Friday, April 29, 2011

Kalau KECEWA Apa Nak Buat??

Assalamualaikum...

Pagi ini Putrajaya hujan dengan lebatnya. Semalam puas tidur. Balik rumah petang semalam seawal mungkin dengan harapan untuk cuba kosongkan kepala dari sebarang persoalan yang buat diri menangis sehari dua ini. 

Tidur sepuasnya seawalnya. Bila sedar dari tidur ingatkan telah bertemu hari esok. Rupanya masih lagi hari yang sama. Setiap celikan mata buatkan diri mengingati dia. Kenapa ya? Pujuk-pujuk  mata agar terpejam semula. Oh! Tuhan begitu seksa perjalanan hidup ini. Entah apa yang masih dikejar olehnya sehingga diri terluka lagi. Bungkam di situ lagi dan lagi. Ingin terus menangis dan menangis rasa seakan diri terseksa.

Sedaya upaya cuba menyabarkan diri dengan apa yang orang lain telah buat diri berkecik hati dan rasa tidak dihargai atas segala pengorbanan yang dilakukan. Begitu mudah bukan? Masih ingin mencari bahagia di luar sana. Tahniah ... sungguh hebat diri mu wahai kawan! Cukup hebat dan terbaik. 

Bila keadaan ini berlangsung sedemikian, mulalah diri memikirkan dan mengenang detik-detik kasih sayang yang tidak kesampaian dulu. Dulu. Bertahun-tahun dulu. Buku lama yang telah tutup dicuba buka kembali mengingati segala perlakuan adakah ia serupa. Ya! memang serupa. Semuanya buat diri tersenyum sendirian. Dan di benak hati ... "ah! aku tertipu lagi dengan kata-katanya jua janjinya!"

"Buat apa datang?" ....

Terngiang-ngiang percakapan dia 2 malam lepas. Begitu persoalan yang diberikan. Mungkin diri buta dalam melihat perlakuan dan setiap kata-katanya. Tidak! Diri tidak buta. Diri tahu segalanya. Segala rahsia. Tetapi kerana sayangkan ikatan yang terjalin sekian lama, diri memilih untuk diam.

"Saya penat! penat kerja!" ....

Ya! Diri kamu yang penat. Meminta diri sentiasa dan sepanjang masa memahami kamu, Habis hati diri yang penat dengan segala perlakuan mu tidakkah mahu memandang. Apa lagi yang kamu mahu diri lakukan agar kamu rasa cukuplah punyai diri seorang. Segalanya yang kamu ingin diri perlakukan ...  telah dengan rela dan penuh kasih sayang dilaksanakan. Dari yang sepatutnya hinggalah yang bukan sepatutnya. Fikirlah kenapa diri masih bersama kamu hingga sekarang di saat susah dan senang? Fikirlah kenapa diri masih ingin terus ketawa dan menangis bersama kamu? Jika kamu masih tidak mampu berfikir tentang semua itu ... teruskanlah apa yang kamu lakukan sekarang. Diri cuba memahami bahawa diri  ini tidak sempurna dan bukan yang terbaik buat kamu. Pasrah!

Diri seakan ingin memaksa kamu berubah dan belajar dari segala kesilapan yang telah dilakukan. Tapi diri tidak mampu. Biarlah segalanya berlaku dengan sendirinya. Biarlah segala berlaku dengan ikhlas di pihak kamu. Biarlah segalanya terjadi atas kehendak hati kamu. Biarlah ... kamu mencari sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan kamu! Pasrah kali kedua.

Setelah perkara yang sama berlaku berulang kali. Diri terasa semakin kecewa. Sentap dengan segala perlakuan dan kata-kata. Dan terfikir kenapa kasih sayang ini masih ada. Untuk apa diteruskan segalanya jika masih dipersiakan kehadiran yang tidak sesempurna mana. Mungkin diri seakan jelik di mata kamu. Tapi harap kamu tidak lupa ... dirilah yang menyapu airmata kamu di kala kamu kecewa. ditinggalkan dia. Dirilah yang membenamkan masa diri yang ada untuk merawat sakit dan sihat kamu, bersama susah senang serta ketawa menangis bersama. Bukan mempersoalkan siapa baik atau jahat. Siapa mulia atau sebaliknya. Cuma apa yang diri inginkan ... letakkan diri di tempat sepatutnya dan sebenarnya jika benar ikhlasnya kamu hadir dalam kehidupan diri suatu tika dulu.Pasrah kali ketiga.

