Sunday, May 22, 2011

Kalau Ada ... Tapi Dah Tak Ada Nak Buat Macam Mana?

Assalamualaikum ...

Selamat hari Ahad! Mesti ada yang belum bangun lagi ni ....

Sambil-sambil jelajah blog pagi-pagi. Layan blues sekali. Pagi nie Putrajaya nyaman sangat. Tengok kebanyakan orang yang ada 'harta itu' buat hati ni tersentuh sahaja. Sedang bermain-main mereka dengan 'harta' yang ada. Seronoknya. Bahagianya. Pandang dengan perasaan kasih sayang. Rasa teringin dan nak sangat. Tapi apakan daya, tiada keupayaan dan kemampuan. Mampu sentuh yang kepunyaan orang. Syukur masih ada keupayaan dan kemampuan untuk menyentuh walaupun bukan hak milik sendiri.

Selalu jalan-jalan dengan Inchik Babah dan selalu persoalkan perkara yang 'tiada' ini. Tiada selagi tiada penyatuan. Memang takkan adalah sampai bila-bila. Tapi kalau ada penyatuan halal dan kerjasama yang baik, Insya-Allah yang tiada boleh diadakan. Itu Allah punya kuasa jika berlaku sebaliknya.

Selalu bercakap, "Kalaulah ada, boleh kita beli ini!", "Kalaulah ada, boleh bawa pergi sini!". "Kalaulah ada, tak adanya kita hari-hari kerja bila orang lain cuti!".

Siapa yang tak mahukan? Semua orang yang mempunyai naluri yang sama akan mahu. Manusia! Keinginan dan nafsu itu macam-macam. Cemburu tengok orang lain bergelak ketawa dengan 'harta ini'. Bilalah agaknya? Kalau rindu dan rasa kepingin sangat, mesti balik rumah Abang. Dekat sana ada apa yang saya tiada. Dapat sejam dua bermain pun dah cukup puas. Dah buat hati kecil saya terhibur. Bolehlah buat hilang rindu dan rasa kepingin untuk sebulan? 2 bulan? Entah tak pasti ... kadang tu rindu yang teramat sangat.

Kadangkala saya ego. Eh! bukan. Cuma tidak mahu kerinduan saya di bawa hingga ke tidur. Tidak mahu keinginan saya terus membuak. Seolah tiada rasa syukur pada Tuhan Yang Esa. Jadi ada masanya saya akan pandang sahaja dan jangan harap untuk saya menyentuh! Kerana hati saya lebih dahulu tersentuh bila memandang. Kadangkala saya rasa orang lain memandang sinis bila saya menyentuh kepunyaan mereka. Ya! saya tiada apa yang mereka ada. Ya! ini kekurangan saya. Mungkin ada hikmah kerana setiap yang berlaku adalah dengan sebab yang hanya Tuhan Yang Esa sahaja tahu segalanya.

Jauh di sudut hati saya ... inilah yang amat saya rindu sejak kebelakangan ini! 


ANAK SENDIRI!



Tak semua perkara kita akan miliki. Bersyukurlah saya masih punya kenikmatan dan kemampuan untuk menyentuh dan membelai hak milik orang lain. Saya tersenyum ... tapi di lubuk hati yang kecil rasa ingin menyentuh dan mengusap hak sendiri. Kerana saya adalah manusia yang normal jadi keinginan saya tentang harta ini tetap ada .... ANAK!


Bila setiap kali saya balik kerja, penuh playground dengan anak-anak comel. Main sambil terjerit-jerit dan bergelak ketawa. Ada yang menangis sebab jatuh dan terluka. Saya? Hanya mampu memandang. Alhamdulillah masih diberi keupayaan untuk memandang ...


