Monday, May 2, 2011

Sendu Cinta Tak Kesampaian

Assalamualaikum ...

[aku rindu pada dia yang dulu]

Bila kurasa rindu itu tidak lagi bermakna ...
Ke mana harus ku bawa hati yang luka ...
Dalam selam rindu aku seakan lemas ...
Lemas dalam cinta yang ku curahkan!

Dalam kasih sayang yang ku tatang ...
Ku mengharap bahagia menjelma ...
Namun, entah bila akan bersua!

Hanya kesabaran dan doa ...
Buat kaki terus melangkah ...
Andai kecewa menjadi milik diri semula ...
Seharusnya aku PASRAH!


~menulis bukan kerana nama, tapi ini tulisan aku - cik kamoo~




CK : Masih mengharap bahagia akan ada biarkan terpaksa menunggu hingga ke hujung senja. Percayalah sayang, kesetiaan ini tidak pernah berakhir. Kasih sayang ini tidak pernah kontang. Tidak pernahkah kau sedar seakan aku ada waktu susah dan senang mu??

Hidup ini seakan memaksa Tuhan memberikan apa yang diinginkan, sedangkan apa yang dirancang Tuhan terbaik buat sekalian manusia. Luka hanya sementara tetapi selalu diri memandang ia seolah meranap segalanya!

5 comments:

  1. cinta x kesampaian mmg sakit..huhu

    ReplyDelete
  2. Hafiz > mungkin kita yg terbaik buat insan lain yg lebih menghargai ...

    ReplyDelete
  3. Sangat mendalam kata itu. Kita fikir dialah yang terbaik buat kita walhal Allah ada segala jawapannya.

    ReplyDelete
  4. Kak Yong > Thanks singgah

    Awam Biru > Hanya yang melalui akan merasai, hanya yang memahami akan mengerti

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!