Assalamualaikum ...
Dah lama sangat tak layan Ben Ashaari punya segmen. Asyik terlepas sebab buat-buat sibuk dengan kerja lain. Ben memanjang ada segmen. Kadang-kadang tajuk segmen tu di luar jangka plak. Tapi takpa ... layan je. Janji syiok, enjoy, happy and meriah. Bila lagi nak kenal-kenal dengan blogger-blogger lain kan....
Topik Ben kali nie ... ANDAI KEKASIHKU DIKEBAS ORANG ! BEN ASHAARI KATA LA. Tajuk memang boleh imbas kenangan lampaulah. Kenangan yang dah disimpan dalam kotak. Siap dengan seal sekali. Ha ha ha.
Disebabkan pernah lalui pengalaman cenggini....mula-mula tahu kekasih dikebas orang of courselah nangis plus kecewa sekali! Tapi bila dah lama, dah macam waras dan emosi pun stabil ... dah nak kebas, silalah! Tapi bukan bermakna tak sayang ke apa. Malas nak rebut-rebut. Dan bukan juga tak mahu pertahankan si dia yang dah dikebaskan orang, tapi kalau si dia pun terhegeh-hegeh membiarkan diri diambil sipengebas ... perlu lagi ke kita nak pertahankan dia dalam hubungan? Tentu tidak kan ...!
Memanglah orang cakap bunga bukan sekuntum atau kumbang bukan seekor. Kadang-kadang yang orang kebas tulah yang buat kita selesa dengannya. Buat kita rasa happy. Tapi, kita perlu belajar untuk redha dan menerima dengan hati yang ikhlas bila dia telah dikebas. Memang susah untuk bersikap ikhlas, tapi siapa kita untuk menghalang kehendak Allah. Kalau kita pertahankan dia sekali pun, mungkin jodoh dia bukan dengan kita. So, lepaskan dan doa agar dia bahagia dengan si pengebas.
Tapi kalau Allah tentukan jodoh dia dengan kita ... pasti suatu masa Allah akan kembalikan dia pada kita. Mungkin masa itu dia akan sedar bahawa kita lebih baik daripada orang yang mengebas diri dia dari kita dulu. Namun, siapa tahu bila si dia dikebas orang, akan hadir seseorang yang jauh lebih baik daripada dia yang telah dikebas. Kita tak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku adalah dengan sebab.
Dan bagi CK kalau orang kebas apa yang CK ada ... ambillah, pasti suatu masa Allah akan balas perkara yang sama pada kamu. Allah itu Maha Adil .... bukan CK tak nak pertahankan, cuma kalau berebut-rebut nie nampak sangat rugi pada kedua-dua belah pihak. Kalau ada jodoh insya-Allah tak ke mana. CK pernah lalui .. memang sarat sangat hati masa tu. Menangis jangan cakaplah. Sedih, kecewa, marah, terluka ... sampai tahap mempersoalkan diri apa kelemahan dan kekurangan. Tapi bila emosi dah reda, barulah CK sedar bahwa diri CK tak punya kemampuan dan keupayaan untuk menghalang kehendak Tuhan. Semua kekecewaan mengambil masa untuk disembuhkan.
Alhamdulillah ... CK tidak berdendam, malah tidak juga membenci dirinya dan CK percaya bahwa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apapun CK nasihatkan ... tolonglah jangan kebas orang lain punya untuk jadikan dia hak kita. Tak perlu kebas orang lain punya hanya kerana takut lambat kahwin. Insya-Allah jodoh tetap ada. Tapi bila dah ambil hak orang lain tu ... jagalah elok2. Janganlah pulak diabaikan ....
CK : Kadang-kadang sesetengah orang memilih untuk berbahagia atas titisan airmata orang lain, tanpa dia sedar bahawa setiap perlakuannya baik atau buruk ada balasan dari Tuhan!
amboi ni tajuk touching2 ni...hahaha..follow
ReplyDeleteFaisal > dulu je touching...skang dah mcm angin lalu! redha sahaja
ReplyDeleteterbaik...~~
ReplyDeleteAssalamualaikum..wah baiknya hati CK ni..jarang ada org mcm ni..kalau org lain mgkin dah jadi perang besar..
ReplyDeleteJay > thanks ...
ReplyDeleteJahidih > ini bukan soal baik hati, tp lebih kepada keselesaan pd diri sendiri ... nak perang besar dgn si perampas pun tak guna, sbb si perampas kalau dia ada perasaan dan tahu hormat orang lain, takkan dia rampas hak org.
Tapi dalam masa yg sama kita kena fikir, bahwa semua yg ada dgn kita bukan sepenuhnya hak kita. Allah cuma pinjamkan sahaja. Kalau dia tak diambil orang, sudah pasti dia diambil Tuhan. Tetap suatu masa kita akan kehilangan dia jua.
Hanya pandangan CK
betul2 sokong dengan entry di atas ,
ReplyDeleteapa yang kita ada bukan milik kita selama2nya , satu hari nanti kita akan kehilangannya jua .
datang jenguk dari segmen abang Ben .
harap ck bersabar..tuhan mengemukan kita dgn org yg salah sebelum menemukan kta dgn pemilik tulang rusuk kita yg sebenar
ReplyDeletecik sakura suka kata2 yang terakhir itu..membina sebuah perhubungan atas kesedihan orang lain memang bukan jalan yang bagus..hmm..sebab pernah terkena kot..adoi..
ReplyDelete