Peringatan!
Pertama sekali betulkan tune otak korang! Jangan terpengaruh dengan tajuk yang memang tak boleh blah langsung ... Tiada cite separa blue atau sepenuh blue di sini! Harap maklum ...
Ini cerita sebenar yang nak disampaikan ...
"Hisap menghisap best sangatkan....."
Apa yang best sangat? Cuba cerita...kalau setakat merah menyala kat hujung batang rokok dan hembusan asap berkepul-kepul. Rasanya takdalah hebat mana sangat!
[Syiok ke hisap benda nie?]
Perokok pasif adalah kita yang berada di sebelah perokok ...
Ini serius! Mereka dalam bahaya. Serius...memang saya tak suka orang hisap rokok. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Kerana mereka dalam bahaya dan kita juga diangkut bersama dalam bahaya mereka jika kita bukan perokok!
Pening kepalalah ....
Hidup dalam lingkungan manusia perokok buat kepala saya menjadi sakit. Pening! Rasa nak pitam! Bau asap rokok kadangkala buat saya jadi migrain. Tapi nak buat macam mana...ayah, abang, adik ipar dan 2-3 orang kawan sepejabat adalah perokok...termasuk boss lama saya jugak!
Nasib baik my good friend ... Incik Babah bukan perokok. Pernah dia cuba-cuba merokok tapi katanya 'memang tak boleh blah!'. Bukan jiwa perokok.
Tegar ...
Ayah dan abang memang perokok tegar...tapi itu dulu! Sekarang Alhamdulillah dah kurang. Ayah dah kurang merokok sejak 15 tahun lepas bila mak selalu bebel....'membazir dan bahayakan kesihatan'. So, ayah pelan-pelan kurangkan kuantiti hisapan rokoknya. Perokok tegar tak boleh meneruskan harinya tanpa merokok terlebih dahulu. Dah nama pun TEGAR bukan ketegaq ya.
Pengotorlah ...
Satu yang saya tak suka perangai perokok ini...PENGOTOR! Cuba tengok kalau dorang lepak kat kedai mamak atau kedai kopi mana2...alahai bersepah abu rokok dan puntung rokok bawah meja. Dibaginya bekas abu rokok pun tetap nak buang abu kat bawah meja. Apa daaaaa ....! Nasib baik ayah bukan jenis kaki lepak kat kedai kopi or mamak. Lepas kerja terus dia balik rumah. Hisap rokok pun kat rumah...kalau dia buat sepah-sepah mak akan bising. Disebabkan bebelan mak, ayah memang disiplin bab buang abu dan puntung rokok nie. Lagipun mak akan siapkan bekas untuk letak abu dan puntung rokok siap kat luar rumah. Ayah memang hisap rokok luar rumah...dalam rumah anak-anak ada. Dah rasa macam mak menggalakkan ayah merokok plak … haisssh ….
[Sebatang rokok mengandung benda-benda ini ... ergggh .."Lu pikirlah sendiri!"]
Sarapan pagi ... Ramadhan ...
Pastu dorang ni pagi-pagi Subuh sepiey dah menghisap. Makan pagi belum tapi rokok yang dihisap dulu. Eh! Korang rasa kenyang ke sedut asap pagi2 ... dah macam jin jer makan asap. Kalau satu hari tak hisap rokok, muka dah macam kucing hilang anak je. Kalau bulan Ramadhan ... boleh je tahan satu hari tak menghisap, tapi dengar je azan Maghrib terus teguk air then capai batang rokok dulu .... puussss....pussss...pussss .... hembus asap macam asap bas!
Bazirlah ....
Saya pernah tanya beberapa org kawan lelaki yang memang tegar hisap rokok. Sebulan mereka peruntukkan untuk rokok sahaja dalam RM400 hingga RM500. Dah boleh bayar ansuran Myvi untuk sebulan banyak nie. That's mean sehari antara RM13-RM16 ... ini cukup utk 2 hari saya makan di hari bekerja. Kan bagus duit rokok tu bagi kat saya je .... kui kui! Boleh buat beli oven baru ... dapat juga saya buat cheese tart ke tak pun carrot cake ... boleh juga isi perut tak pun buat jual! Masyuuuuuuuuuuk nie …
Nasihat ...
Berhentilah merokok! Kerna anda bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri, tetapi juga kesihatan mereka yang berada di sekeliling anda terutama yang tersayang!
Fikir-fikirkanlah ... Tepuk dada tanya iman. Jika ingin teruskan juga, terpulang! Kita sudah dewasa untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk. Jika anda rasa diri anda disayangi dan kehilangan anda yang begitu cepat akan diratapi serta kehidupan mereka yang ditinggalkan di dunia ini akan menyendiri tanpa anda ... BERHENTILAH MEROKOK !!
[Merokok boleh tak dikategorikan sebagai
kegiatan BUNUH DIRI secara perlahan-lahan??]
[Cukup-cukuplah tu! Katakan TAK NAK ... dan laksanakan dengan perbuatan ya!]
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh CK ikhlas untuk anda.
CK : Saat indah bila ayah bukan lagi seorang perokok tegar! Seminggu hanya 2-3 batang je ... Itupun bila jumpa kawan-kawan. Kadang-kadang tak hisap langsung sampai seminggu. Alhamdulillah ....
*Entri nie dah lama terperam kat E5 saya, selagi tak publish, selagi itulah hati tak senang! Hari ini rasa lega … bila dah publish! Ha ha ha … ringan beban ai dan E5 comelku!
mmg bengang dgn penghisap rokok tegar ni..plng skt hati bile drive pun nk smoking..cmpak puntung rata atas jalan, kalau kena belakang dia tu lori tangki minyak, mmg sengaja cri nahas la tu..
ReplyDeleteno komen. :)
ReplyDeletebila da hisap susah nak berhenti..tpew bila da berhenti..
ReplyDeleteitu sgt baek kan ! hehe
tina > ishh... kita bakooo...bakooo..
ReplyDeletekami > aiks...pesal nie tiba2 no komen... he he he
atiqah > kalau dpt berhenti terlebih baik sudahnya
ReplyDeletedni mencik orang isap rokok.. asap bluekkk busuk
ReplyDelete