Gigih join segmen BA kat SINI! Walaupun time dah nazak. Korang layankan jelah kenangan yang tak boleh saya lupakan semasa zaman sekolah! Kenangan yang bukan setakat saya je ingat, tapi semua family saya ingat cerita nie...hahahah
Rindu terlampau dengan zaman sekolah dulu. Nak ulang semula? Ermm ... Tak dapat la. Tengok jer budak sekolah dengan uniform yang cute tu. Alahai comelnya ... Rasa macam nak sandang semula beg sekolah dan bawa basikal sekali. Bagus juga segmen nie. Patut berterima kasih dengan Encik Ben!
Masa darjah satu, ayah atau mak yang hantar. Start darjah 2, saya ke sekolah naik gherek (basikal). Sebab abang pun sekolah sesi petang, so dah ada penjaga yang akan teman mengayuh bersama. Jauh tersangat mengayuh gherk … jarak dari rumah ke sekolah pergi balik lebih kurang dalam 30km. Perghhh terbaik punya kayuh kalau balik sekolah tengahari lit lit, matahari terpacak atas kepala lagi ... dengan peluh meleleh, lalu tepi bendang (sawah padi), siap berlumba-lumba dgn kengkawan. Masa tu hidup takda masalah, kayuh gherek selaju mungkin, asal sampai umah terus teguk air. Cukup time buat kerja sekolah, tido, bangun tido, tengok tv pastu malam mengaji Quran! Best kan … alahai memang tak da ulang tayanglah drama zaman kocik-kocik nie!
Nak cerita pasal kenangan masa zaman sekolah memang banyak. Tapi yang betul-betul semat dalam ingatan ada lah 4-5 kenangan. Cuma ada satu kenangan nie yang betul-betul tersemat dalam kepala saya dan juga mak ayah saya. Hu hu … terbaik punya sampai jadi ejeken hingga skang. Maluuu …
Citer bermula masa saya darjah satu. Biasalah tak berapa cerdik sangat. Dah tu terlebih manja. Maklumlah jadi anak bongsu selama 5 tahun pastu baru dapat adik. Kira memang dapat perhatian lebihlah berbanding abang.
Lebih kurang 3 bulan saya kat kelas 1 Merah, ada satu hari tu ayah terpaksa hantar pergi sekolah lambat. Hujanlah katakan. Ayah bukan ada kereta pun masa tu. Cuma ada sebijik motor Honda petak je. Motor tulah buat hantar anak-anak pergi sekolah dan ulang alik pergi kerja. So, memandangkan masuk kelas dah jam 9.00am, semua student dah masuk kecuali saya lambat. Bila dah lambat for sure takut cikgu marah. Sedangkan takdanya cikgu nak marah pun. Dia pun faham sebab hujan. Kalau sekolah kampong, datang lambat time hujan adalah perkara biasa. Takda apa nak dihairankan…sebab jarak rumah dengan sekolah adalah jauh sangat!
Berbalik pada cerita lambat datang sekolah, mulalah saya merengek kat ayah tak nak masuk kelas! Wah … terbaikkan, dah lah datang lambat pastu meragam tak nak masuk kelas. Mahulah kena lempangkan … Aissshh idaklah, ayah saya baik, belum pernah lagi makan pelempang dia. Kalau rotan pun … amat-amat jarang! Budak darjah satu kalau meragam … memang standard! Ha ha ha … ayat tak boleh blah! Ker saya sorang jer camtu??
Sudahnya ayah saya heret masuk kelas. Pastu cikgu siap tolong sekali. Masa tu takdanya nak rasa malu ke hape … kepala siap plan nak lari balik rumah lagi. Hah! Memang saya lari pun. Seterusnya jadilah adegan kejar mengejar antara ayah dibantu dengan cikgu yang kejar anak murid darjah satu yang lari dari kelas sambil menangis-nangis. Pergghhhh … baguslahkan! Anak sapalah?? Terus saya lari menghala ke jalan besar. Nasib tak baik sebab larian tak cukup laju. Apalah sangat kelajuan budak yang berumur 7 tahun berbanding umur ayah dan cikgu yang dah 30 tahun lebih masa tu. Mestilah menang kat depa. Dah kena cekup, siap kena dukung untuk masuk ke kelas! Pastu cikgu siap kunci lagi kelas takut terlepas lagi anak murid yang sorang nie. Jahat tau cikgu! Hua hua hua …
Bila ingat balik memang nak gelak! Malu pun ada. Tapi itu adalah satu kenangan yang saya tak dapat lupa sampai hari ini. Banyak yang saya belajar dari kenangan ini terutama kasih sayang cikgu saya masa tu … Allahyarham Cikgu Mohd Jasin Yaacob!
Dan kerana peristiwa itu ayah saya pernah cakap kat saya, “Tak sia-sia ayah kejar anak ayah pagi-pagi ditengah hujan renyai, semata-mata tak nak masuk kelas, tengok sekarang nie anak yang lawan lari dengan ayah dah masuk university dan dah kerja pun! Penat ayah lari tu berbaloi!”
Saya cuma tersengih je lah bila ayah cakap macam tu! Dalam kepala saya, “masa tu saya budak-budak, jauh mana sangat saya dapat fikir, semua berlaku dengan tiba-tiba. Dengan berlari dari kelas itulah saya berada di tahap sekarang nie. Alhamdulillah …”
Itulah kenangan masa sekolah yang paling best dan ‘malu’ bagi saya! Korang punya kenangan mesti lagi terhaibatkan??? Saya tak tahulah sempat ke idak lagi korang nak join....segmen ni tutup jam 12am! Entri ini pun saya type kat E5 pastu balik rumah terus edit. Gigih nak join segmen nie ... ha ha ha! Patut puji usaha gigih ku ini. Kalau korang rasa sempat nak join, sila klik SINI! Saya punya pun last minute.....belasah je lah!
CK : Syukur …..siap jugak!
kenangan sekolah ni tak terkira banyaknya. :)
ReplyDeleteKAMI > itulah ... bila kenang2 ada jugak yg lucunya
ReplyDeletesalam..owh awk kena malware ke..sng je..hehe..just untick icon blog dekat bloglist..:)
ReplyDeletesinggah dr blog abg ben & follow.. :)
ReplyDeletezaman sekolah paling best kan? ^^
kalau rajin singgah la..
http://akupunyacita.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kenang-masa-sekolah.html