Assalamualaikum ....
Baru nak hapdet blog! Huh ... apalah! Mentang-mentang cuti umum 1 Mei ... blog pun cuti gak. Bagusnya. Dah la lambat hapdet blog, pastu nak cerita pasal cerekerama malam tadi. Ish! Baguihnya. Tapi bolehkan ...
Memandangkan saya nie, peminat drama Melayu, memang kalau boleh semua drama Melayu saya nak layan kecuali cerita hantu saya memang tolak tepi. Bukan takut tengok cerita hantu, tapi tak berapa minat. He he he ... tahyul tu. Tahulah benda-benda ghaib perlu kita percaya, tapi takyahlah tengok citer hantu nie, buat tak tidur malam je.
Korang layan tak cerekarama Cinta Si Bunga Tembam tu?? Suka tau tengok si Dottie berlakon. Suweetlah dia even dia bam-bam sekalipun. Tetap suka kat Dottie.
[photo : tetap shomel tau]
Cerekarama nie macam sedih-kelakar camtu ar! Tapi memang kesian kat Dottie yang pegang watak Bunga. dan hero dia saya tak tahu nama. Sowwy! Si hero, Ismail nie mula suka plus sayang Bunga. Siap nak jaga Bunga tak nak bagi orang lain mengata Bunga yang gemuks nie. Tapi akhirnya, Ismail mungkir janji. Erghh frust giler si Bunga sebab dia sayang sangat kat Ismail nie coz Ismail seorang yang baik!
Tapi semua berubah bila Ismail menerima tawaran bekerja di syarikat kawan ayah dia. Kes terhutang budilah nie. Plus plak, Ismail tiba-tiba terus tergoda dengan anak kawan ayah dia. Erghh...saya tak suka part nie. Asal tengok perempuan cantik jer, terus lupa pada perempuan yang berkongsi suka duka dan susah senang bersama. Ah! Lelaki!! Tapi tak semua camtu kan ...
Part yang buat saya tertouching sket, bila Bunga call Ismail berkali-kali dalam tempoh sebulan tapi Ismail tak jawab call dia! Tak suka tau kalau orang call berkali-kali tak jawab. Pastu bagi alasan tak dengar bunyi hp, sedangkan sengaja silence. Mencik!. Ismail datang balik jumpa Bunga selepas sebulan dengan alasan dia telah dihantar ke Abu Dhabi then hp plak hilang jatuh dalam toilet sebab toilet tu auto flush! Erk ... ALASAN! Menyampah weh ...
Then Ismail bagitau dia nak kahwin dengan Zack @ Zakiah anak perempuan kawan ayah dia. Zack nie dah lah cemburu buta plus kuat mengongkong. Bila Ismail pilih si Zack barulah bunga teringat kenangan-kenangan dia dengan Ismail masa jalan-jalan pulang kerja sama-sama. Bunga pernah tanya Ismail ....
Bunga : "Antara bunga ros dengan bunga tahi ayam yang mana abang pilih?"
Ismail : "Abang pilih bunga ros!"
Bunga : "Kenapa?"
Ismail : "Sebab bunga ros wangi ... cantik ... sebab tu abang pilih bunga ros!"
Bunga : "Tapi bunga ros tak tahan lama. Bunga pilih bunga tahi ayam. W/pun tak cantik, tak wangi, tapi dia tahan lama ..."
Ada banyak perkara yang tersirat di antara bunga ros dan bunga tahi ayam. Sapa yang tengok cerita nie mesti tahu. Saya sangat suka cerita nie ... mungkin sebab jalan cerita dia yang simple tapi menarik. Tak busan dan ada watak-watak kelakar sket ...
Cerekarama ni wajib tonton bagi saya sebab TV3 jarang terlampau nak ulang drama dia. Lainlah Astro ... asyik-asyik ulang! Berbayar tu ... tapi macam takda modal jer tengok asyik ulang tayang ... sampai muak!!
Sapa yang peminat drama Melayu cam saya, tak tengok cam rugi sketlah! Kalau bukan peminat ... tgk ke tak ... sama je kot! he he he
CK : Busannya cuti sebab tak dapat gi jenjalan...soping moping ...ermmm
tgk jugak citer BUNGA tuh smlm....kesian kat dier kan....xsuker laki cam ismail....=/
ReplyDeletetgk2..hehee..
ReplyDeleteNudd > sangat kesian! benci juga kat lelaki yang berperangai mcm Ismail. Cakap tak serupa bikin
ReplyDeleteNur > bestkan ...
Nama hero dia Ungku Ismail. Kebetulan nama watak dia pun Ismail
ReplyDeletehai admin, baru menjengah ke your blog...need to ask, ada tak this telefilm. Memang kalau boleh nak sangat
ReplyDeleteHai, maaf tak ada la
Delete