Selagi tiada ijab dan kabul, maka saya tidak akan miliki harta yang satu ini sampai bila-bila! Kesempatan dan masa saya makin terhad ... makin kurang. Dan rindu saya pada harta bernyawa ini akan jadi mimpi yang menganggu tidur saya selama hayat ini. Tapi saya tahu setiap perkara yang Allah berikan pada hambaNya ada sebab disebaliknya. Mungkin belum masanya. Atau mungkin Allah mengatakan sesuatu itu tidak sesuai dengan kita. Sesuatu yang kita fikir baik bagi kita, tetapi Allah tidak mengatakan begitu. HambaNya ... pastilah DIA lebih tahu kerana DIA Maha Mengetahui.

Orang senang cakap, "Kalau kau nak ... nikahlah!". Nikah bukan hanya semata-mata untuk dapatkan harta bernyawa ini .... ada bermacam-macam perkara di sebalik nikah yang perlu kita tahu. Terutama TANGGUNGJAWAB dan peranan sebagai SUAMI DAN ISTERI ... IBU DAN AYAH! Nikah kahwin bukan sesenang yang diucap. Dan jodoh bukan turun dari langit ... ada masanya kau berusaha untuk jodoh sendiri, tapi jangan lupa segalanya tetap milik Allah dan berada di dalam ketentuanNya. Hanya usaha dan doa milik manusia. Selebihnya milik Allah. Sampai masa Allah akan beri ... cuma jangan berhenti berusaha, berdoa dan terus berharap. Jika benar hak kita, tiada tangan yang dapat menghalang jika Allah ingin memberikan kepada kita! Percayalah ....

Saya menulis entry ini dengan linangan airmata. Bukan sedih kerana saya tidak miliki apa yang orang lain ada. Tapi sedih kerana ada sesetengah dari kita tidak menghargai apa yang Allah anugerahkan buat kita!

Saya berdoa dan berharap, bila Allah berikan harta yang satu ini pada saya nanti, moga-moga saya dapat menjaganya dengan baik dan sempurna! Amin ...



CK : Ahad yang nyaman, rindu yang tiada tepian. Airmata yang tak terusap. Hingga tidak tercorak dengan kata-kata. Kerana semuanya Allah punya kuasa. Kita hamba ... hanya mampu berusaha, berdoa dan menerima. TERIMA KASIH TUHAN YANG SATU!

11 comments:

  1. akakpun dah lama nak anak..belum ada rezeki...sobsebsobseb

    ReplyDelete
  2. sedih..
    harap kamu tabah menerima ujian dari Nya..
    insyallah mungkin nanti ada khabar yang menggembirakan.. mungkin belum rezeki..

    ReplyDelete
  3. Blackroses > akak dh kahwin .. boleh usaha dan cuba lagi! Insya-Allah ... CK doa moga akk dapat anak. CK kena doa diri CK nikah dulu...huhu

    Cikki > Insya-Allah ... moga CK ditabahkan

    ReplyDelete
  4. semoga cepat bertemu jodoh dan dapat "harta" dari tuhan =)

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah satu hari nanti akan tiba masanya..cuma lambat ataupun cepat..Yang penting sebelum ada 'harta sendiri' elak buat maksiat with no couple..bercinta selepas kawin itu yg paling best

    ReplyDelete
  6. Almade > terima kasih atas doa indah itu. Amin ...


    Faisal > Terima kasih ... atas doa dan nasihat. Semoga diperkenankan Allah

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt bermain dgn 'harta' tu..=)
    hilang segala masalah..

    ReplyDelete
  8. Nour > yeee bestkan!! CK pernah jaga..dari umur sebulan hingga 4 tahun. Tapi belum merasai pengalaman menjadi ibu sepenuhnya...melahirkan!

    ReplyDelete
  9. blog berwajah baru, :) semoga CK bertemu jodoh. :)

    ReplyDelete
  10. CK bukan dah ada calon ke? kahwinlah. :)

    ReplyDelete
  11. KAMI > terima kasih! awak cukup setia dan rajin komen blog saya.

    Calon CK? ... tak berani CK nk ckp apa2 ttg hal ini. Biar Allah menentukan segalanya yg terbaik.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!