Sunday, April 24, 2011

Diri Yang Sedih!

Assalamualaikum ....


Jiwa tengah kecamuk. Rasa sedih dan tertekan. Terasa hati dan geram. Pujuk hati sendiri. Puas sudah dipujuk, sudahnya airmata tetap mengalir laju. Oh! Tuhan ... kenapakah? Bukan soal cinta kepada kekasih tetapi lebih dari itu. Seringkali kata-kata tidak pernah terucap. Dan simpan segala benda yang buat diri terasa semata-mata mahu menjaga hati orang lain.

Ya! memang tiada kesempurnaan dalam diri ini. Tetapi masih mampu menerima nasihat dan teguran. Tatkala ingin memberi nasihat dan teguran pada orang lain terasa berat bibir untuk meluncurkan kata. Sudahnya dibiar tersimpan. Simpan dan simpan. Akhirnya diri sendiri yang terbeban. Berat mata memandang, tapi berat lagi hati yang dibebani.

Diri amat sedih malam ini! Terlalu sedih. Tapi bukan sedih tentang cinta yang tidak kesampaian. Sedih pada perkara paling dekat dengan diri. 

Mereka seringkali memandang segala kesilapan terletak pada diri ini. Hanya kerana diri ini bukan mereka. Memiliki segala kekurangan dan kelemahan. Dan tidak mampu menjadi hebat seperti mereka. Diri semakin terbeban kerana ini menyempurnakan permintaan mereka. Memenuhi kehendak dan keinginan. Tapi sampai masanya mereka tidak pernah memandang. Bila diri memerlukan mereka ... ada tapi amat payah! Kadangkala diri perlu menangis baru hajat dipenuhi.

Hanya kerana sifat diri yang garang. cerewet. sensitif. mudah merajuk. cemburu. dan setiap yang berlaku bagi menutup celaan mereka, diri akan menjadi mangsa. Tetapi mereka tidak pernah sedar, bahawa mereka jua lemah. mereka jua kurang. mereka jua tidak betul dalam semua perkara. hanya kerana mereka bijak. hanya kerana mereka cantik. hanya kerana mereka pandai berkata-kata. jadi segalanya diri akan menanggung beban yang tidak sepatutnya.

Akhirnya diri lebih suka hidup dalam 'dunia sendiri'. Biar sunyi. Biar sepi.  Sekurang-kurangnya hati tidak merasa sakit. Diri bahagia di mata mereka, tapi terseksa di jiwa.

Hidup diri yang tidak sempurna seperti mereka. Masih meniti jambatan yang panjang. Sukar miliki apa yang diinginkan. Kadangkala diri dipandang sebelah mata. Kadangkala sikap mereka buat diri rasa kecewa. Kadangkala mereka buat diri terluka tanpa sedar. 

Diri semakin penat hari ke hari. Dan kadangkala ingin berhenti untuk terus memenuhi keinginan mereka. Tapi diri hanya ada mereka .... dan sayang diri pada mereka keterlaluan. 

Hormatilah saya. sikap dan pendirian saya. cara saya. sepertimana saya menghormati kalian. itu sahaja permintaan mudah saya di dunia ini buat kalian. 



CK : saya lebih rela menyepikan diri, berdiam di hujung sana. dari beramah mesra kerana risau ada yang akan berkecil hati bila saya tidak mampu memenuhi apa yang dihajati. sekian.

4 comments:

  1. wah, tulis novel bagus ni. ada bakat. :)

    ReplyDelete
  2. Larh..
    tetiba diri ini terasa sedih juga bler baca entry ni..
    harap sabar yer..
    biasalah manusia, akan terasa biler orang tak dpt penuhi kehendaknya..
    tapi, dia sendiri tak tahu apa sebab org tu tak dpt penuhi kehendaknya..
    hope chill ok :)

    ReplyDelete
  3. oooooooopssssss lupa nak cakap..
    kalau sedih, rajin2 lah baca Al-Quran.. InsyaAllah boleh tenangkan hati...
    Kalau rasa nak menjerit dan luahkan semua isi hati, better menjerit kat pusat karaoke..
    huuuhhuh :)

    ReplyDelete
  4. KAMI > tq ... bakat kecil-kecilan ada bila tertekan

    Cikgu Fikri > Nasihat yg baik ... sedih baca Quran ... itulah penenang. tapi itulah manusia Islam selalu lupa. Thanks for the nasihat...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!