Friday, April 15, 2011

Tazkirah Free!

Assalamualaikum...

Bukan saya yang nak bagi korang tazkirah free! Belum capai level sepatutnya untuk nasihat orang lain sedangkan diri masih terkontang kanting di pukul nikmat dunia.

Ini cerita malam semalam. Kejadian selepas makan malam di sebuah kedai di Kampung Limau Manis, berhampiran pinggir Putrajaya. Saya telah ditazkirahkan oleh Inchik Babah tanpa sebarang bayaran...that's mean...FOC...free lah tu!

Ini semua gara-gara saya mengadu kat dia...betapa saya tension dengan environment kerja sekarang. Load kerja yang berlebihan sampai  takda masa nak layan blog di siang hari. Semua perkara saya nak kena kejar. Semua kerja ada dateline. Saya sebenarnya tidak kisah pun kerja yang banyak dan melampau. Tapi yang saya kisah adalah pembahagian kerja yang tidak adil dan tidak samarata. Sama je kan maksud tu! he he he

Belum lagi siapkan report bulan lepas, dah nak kena prepare untuk meeting akan datang. Sah-sah nak kena buat report lagi. Saya tahu...datang kerja memang untuk bekerja. Tapi ada juga yang tak buat kerja. Sendiri-sendiri ingatlahkan...

Lepas dinner malam tadi .... teruslah kena tazkirah! Sibuk Inchik Babah bercakap tentang pembahagian kerja. Mana yang perlu saya buat dan yang mana perlu saya agihkan pada staff lain. Dia perasaan yang saya terlalu sayang sangat kerja saya nie sampai langsung tak dihargai. Bab hargai nie kadang-kadang saya kisah dan kadang-kadang saya tidak kisah langsung...! Dia dah pesan untuk saya kerja berpada-pada jangan sampai menyakitkan diri dan orang lain pula bersenang-lenang atas kerajinan kita. Wah! rajin sangat ke saya nie?? 

Dengan tazkirah percuma malam tadi ... saya telah diajar untuk praktikkan leadership yang telah saya pelajari. Kena tegas skit je. Kemudiankan agihkan kerja pada individu yang sepatutnya. Supaya kerja sendiri tidak berlonggok akibat terpaksa selesaikan kerja orang lain. 

Balik rumah malam tadi...terus saya tidur awal! Ha ha ha. Ini sebab tazkirah Inchik Babah tu terlalu 'keras' dan saya mula serabut fikir macam-macam. Tapi datang pagi nie dah ok dah....Terus Inchik Babah tanya .."Camne...Ok ke arinie??" .... He he he ....senyum jelah yang mampu!

Insya-Allah saya akan ubah mana yang mampu .....


CK : Sayangi diri....jgn terlangkup sebab kerja sedangkan bila kita tiada ada orang lain boleh ganti! Boss sayang kita masa kita boleh berkhidmat dengan dia je....

3 comments:

  1. akak..at least ada org setia bg nasihat kt akak.. :)

    ReplyDelete
  2. Tina > yelah...setia sebagai kawan je lah! meleleh taik telinga dengar tazkirah dia semalam. rasa mcm kena marah pun ada .... hahahhahaha

    ReplyDelete
  3. wahh wahh , nsht yg bergune ni utk mse akn dtg kalo iera dah keje nanti . hee ^_^

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!