Sunday, April 3, 2011

Nasib Baik Suka ...

Assalamualaikum...

Cerita pasal birthday Incik Babah sket bolehkan...he he he! Nak tahu bila birthday dia sila SELAK SINI sket. Saya memang tak plan apa-apa yang surprise pun kat dia dari mula kenal sampai skang. Ala kadar sudah! Janji dia suka.

Minggu birthday dia memang saya sangat sibuk! Sibuk amat-amat. Dengan kad birthday tak beli. Hadiah lagi-lagilah tak plan nak bagi apa pun. Takkan nak ucap kosong je...paling koman pun saya mesti bagi kad ... dan hadiah kemudian! Tapi tahun nie memang tak prepare papepun.

Sudahnya malam sebelum esoknya birthday beliau saya dah sms my sis untuk tolong saya. Belikan kek kat Secret Recipe Alamanda dan juga sekeping kad. Hadiah saya beli sendiri!

Saya minta my sis belikan cake ini! Chocolate Indulgence! Nasib baik dia suka. Memanglah sukakan ... sebab awal-awal lagi saya tahu dia memang gila dengan kek berunsurkan coklat. Sedap katanya....

Dan hadiah saya untuk dia adalah mafla Liverpool! Dia pernah cakap nak ada mafla pasukan kegemarannya ini. Katanya Julai 2011 Liverpool akan datang Malaysia....ye ke??


Untuk Incik Babah .... terima kasih sebab suka. Semua ini bukan hadiah birthday awak je... tapi friendship kita yang dah bertahun-tahun ini. Dah bagi cake dan bagi hadiah ... jangan lupa ya kenang daku dalam doamu. Eceeeeh....ceeeeh .... ahaks!!



CK : Birthday ai nanti boleh ke ai nak demand ngan u wahai Incik Babah?? he he he

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!