Thursday, April 7, 2011

Take It or Leave It! I'M OK!!

Assalamualaikum....


Kadangkala kekurangan dan kelemahan saya tidak dapat diterima oleh sesetengah orang yang merasa dirinya 'sempurna'. Ada yang mampu diubah oleh saya dan selebihnya tidak. Saya bahagia menjadi saya selagi kekurangan dan kelemahan ini tidak menyusahkan orang lain.

Cuma kenapa orang lain rasa saya sepatutnya menjadi 'serba boleh' seperti mereka sedangkan saya dan mereka tiada kena mengena pun! Bersyukurlah jadi diri sendiri...Kita bukan Tuhan untuk miliki semua perkara! Dan kita perlu faham bahawa tidak semua perkara kita boleh buat.

Berbeza itu menarik! Kekurangan dan kelebihan yang bersatu itu indah jika kita sentiasa bersyukur dengan segala anugerah Tuhan. Berubah dan mengubah apa yang mampu dan perlu sahaja. Tidak perlu berubah dan mengubah kerana telunjuk hidup orang lain!



Saya bahagia menjadi saya...

Saya bersyukur kerana saya adalah saya!




CK : Kalau kita boleh menerima orang lain seadanya tapi kita tidak boleh mengharapkan perkara yang sama akan berlaku pada kita! Kerana mereka bukan diri kita .....

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!