Akhirnya berjumpa juga dengan Restoran Mohd Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi! Sekian lama mencari .... akhirnya usaha mencapai kejayaan. Rupanya restoran ni tersorok kat belakang Ice Room kat Bangi tu. Padanlah saya ngan Incik Babah cari tak jumpa-jumpa!
Incik Babah terpaksa menggagahi bawa saya kat sini sebab saya dok nyanyi-nyanyi nak datang makan kat sini. Tujuan utama nak makan butter prawn...tapi tak jadi! Sudahnya terpegun dengan menu lain.
Menu dia ... macam-macam ada!
Barli suam dengan jus epal
Wantan goreng ini best sangat!!
Nasi koh bong ayam! Tak berapa kena dengan tekak saya ....
Nasi daging masak lada hitam Incik Babah ... ermmm bolehlah!
Kena datang lagi kat restoran nie nanti....nak makan butter prawn pulak! Takmau lagi nak makan nasi ... nak try pelbagai jenis mee. Harap-harap sedaplah! Nasi dia tak ok kat tekak saya.
CK : Makan je ... macam nie makan gemuklah! ha ha ha
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!