rerajinlah ping entry korang kat mana-masa yang bersesuaian. Contohnya dalam group blogger di FB ke ... dalam busuk.org ke ... banyaklah lagi tempat korang boleh ping entry tapi korang kena rajin google. Pendek kata, kerajinan sahajalah jawapan pada segala-galanya. Bila rajin adalah hasil yang baik.
5. Blogwalking (BW)
- BW juga mendorong kepada naiknya UV blog kite sendiri. Bila dah BW tu rerajinlah tegur blogger berkenaan. Jadi followers ke ... tinggalkan komen dekat entry dorang ke. Nak lagi baik, rajin-rajinlah komen dekat blog blogger2 yang dah hebak tu. Manalah tahu nanti ada pula yang berkunjung semula ke blog korang. Secara tak langsung, UV korang dah bertambahkan?
6. Backlink Entry
- Bila korang dok up entry memanjang, sesekali buatlah backlink ke entry lama korang. Itupun boleh naikkan UV juga tau. Silalah cuba. Contohnya ; Tips mendapatkan CPUV # Sajak untuk Nuffnang untuk dapatkan CPUV #
7. Belajar mengenai SEO (Search Engine Optimization)
- SEO ni aku tak berapa nak pandai explain sangat. Aku pun dah lama study pasai benda nie tapi sekadar untuk faham diri sendiri ajelah. Jadi korang kenalah google sendiri yek bagi paham. Bila aku study blog yg hebak dorang sering perkatakan mengenai SEO ini. Yang aku tahu SEO ini amat dekat dengan search engine macam google, yahoo, msn dll. Dalam entry korang mesti ada keyword yang mesra dengan search engine. Carilah keyword yang best-best dah agak-agak orang selalu google. Ia seolah bermaksud, bila readers google je keyword berkenaan, blog koranglah yang ada pada dalam senarai 10 terawal di muka depan. Contohlah macam tu. Mungkin keyword macam #Shila Amzah pakai skirt di China # Rozita Che Wan Kerugian RM500,00 # Johor Haram Pool Party # Diego Garcia Rahsia Dunia #
Banyak lagi tips nak menaikkan UV blog.
Tapi tak terdaya aku nak menaip semua. Lain kali ada masa dan kerajinan aku
sambung lagi pasai tips nie na. Bukan apa, aku nak pi packing kain baju aku dan
hasben. Weekend ni kami kena outing lagi sampai next week. Penat weh. Luar
kawasan lagi. Every weekend jadual kami suami isteri memang penuh. Sejak
kahwin, sejujurnya aku belum dapat rehat panjang lagi. Boleh kira dengan jari
berapa kali weekend kami dapat stay dekat rumah sendiri. Ini pun dah kira
Alhamdulillah sebab hasben aku bukan lagi pegang jawatan kecik tapi busy
mengalahkan menteri besaq dalam politik. Aku sebagai isteri bersyukur bila dia
tak aktif macam dulu. But, kalau terbuka hati dia nak aktif balik dalam
politik, aku redha je. Sebab politik adalah asam garam dia sejak remaja. Dia
kenal politik dulu sebelum aku, so … selagi kerja dia tak menyimpang aku restu
je apa dia nak buat. As a wife, taat selagi ia tak melanggar hukum hakam Allah
Ta’ala. Cuma kalau rasa perlu, aku tetap menegur hasben do and don't dalam kehidupan ini. Tegur menegur tu kan untuk kebaikan bukan untuk mencari salah.
p/s : Esok, sabtu ... tapi suami isteri kena keje. Okeh, pasrah!
kita suka tips akak. bab SEO dari dulu ada la jugak baca sampai skrg xreti. bhahahaha
ReplyDelete