Sunday, April 3, 2011

Wut! Wut! Ai Da Balik Nie...Cerita Tentang Ayah

Assalamualaikum ....

Kembali bersiaran secara original! Orginal? Maksudnya ini bukan auto publish entry ye kawan-kawan. Saya sudah kembali ke Putrajaya. Malas nak balik sini. Tapi esokkan dah kerja. So, kenalah tinggal mak ayah kat kampung sana. Hu hu. Sedih. Malam tadi pun rasa macam malas gila nak balik.

Balik kampung jenguk ayah dan mak. Sebab utama sebab baru-baru ini ayah dah disahkan mengidap kencing manis. Masa dapat tahu rasa blank gila otak. Hari-hari ingat ayah. Rindu berbagai-bagai. Sket-sket asyik nangis! Sedih sangat sebab kat kampung memang tak ada siapa kecuali pakcik sebelah rumah yang sangat baik. Even pakcik orang luar [dia kahwin dengan adik ayah] tapi ayah lebih percayakan dia. Lagipun pakcik jaga makcik dengan baik walaupun makcik tu amat kurang pendengaran dan kurang penglihatan. Sayangnya mereka tak ada anak. So, kami 4 beradik inilah anak-anak dorang juga kiranya!

Berbalik cerita tentang ayah...badan dia dah susut. T-shirt saiz L yang saya bawa balik bagi dia pun macam gelebeh. Ermmm sian! Selalu memang beli t-shirt untk ayah saiz L...Masa suruh try t-shirt tu, ayah siap ckp ...

"Baju nie besarlah! Tengok gelebeh kat ketiak nie!. Saiz kecik tak ada ke?"

"Erghh besar? Bukan selalu memang saiz ini ke?"

So, ayah dah minta saya tukarkan saiz bajunya. Nasib baik saya bawa balik banyak. Adalah saiz M untuk dia try. Ngam-ngam katanya. Cuma tak selesa sangat.

Malam saya tolong check tekanan darah ayah. Hu hu. Siap gelak ketawa dengan mak. Sudahnya 3 beranak pakat dok try benda alah yang abang beli untk check tekanan daran dan check kandungan gula skali. Oh! sweet gile masa tu. 3 hari 2 malam kat kampung rasa sekejap sangat.

Saya pun ada belikan ayah JUS Manggis Shemalin Bina. Saya order dari AbangLong. Ayah cakap ok minum jus nie. Kandungan gula dalam darah pun semakin baik. Dah tinggal sebotol. So, nanti kena order lagilah kat AbangLong. Kalau korang nak order sila klik SINI. Apapun semuanya bergantung atas izin Allah. Sebagai manusia kita hanya berusaha.

Malam tadi...sebelum naik bas. Salam, cium tangan n pipi mak ayah. Terus pesan minta ayah jaga makan dan pantang selalu. Walaupun ayah selalu pujuk hati dia...."umur dah meningkat, dah sampai masa utk sakit. Kita tak akan sihat selamanya!". Dugaan. Jadi kami anak-anak termasuk mak harus tabah hadapinya.


Insya-Allah bulan depan saya akan balik lagi.....dah kena susun jadual balik kampung!



CK : Saya tahu hati ayah sedih, tapi bersyukur mak banyak buat ayah menjadi tabah!

4 comments:

  1. huhu.. ~_~

    insyaAllah.. doakan dia smoga brada dlm keadaan sihat2 selalu. ^_^

    ReplyDelete
  2. KAMI doakan semoga abah sihat selalu, amin. :)

    ReplyDelete
  3. KAMI > Terima kasih KAMI atas doa utk ayah sy...sy pun mengharapkan yg sedemikian...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!