Monday, May 30, 2011

Jalan, Order dan Makan : Medan Selera Presint 16, Putrajaya

Assalamualaikum ...

Himpunan Sejuta Belia Putrajaya pun dah berakhir! Yes ... aman balik Putrajaya. Pagi-pagi CK nak bawa korang pergi makan. Ini cerita petang semalam selepas penat berjalan di Himpunan Sejuta Belia, kami semua terus lepak kat Medan Selera Presint 16, Putrajaya. Mula tu minum-minum je! Tapi ada pula yang teringin nak isi perut sebab penat berjalan perut pun jadi lapar.

Masing-masing sibuk mengorder! Ada yang makan maggi goreng, roti canai dan mee sup. Best jugak tengok. CK makan maggi goreng je. Tapi Inchik Babah, CK suruh dia order nasi goreng USA. Inchik Babah order nasi goreng nie dari Gerai No. 5 (Signboard dia Zailan).

Bukan nak cakaplah! Mula masuk mulut jer Inchik Babah cakap ... sedap nasi nie! Cer rasa ...cer rasa!  Lembut , wangi dan rasa semua cukup. Daging merah dia pun lembut dan senang nak makan. Terus CK snap gambar. Pastu CK plak yang rasa .... memang sedap!! Dulu-dulu CK suka lepak kat medan nie. Tapi sekarang dah kurang sangat-sangat. Banyak masa kat office dan rumah je.

Inilah rupa NASI GORENG USA tu!


Kalau korang nak datang makan kat Medan Selera Presint 16, Putrajaya nie ... datanglah! Boleh menjamu selera sekali. Bawa kawan-kawan dan family. CK kalau nak order masakan panas mesti order kat Gerai No. 5 nie ... roti canai dia pun sedap. Lagi yang best kat sini adalah nasi kerabu Kelantan dan sup ekor ... perghhh terbaik dari ladang lembu!


Jangan lupa tau pergi makan ... destinasi bajet nie CK bagi kat korang!!


CK :Sepah Putrajaya .... Hari Belia punya hal

9 comments:

  1. sedap nye...lapa perut jd nye...hurmmm..meleleh air liur..wee

    ReplyDelete
  2. anismelon > memang sedap pun. pergilah cuba

    ReplyDelete
  3. hye ! thanks dtg blog I. kalau sudi follow la.

    ReplyDelete
  4. hey , thanks dtang blog shaf , jalan blog kamu pulak ;) happy blogging ! , btw morning too eh dah evening , lalalala

    ReplyDelete
  5. salam,

    tq sudi singgah blog sy... ada apa ek kat perhimpunan belia tu, jauh nak gi, hehehe... susah nak jumpa tpt makan2 yg betul2 sedap kan?

    anyway, salam perkenalan...

    ReplyDelete
  6. food court nie...yang kat sebelah klinik kesihatan tu ke...?

    ReplyDelete
  7. Areef > tq jugak dtg cini. gambar hari Belia akan diupload...


    Aziela > ini yang berdekatan ngan Alamanda. yg dekat klinik kesihatan tu Sri Teja

    ReplyDelete
  8. haii. kedai dekat situ memang sedap sedap makanan die. sy dari kecil sampai dah besau nih still makan kat situ walaupun dah berpindah dari putrajaya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!