Assalamualaikum....
Ahad! Tak berehat juga...kena kerja dan kerja. Malangnya hari ini saya terbangun lambat. Gara-gara tidur jam 3am. Adus ... penat dan mengantuk.Sedangkan Sabtu tak kerja pun! Siap berehat dan kuak lentang kat rumah lagi. Agaknya kepenatan dan keletihan akibat himpunan segala kerja seminggu buat diri jadi semakin penat dan otak pun letih.
Bangun je ... basuh muka ... gosok gigi segala. Bersihkan diri, terus masuk dapur! Mahu masak untuk breakfast! Kalau semalam pening kepala nak masak apa, sampai kepeningan nak masak masuk dalam entri ini! Hari ini tak pening-pening lagi.....! Masuk je dapur terus masak ini ....jeng jeng jeng .....
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
Selidik frigde tengok ada bahan-bahan yang sesuai buat kuewteow goreng! Terus belasah siapkan apa yang patut. Untuk isi perut sendiri dan perut adik dan yang lebihnya buat bekal pi office! Hari nie masuk office 12.30pm. Nasib baik kerja tak banyak. Siapkan slide presentation sahaja untuk meeting esok. Dah siap semua tak tahu nak buat apa dah ....
Inchik Babah roger plak ajak settlekan suratkhabar lama dan barangan lama. Pilih-pilih mana yang boleh dijual. Sudahnya saya pun tumpang sekaki untuk angkut suratkhabar kat rumah untuk dijual kat Pusat Kitar Semula Presint 9, Putrajaya.
Tengok nie...siap pinjam troli lagi. Daripada bersepah jer suratkhabar tu kat rumah, lebih baik jual. Kalau kat kampung boleh juga sedekah pada makcik jual nasi lemak ke. Dapat juga pahala ... ye tak? he he he. Hasil jual suratkhabar seberat 108kg ... dapatlah dalam RM30.00! Hu hu hu ...rezeki! Banyak gak tuh .... Boleh buat isi minyak MyBee saya seminggu ulang alik pi kerja dengan duit sebanyak tu!
Dah siap semua kerja jual menjual barangan terpakai, saya ajak Inchik Babah pi Jusco Equine. Saja jalan-jalan. Window shopping je! Nak shopping jangan mimpilah hujung-hujung bulan nie. Duit pun setakat lepas untuk isi perut dan isi minyak kete je. Kalau shopping juga .... alamatnya makan batu-batalah nak tunggu gaji minggu depannya!
Puas jalan-jalan kat Jusco, kami singgah makan kat Bazar Rakyat di Pusat Bandar Putra Permai, Sri Kembangan bersebelahan Pasaraya Besar Giant. Inchik Babah pilih gerai makan nie. Try je katanya...manatau kot best!
Tapi memang best pun! Sesuailah untuk jalan-jalan cari makan ala bajet. Bihun goreng dia memang best! Sedap...
Ini maggi goreng biasa. Saya punya! Sedap woooo .... tak rugi korang cuba. Harga pun berpatutan. Akak gerai nie memang pandai masak. Kalau korang rasa nak pergi dan cuba ... bolehlah!
SELERA MALAY-SIAM
Gerai No. 20
Bazar Rakyat, Pusat Bandar Putra Permai
Seri Kembangan, Selangor
Kami order bihun goreng, maggi goreng, milo kosong dan alicafe .... baru RM12.00! Kira murahlahkan? Saya bawa korang ke gerai-gerai makan bajet jer! Kalau ada rezki lebih bolehlah pi makan kat restoran yang best-best ... ye tak??
Alhamdulillah ... sempurna hari Ahad saya! Kerja siap tapi otak tak stress. Balik rumah je terus layan lappy nie. Jengah-jengah blog .... esok kerja lagi.
CK : Inchik Babah ... terima kasih temankan kawan awak yang sorang nie. Ha ha ha .... kalau tak sangaplah dia takda kawan! Kui kui kui ....
perjalanan hari ahad yang menarik. rm30 duit paper tu macam-macam boleh buat. :)
ReplyDelete