Siapa yang tidak sayang sebuah perhubungan yang terjalin sekian lama. Siapa yang tidak kasih pada satu cinta yang diinginkan dalam hidupnya. Siapa yang tidak cemburu bila ada manusia tsunami yang ingin merosak segalanya. Siapa yang tidak ingin pertahankan manusia yang dia hormati dari hati. Kalau tidak sayangkan ikatan ini, dulu lagi diri biar ia pergi dan putus dipertengahan jalan.

Mungkin kasih sayang dan cinta ini datang dari satu pihak dan atas sebab itulah diri amat menghargai kamu. Dan jika tiada kasih sayang dan cinta ikhlas dari kamu buat diri ... mungkin bahagia di luar sana yang sedang kamu dambakan sekarang adalah yang terbaik buat kamu. Usah sembunyi apa-apa kerana diri tahu apa yang sedang berlaku.

Mungkin kamu akan berkata, "tulislah apa yang kamu suka, cakaplah apa yang kamu ingin, asalkan hati kamu puas!"

Kata-kata kamu buat diri tersenyum dan empangan airmata pecah dengan tiba-tiba! Menangis. Tapi fizikal masih ingin ketawa. Paksa! Untuk terus tersenyum.

Cinta dan kasih sayang ini buat diri terus teruji dan diuji. Terima kasih Tuhan membenarkan segalanya berlaku. Dan diri sedar sedikit sebanyak yang berlaku kerana mungkin atau benar sebagai balasan dosa  diri di dunia ini. Biarpun diri belum pernah dan mungkin tidak akan pernah mengkhianati cinta ... diri akan belajar dan memaksa menerima ujian ini dengan perlahan-lahan. Untuk redha mungkin mengambil masa yang terlalu lama. Tapi pasti redha itu akan datang dengan sendirinya.

Diri masih sayangkan kamu! Jika diberi izin Tuhan diri ingin menjaga kamu sepanjang hayat, tapi ... jika kamu berjanji untuk menjadi manusia yang setia, jujur dan ikhlas pada ikatan ini.  Namun, jika kamu berjumpa yang lebih  baik dari diri ... dan serasi malah mampu memahami diri kamu  sepenuhnya serta menjaga kamu dengan baik. Pergilah pada dia! Pasrah kali keempat.

kamu menjadi seperti KELAPA,
mudah diperoleh,
diparut...diperah,
dan diambil santannya,
selepas itu hampasnya dibuang

[Penulis Senja]

Diri tidak mahu menjadi sebegitu ....


"Kalau kecewa apa nak buat?"


Manusia ... sudah menjadi adat. Sedang gembira, ketawa dan berbahagia pasti sedikit sebanyak lupa pada Tuhan. Walaupun tidak semua begitu. 

Bila jatuh, tersungkur, terluka, dikecewa, dikhianati dan menemui segala kegagalan dalam hidup, pastinya mereka berpatah balik kepada Tuhan. Bukan omong kosong tapi ini adalah kebenaran! Renung-renungkanlah ... kita begitu gigih mencintai manusia, tetapi dalam masa yang sama kita lupa Allah Ta'ala jauh lebih hebat menyayangi dan mencintai hambaNya. Cuma kita tidak dapat melihatNya!

Kalau kita kecewa, jalan terbaik kembalilah kepada Tuhan! Jangan menamatkan riwayat hidup yang sementara ini andai kecewa dimiliki. Jika andai dia jodoh kita, terimalah dengan ikhlas hati. Namun jika andai Tuhan tidak takdirkan dia sebagai jodoh kita di dunia fana ini ... perlahan-lahanlah menerima hakikat hidup walaupun seakan perit. Anggaplah yang kita bukan pemberi bahagia buat dirinya. Bercakap dan menulis memang mudah, tetapi menerima dengan penuh redha amat sukar!

Pujuklah hati! sabarlah wahai hati ... ujian ini hanya sementara. dugaan ini datang ingin menguji ketabahan. percayalah Tuhan masih adil kepada setiap hambaNya.


CK : Bukankah cinta itu memberi dan menerima. Semuanya ayat memujuk hati.

6 comments:

  1. kekadang sebab ada perasaan cinta dan sayang tuelah kita setia menunggu utk dia berubah.

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang baca entri CK ni dah macam baca novel, best-best. :)

    ReplyDelete
  3. eDURA > yA! KESETIAAN LAH YANG BUAT KITA SANGGUP MENUNGGU W/PUN KADANGKALA TIDAK DIHARGAI

    KAMI > terima kasih atas komen awak ... ;)

    ReplyDelete
  4. sabar lah wahai kawn.seday baca entry ni.nk nanges rs.sesungguhnya Allah ada bersama kamu.

    ReplyDelete
  5. RARA > TIADA APA2 ..SEKADAR TULISAN SAHAJA ... TQ

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!