Thursday, April 7, 2011

Cooking Is Exciting!

Assalamualaikum .....

Tajuk pasal cooking! Tapi entry ini tiada resepi masakan. Saya sekarang sedang cuba mengurangkan kuantiti/kalori makanan yang perlu masuk ke perut gebu ini. Dengan kata lain sedang diet pelan-pelan kayuh! Kayuh laju-laju pasal diet ini takut pula perut terkejut. Terus pengsan pula tuan punya perut!

Bila diet...saya terpaksa kurangkan aktiviti memasak dan melaga-lagakan kuali serta senduk. Rasa macam tak sempurna hidup kalau tak masak. Serius! saya suka masak walaupun kurang kesedapan. Alhamdulillah setakat ini mereka yang pernah diberi makanan hasil air tangan saya sedang membesar dengan sempurna! Kira OK la cara masakan saya...ye tak?

[Agak-agak boleh ke dari besar sebelah kiri menjadi kecil seperti sebelah kanan dengan D.I.E.T sahaja?]


Cooking is exciting! Makan lagilah exciting! Tekak saya dah kurang selera nak makan di restoran/kedai/gerai makan ..... boleh makan tapi feel non ado! Tapi kalau betul-betul sedap .... sudah tidak pandang kiri kanan siap langgar pinggan orang lagi adalah.

Setelah dikaji, diselidik dan ditilik .... bila kita masak sendiri lagi 'puas' makan! Walaupun hanya masak nasi dan sambal ikan bilis plus kicap! Pergh .... nasi panas-panas pulak tu, memang bertambah-tambahlah [Tiba-tiba rasa lapar!].

Minat saya pada dunia masakan adalah kerana IBU! Dia yang banyak ajar saya cara-cara nak masak. Tapi minat saya lebih tertumpu kepada masakan lauk-pauk. Kuih muih, roti dan kek .... masih tidak pandai dan minat saya mula ke arah itu. Agak lambat minat itu datang tapi saya tetap nak masak semua jenis roti, kek dan kuih muih terutama kuih muih tradisional.

[Sambil masak ada pula yang sudi teman.... Sorang masak dan sorang lagi layan sembang. Oh! Indahnya .... he he he]


Sekarang pun saya diperingkat pembelajaran. Hari-hari belajar .... ! Kalau tiba-tiba teragak nak makan kuih-muih yang mak pernah buat masa saya kecil, terus saya call mak tanya macam mana nak buat. Dan saya mempunyai perancangan serta impian untuk mewarisi bakat mak saya dalam dunia masakan!

[Kuih kegemaran! Harus belajar sampai pandai!]


Mak pula sekarang ini dalam proses menurunkan ilmunya sedikit demi sedikit! kepada saya Pelan-pelan kayuh .... lama-lama pandailah kata mak! Harap-harap macam itulah ye ... he he he. Prinsip mak senang sahaja ... jangan kedekut ilmu sebab bukan boleh di bawa ke mati pun. Mak nak kalau boleh saya tahu masak banyak jenis masakan.

Sebenarnya saya pernah punya impian untuk jadi TUKANG MASAK ... kalau glamour sikit jadi CHEF! Tapi tidak dapat keizinan ayah. Redha sahajalah .... dapat jadi tukang masak kat ayah pun ok jugak kan ... ayah kan ....


CK : Nak beli oven .... bak beli oven ....

2 comments:

  1. wah!!

    bestnya pndai masak..sy xpndai huhu

    nk diet jgak!!jom diet sama2 =)

    latest entry : Mengemis Kasih~

    ReplyDelete
  2. Anis > takdalah pandai masak.........masih belajar lagi la

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!