Assalamualaikum....
Cinta, seperti mengejar sebuah kejayaan, memerlukan anda untuk meletak ‘mindset’. Mindset ni adalah matlamat, azam, target, cita-cita dan target anda. Tanya diri anda sendiri: “Apa matlamat aku bercinta?” Inilah cara untuk menentukan hala tuju cinta Anda sama ada jadi bahagia, duka, cinta sekadar bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian atau menjadi cinta yang dimeterai dengan ikatan pernikahan.
Dalam usia remaja, anda bercinta sebab anda mahu menikmati bagaimana manisnya merasai cinta. Anda jadi suka apabila anda memiliki seorang kekasih. Dialah yang anda rindui, dialah yang anda sukai.
Apabila anda menginjak alam pengajian tinggi, cinta lebih kepada daya rangsangan motivasi. Anda bercinta sebab anda mahu jadikan si dia sebagai rangsangan motivasi anda. Anda jadi bersemangat belajar sebab teringatkan si dia. Anda mahu bila tamat belajar nanti, anda akan kahwin dengannya.
Dalam fasa bekerja, anda bercinta lebih kepada keinginan untuk merasai kehadiran seseorang dalam hidup, sebagai penghilang rasa sunyi. Cinta orang bekerja lebih kepada keinginan untuk hidup bersama-sama, untuk saling mengambil berat, untuk saling bekerjasama dalam apa jua perkara.
Anda mesti kenal pasti untuk apa anda bercinta sekarang ini. Tahukah anda apa matlamat anda bercinta? Adakah untuk ke jinjang pelamin? Adakah untuk mencari orang yang sesuai dengan anda sebelum bernikah?
Mindset anda menentukan kebahagiaan anda. Sama juga dalam usaha mengejar kebahagiaaan, mindset anda menentukan keberhasilan usaha anda. Selidiki hati anda. Kaji apa tujuan anda bercinta. Jika jawapannya muncul tiba-tiba, itu petanda anda tahu apa tujuan bercinta.
Jika anda masih termanggu-manggu tidak tahu apa tujuan anda bercinta, itu petanda bahawa anda belum meletak matlamat cinta – adakah untuk bernikah atau sekadar suka-suka saja?
Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir
CK : Nak nikah terus boleh? Tak nak cintan-cintun lagi ... risau takut tak menjadi! Boleh ke camtu??
cinta pun mesti kena ada matlamatkan? CK nak nikah terus? OMG. bagus-bagus. :)
ReplyDeletec.i.n.t.a - xpdc
ReplyDeletetapi kalau tak bercinta macam mana nak tahu perangai suami kite. kang tersilap pilih. menyesal tidak bergune. huhuhu -_-
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeleteselamat dtg ke blog buaya dan jadi follower sekali k..
kami > tiba2 cam takut tuk frust lagi ....
ReplyDeleteKeri > :)
cik azeya > tok nenek ... mak ayah kite takda pun cinta cinta nie...boleh je kekal beranak cucu cicit dan hingga hujung nyawa....kekal juga derang semua
Buaya > thanks datang
ReplyDeletewalaupun sy masih stdy kt ipta...
ReplyDeletehati dah nk sgt2 kwen..nk kberkatan dlm hubungan...
xsuka kawan lama2..xbg apa2 mnfaat pn,,tp.......=(
latest entry : Doa Agar Dipermudahkan Segala Urusan
x prnh fikir utk bercinta skrg..cinta trhdp family dulu..
ReplyDeleteAnis > kawan2 lama pun x elok! risau tak menjadi. kenal sekejap terus kahwin pun ada baik buruknya, tp apa yg penting percaya pd jodoh. Dulu masa belajar x pk pun nk kahwin ... da keje baru rasa waaaa ... bestnya kwin ada hubby...ada anak...ada yg care kita....kui kui kui
ReplyDeleteDina > cinta family penting .... jodoh tu kemudian pun xpe