Assalamualaikum ...
[mungkin aku gagal dalam cinta ini, tetapi aku percaya bahagia pasti ada]
Cakap-cakap ini hanya untuk melegakan hati sendiri. Menangis sudah. Meraih pun sudah. Akhirnya aku pasrah. Moga paksaan untuk redha ini akan menjadi satu keikhlasan suatu hari nanti.
Setiap kali rasa terluka dek sikap org lain, aku yg yg rawat luka di hati. Org lain mampu meluahkan ketidakpuasan hati terhadap aku ttg apa sahaja, tp bila aku meluahkan rasa tdk puashati, sekejap itu jg aku tdk dipedulikan. Kenapa? Tidakkah aku jua punya hak yg sama sbg manusia. Hidup kita utk mberi dn menerima. Aku berkorban segala tp tetap dn jua pasti sampai masa aku terus diluka.
Ingin rasa dimiliki dan memiliki dalam kepunyaan yang seorang. Tapi harusnya kehidupan manusia penuh dengan perkongsian. Sangka aku, aku mampu bersabar dan menerima segalanya dengan redha. Hakikatnya hati menanggung beban rasa. Dalam segala yang berlaku hati masih menyayangi. Cinta masih bersemi. Malangnya setiap perkara yang kuimpikan melibatkan hati dan perasaan pasti menemui kegagalan.
Tuhan! Kesekian kalinya, cinta dan kasih sayang ini diuji dan terus diuji. Siapa yang harus dipersalahkan? Mungkin aku yang perlu meletakkan salah dalam diri. Itu jawapan yang terbaik. Andai mereka merasai aku dilukai oleh segala perlakuan, pasti tiada penyataan maaf diberikan. Aku terbenam dalam cinta dan kasih sayang sendiri. Lemas dalam lautan airmata entah ke berapa ribu kali. Harap tidak sampai jutaan kali.
Muhasabah cinta. Mungkin bukan aku orangnya. Sehebat manapun aku mempertahankan apa yang aku ada dan sehebat manapun aku menzalimi diri dengan dosa, bila Tuhan berkata sesuatu itu bukan dan tidak akan menjadi milik aku. Pastinya aku akan pasrah dalam airmata lagi dan lagi.
Muhasabah cinta untuk rawat luka di hati. Setiap kali manusia merasa kecewa dan terluka, pastinya ia akan berpatah balik kepada Tuhan. Semasa sedang berbahagia dan gembira dengan cinta manusia, Tuhan dilupakan. Adat kebanyakan manusia dan aku jua tidak terlepas dari melakukan perkara yang sama. Ini kekhilafan diri aku sendiri bukan siapa-siapa.
Cinta yang aku dukung seringkali dirabut tangan orang. Dan aku tidak bijak untuk terus berlawan. Jika si pemilik diri tertawan dengan tangan yang lebih hebat. Seakan takut cinta aku hilang, aku redha menelan segala kepahitan. Senyum tapi hakikatnya hati menangis.
Seringkali jua aku berdoa, andai dia faham cinta aku yang ada. Mungkin cinta ini seakan miskin sifatnya. Kaya dengan cemburu anggapan mereka. Kasih sayang yang sarat boleh menjadi kurus hanya cemburu yang tak seberapa. Bila sayang, cemburu perlu ada dan rasa jaga menjagai perlu wujud. Jika tidak sejauhmana perhubungan akan bertahan lama. Tetapi aku cuba sedaya upaya menjadi manusia yang setia dan jujur dalam segalanya. Mungkin cinta ini tidak lagi panas bagai dulu, tapi aku telah berusaha menjadikan ia utuh. Aku masih gagal jika segala usaha menjadikan ia benar-benar bahagia hanya datang dari pihak yang satu.
Entah apa yang aku masih tunggu. Jelas-jelas di situ. Aku tidak sehebat yang diinginkan. Masih ada tangan lain yang lebih hebat dan buat mereka teruja. Aku bungkam sendirian. Menatang takungan empangan airmata yang kian pecah. Pecah dan pecah.
Setelah ditilik sendirian, sedarlah bahawa aku tidak ingin ada sesiapa yang berkongsi apa yang aku ada. Sikap kepunyaan yang tinggi dalam diri membuatkan hadir ku tidak memberikan keselesaan pada orang lain. Tapi mereka tidak memahami, mereka inginkan aku memahami mereka dengan apa yang mereka lakukan. Bertahun-tahun lamanya bersama masih jua tidak faham diri aku yang benci pada perkongsian.
Sepertimana aku tidak suka mengambil apa yang orang lain ada, seperti itu jugalah aku tidak suka orang usik dan ambil apa yang aku ada.
Perlukan aku terus menanggung rasa kecewa cinta ini sedangkan aku tidak pernah mengecewakan sesiapa dalam cinta. Mungkinkah ini cinta pertama dan terakhir buat aku hingga sehebat itu aku cuba pertahankan? Atau mungkin Allah telah rencanakan sesuatu buat aku yang aku tidak pernah ketahui??
Ya-Allah, Kau jualah yang menghadirkan dia dalam hidupku. Dia sendiri yang datang menapak dalam hidup ku yang tidak seberapa. Tidak pernah aku memaksa. Setelah aku jaga, tatang, berkorban segalanya dan suburkan dengan kasih sayang kenapa seolah dia merasakan aku tidak cukup sempurna buat dirinya? Mengapa ujian demi ujian mendatang di saat aku cuba utk berbahagia dan tersenyum kembali? Kenapa masih ada tangan lain yang cuba meragut apa yang aku ada ... Sedangkan tangan itu tahu siapa aku dalam kehidupannya??
Ya-Allah ... andai aku tidak sempurna buat mereka yang aku sayang dan kasih, berikanlah mereka yang lebih baik dan terbaik daripada aku! Dan aku akan perlahan-lahan belajar untuk menyerahkan kehidupan ku padaMu. Paksakanlah diri aku untuk redha dengan segala yang berlaku. Setelah aku tutup buku lama dan buka buku baru ... perkara yang sama seakan sedang berlaku. Dah lama aku tutup cerita tentang orang ketiga ... rupanya masih ada!
Tak kisahlah apa yang dia cakap tentang aku lagi. Kalau tidak tahan menerima aku akan menangis ... biarpun tiada siapa yang akan menyapu airmata ini! Kelebihan yang aku ada .. dengan menulis, sekurang-kurangnya beban di hati seakan reda.
YA-ALLAH KENAPA BEGITU PERIT YANG KURASA! KENAPA AKU MASIH BELUM MAMPU MEMILIKI CINTA DAN KASIH SAYANG DENGAN CARA YANG HALAL .... perit! dugaan apakah ini??
"Siapa sebenarnya aku untuk hidupnya setelah bertahun-tahun ini melalui susah senang bersama"
Satu perasaan yang digambarkan dengan tulisan. Pastinya menjadi cemuhan ... "tulislah apa awak hendak tulis, cakaplah apa awak nak cakap, asal itu buat awak puashati!". Hanya tulisan sedangkan macam-macam yang terpendam dan biarkan ia terus tersimpan.
CK : Bila kita sanggup menerima cinta dari seseorang, maka kita juga perlu sanggup menerima beban rasa yang bakal mendatang. Tak semua cinta itu jahat dan tak semua cinta itu kejam .... cuma masa untuk memiliki mungkin belum tiba! Terima kasih Tuhan ... "kadangkala aku disayangi dan kadangkala aku diketepikan ...."