Sunday, April 10, 2011

Macam-macam Si Kecik!

Assalamualaikum ....

Petang semalam lepas kerja, jemput my Si Kecik kat rumah dia. Alang-alang nak pi Alamanda untuk ke Maxis Centre, so bawalah jalan-jalan sekali budak kecik ni. Dah lama tak bawa dia jalan-jalan...! Nak pi Maxis Center pun sebab URUSAN INI! Pi lah baca sendiri ya kenapa kita pi Maxis Centre.....

Ini budak kecik tu! Macam-macam hal dia ni. Asal ajak bergambar ada sahaja aksi dan memek muka dia. Susah betul nak dapat snap muka dia yang kiut miut tu! Biasalah orang bujang, asal teringin nak main dengan budak kecik je ... angkut aje anak abang dan anak adik. Ada jugalah anak yang dapat menumpang kasihkan...

Tapi budak kecik nie banyak betul ragam dia. Sebelum keluar rumah dah kena minta angkat sumpah supaya tidak minta macam-macam. Kalau tak angat sumpah mahu satu Alamanda tu dia nak borong. Pening kepala .... Bertambah pening sebab dia cakap pandai. Ada sahaja benda yang dia nak menjawab tak padan dengan umur baru 4 tahun! Alahai boleh pitam mummy saudaranya nie.


Sebelum jalan pusing Alamanda budak kecik dah ajak pergi makan. Dia ni tak habis-habis nak makan KFC. Budak zaman sekarang .... KFC ... Mc Donalds .... benda biasa. Saya dulu dah masuk sekolah menengah baru kenal KFC dgn Mc Donalds. Biasalah budak kampung ... mak ayah mana pandai nak bawa pi makan kat tempat macam tu. Kalau ajak pun mesti mak ayah cakap "tak pandai nak order!".... Ha ha ha .... siankan!

Puas berjalan kat Alamanda semalam, time ajak balik tak mau pula budak kecik nie. Adus .... nak tido kat Alamanda gamaknya! Sudahnya terpaksalah berjanji puti-puti kata nak bawa dia datang lagi hari ini! Owh! sorry ya budak kecik ... terpaksa bohong ... kalau tak kita dah tido kat Alamanda semalamkan ....

Macam mana pun saya sayang budak nie! Aduhai ..... kadang-kadang kau buat saya pening terlampau!



CK : Rasalah jadi mummy sekejap ...

3 comments:

  1. best kan bawa anak buah jenjalan..test sifat keibuan..hakhak

    ReplyDelete
  2. baru 4 tahun ke? kalau x mak cik die tidur alamandalah semalam. :)

    ReplyDelete
  3. Kak Qaseh > test la sgt! derang sumer ckp cam ibu tiri ... coz garang katanya! hu hu. tpi dengan budak 4 thun nie garang camne pun sure ttp kalah dgn pangai dia

    Kami > nasib baik la pandai bohong sunat ... kalau tak berkhemah kt sane la

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!