Sunday, April 17, 2011

Maharaja Lawak!

Assalamualaikum...
Rumah saya memang takda Astro Warna...malasnya nak melanggan. Dalam mood nak berjimat cermat. Jimat cermat tau bukan kedekut tahik idung masin. Setiap Jumaat memang tak dapatlah nak layan Maharaja Lawak Sampai hati Astro...pindahkan siaran Maharaja Lawak dari Astro Prima 105 ke Astro Warna. Sajelah tu nak suruh rakyat Malaysia melanggan....haissshhh....nak buat duit aje!! Sesekali beramallah....

Sudahnya saya layan Maharaja Lawak kat internet jer! Layan Youtube terus. Hah! Sonang hati den ar...abis citer. Tak usah lagi nak pening-pening langgan Astro Warna. ha ha ha. Jimat duit den ... cuma lambat sket la tonton berbanding mereka yang ada Astro Warnakan...! Arghhh tak kisah semua tu, janji boleh layan ... ye tak??
Lagipun saya suka sangat kat lawak dorang-dorang nie! Boleh dikatakan terbaek dari ladanglah dorang nie. Lawak yang ada uummmmppphhh!!

JOZAN! .... lawak memang terangkat!
SEPAH! ini lawak guling-guling punya

NABIL! dah semakin best ....keep it up bro!!


Yang lain-lain tu lawak tak cukup kental! MAN pun da kurang lawaknya. Macam ada yang tak kena. Mungkin sebab pesaing hebat-hebat belaka kot. R2 pun....boleh lagi la peringkatkan persembahan dan isi lawak tu....

Nasib baiklah ada streamyx kat rumah...kalau tak, tak dapatlah merasa tengok Maharaja Lawak! ASTRO...kasi tukarlah ke channel 105 balik....sian la kat saya....hukhukhuk....Nak melanggan pun macam tak berbaloi sangatlah....


CK : Hiburan semata-mata!




2 comments:

  1. kt rumah xdak astro warna,,cuma ada streamyx macam kamu jugak hehe

    streamyx pn streayx la kan..asalkan ley layan =)

    ReplyDelete
  2. gelak guling2 tengok jozan dengan nabil. dulu sejak nabil ade kes, mls nak minat, tp tibe2 best pulak hari tu. boleh pulak lalat jadi piano. gile sengal. hahah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!