Assalamualaikum ....
Lelaki xyz : 'Macam mana keje? Ok?
Saya yang comel : 'Alhamdulillah...ok. Biasa-biasa je'
Lelaki xyz : 'Department skang ni busy tak?'
Saya yang comel : 'Kat mana-mana department pun busy! Antara kita nak buat kerja dgn tak aje!'
Pagi-pagi ada juga yang sudi bertanyakan khabar tentang kerja saya. terima kasih. Rasa memang diri wujud dan kehadiran dirasai. Cheeeewah!
Kerja saya memang ok! Alhamdulillah...yang tak ok cuma pengurusan di situ. Tapi saya redha sebab saya dah bagitahu saya sayang kerja saya.
CK : Kadang-kadang rasa, sayalah boss dan sayalah KULI dalam masa yang sama sebab semua kerja yang saya buat, saya yang semak sendiri walaupun ada ketua .... tapi saya perlu redha dapat ketua yang sentiasa 'lepas tangan' dalam melaksanakan tanggungjawab.
Dan akibat dapat ketua macam nie, barulah saya faham kenapa orang ramai selalu ckp SESETENGAH kakitangan awam 'makan gaji pokok buta'. Saya cuma mengharap ketua saya dapat hidayah Allah untuk menjadi seorang ketua yang lebih bertanggungjawab ....
memang org suke ckp org keje gomen mkn gji bute, tp tak semua.. tp yg tak mkn gji bute ni dh tertutup kebaikan diorg dek buruk yg dh terpalit lama oleh yg tak bertanggungjwb ni... =)
ReplyDeleteTina > betul sgt Tina! sedih tau ... sbb kita takda pangkat dan kuasa, asik dibuli. Bila kita bersuara utk kebenaran dikata kita nie suka melawan. Kita penat buat kerja untuk setahun ... hujung tahun markah penilaian dibagis angat teruk. Sedangkan kerja boss mcm nie asyik mengorat PA pastu kipas Ketua tertinggi.
ReplyDeleteNama sahaja berada dalam Kumpulan Jawatan Pengurusan dan Profesional ... tapi langsung tak tahu mengurus malah lebih teruk tidak profesional. Kumpulan sokongan inilah yang sering menjadi mangsa.
Lagi sedih ada yang dapat jawatan Gred 41 tapi ... langsung "TAK LAYAK" ...tak reti buat kerja malah tak reti buat keputusan. Bertambah teruk bila mereka tidak amanah dalam bekerja ...
Kami sering menjadi mangsa permainan politik pejabat kumpulan P&P ini .... Mereka (tak semua) bersaing sesama sendiri untuk naik pangkat tapi kerja sendiri tak jalan .... ermmmm amat mengecewakan.
Cuma untuk menyabarkan diri ... anggap ini ujian dan bersyukur dengan rezki yang Allah beri. Biarlah kita cuba amanah terhadap kerja sendiri ... moga2 rezki yang kita dapat ada keberkatannya. Tak gitu??
mungkin yang makan gaji buta orang atasan, yang bawahan paling banyak buat kerja, contohnya yang 17 lagi byk buat kerja dari yang 41. :)
ReplyDeleteKAMI > apa yang KAMI cakap tu sgt betul. Cuma tak semualah gred 41 mcm tu ... daripada 10 orang cuma 1-2 org yg betul2 buat kerja....faham kerja sendiri ... buat kerja bersama2 dgn staff!
ReplyDeletekalau diperhatikan yg jadi ketua nie ...kalau staff dia nak cuti, mulalah gelabah! tapi staff nie kalau ketua cuti ...relax je...cool je ... sbb dorang buat kerja. so, kalau org lain tny pun mereka tahu jawab. Ketua yg tak buat kerja ... memang tak tahu la skop kerja sendiri...
siapa lelaki XYZ? muda tak? ensem tak? lalalala~
ReplyDeleteCik Bulat : Lelaki xyz tu .... org yg tak diketahui nama...kenal rupe je...he he he
ReplyDelete