Sunday, May 15, 2011

Perempuan Memang Macam Tu ...

Assalamualaikum ...

Sambil-sambil buat kerja ... tiba-tiba ada satu benda yang CK terfikir perihal perempuan. Kaum yang sama dengan CK. Perkara ini dah selalu sangat CK alami kalau pergi ke tempat baru atau berjumpa dengan orang yang baru dikenali. Hinggakan CK terfikir ... perempuan memang mcm tu kot. Walaupun CK adalah perempuan, tapi CK amat susah sangat-sangat nak bertanya tentang perkara yang satu nie kepada kaum sendiri. Mungkin ia bukan habit CK. Untuk CK memulakan pertanyaan tentang perkara yang satu ini ... tak mungkinlah! Tapi jika si penanya yang mulakan dulu ... baru CK akan soal dia kembali sebagai tadi berbahasa!

Perasan atau  tidak, yang kaum perempuan suka sangat bertanyakan umur kaum sendiri bila pertama kali berjumpa?

CK tahu bukan semua perempuan mcm tu, termasuk CK sendiri yang tak suka sangat nak sibuk-sibuk hal umur kaum sejenis bila berjumpa. Tahu kenapa? Mak CK cakap perempuan nie sensitif bila kita bertanya bab umur. Dan kalau boleh nak sembunyi umur sebenar. Nak sentiasa rasa muda. Cuba fikir, kalau umur sahaja muda tapi penampilan dan perwatakan lebih tua dari umur. Atau umur tua tapi fizikal, penampilan dan perangai mengalahkan budak-budak belasan tahun. Apa ceritakan?

Tanya pasal umur orang ....

CK bukan nak cakap tak bagus bertanya umur orang lain yang sekaum dengan CK. Cuma bila berulang dan kerap kali CK kena ... macam nak gelak pun ada. Masih tak lupa pengalaman kerja lebih kurang 7 tahun lepas masa mula-mula CK datang Putrajaya. CK nie memang dari fizikal agak kecil dan rendah. Hakikat. So, kebanyakan akan anggap CK nie macam berumur bawah 25 tahun. Ha ha ha. Nasib baik bukan jenis manusia perasan! 

Kisah 7 tahun lepas ...

Adalah seorang yang sama jenis dengan CK tanya umur CK masa tu. Tanpa segan silu CK pun cakaplah, "Saya dah 27 tahun, dah tua dah pun!".  Korang boleh agaklah berapa umur CK skang nie. Ha ha ha ... memang dah tua dah. 

Then seorang ini membalas, "Oh! Camtu saya panggil awak kakaklah ... sebab saya baru 26 tahun!". CK balas je, "Tak kisah ... panggillah kakak pun! Sebab kat rumah mak saya yang berumur 50 tahun pun panggil saya kakak. Saya ok je. Awak setakat beza setahun nak panggil saya kakak ... saya no hal sangat".

Nampak tua sebab beza angka ...

Kes ini dah selalu sangat CK lalui. Tu kadang-kadang buat CK senyum sendiri. Beza setahun je, kalau kira ikut bulan ntah tak sampai setahun pun. Nak juga panggil CK kakak ...so, nampaklah ai nie mcm tua sket dari dia yang bertanya. Hu hu. CK memang tak kisah sangat orang panggil CK kakak. Lagi pun umur tu sekadar angka je pun. Walaupun sesetengah perempuan malu nak cakap umur sebenar mereka. Kalau boleh nak aje dorang kelentong. Pernah juga kena kelentong pasal umur. Ish! tak baik bohong la.

Kes kedua ...

Ada juga yang jenis umur dah meningkat, tapi still nak perasan muda. Bila tengok perempuan yang umur lagi muda tapi berwajah matang akan timbul pula persoalan ...

"Eh! cuba tengok akak dengan budak tu, muka sapa nampak lagi tua! Cuba teka berapa umur budak perempuan tu ...! Kalau nak tahu, budak tu muda lagi tapi muka dia nampak lagi tua dari akak kan...". Loya tekak den ...pleaselah!

Letih mau layan orang macam nie. Dah berumur still perasan muda belia. Nak juga nampak muka macam belasan tahun. Jangan muka sahaja nak macam belasan tahun, tapi perangai tu biar senonoh. Jangan nak menggedik mengalahkan umur yang makin meningkat.

Erghh ... angka lagi banyak lagilah tua ye tak? Kalau camtu kalau tak mau angka bertambah, cepat-cepatlah reka mesin berhentikan masa. Ha ha ha ... idea merepek!

Sememangnya CK tak pernah kisah pun pasal umur. Tanyalah ... CK akan jawab mengikut tarikh lahir yang telah tertera kat surat beranak tu. Sedihnya, bila CK cakap umur sebenar mesti ramai yang cakap CK bohong hanya sebab fizikal CK yang kecil dan rendah. Seolah tak sesuai dengan umur kata mereka. Itulah ada pepatah mengatakan, "jangan menilai buku dari kulitnya!". Kenal betul-betul dulu. Ada kes sampai CK terpaksa tunjuk MYkad bagi membuktikan umur CK. Lepas tu baru nak percaya dan nak terlopong. 

Apa yang malu sangat nak menyatakan angka sebenar umur kita??

Patutnya kita rasa bangga ... sebab dengan umur selalunya menggambarkan kita sudah banyak pengalaman dilalui dalam kehidupan ini. Jadi redhalah tentang angka milik kita yang meningkat setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun! Itu kenyataan.

Jangan ada yang terasa pasal entri ini ... ini adalah kenyataan yang CK lalui walaupun CK tahu bukan semua perempuan mcm tu. Maafkan CK pada yang tersentap ...



CK : Bila ada yg cakap muka CK macam student nak je cakap, "kalau saya kahwin mungkin anak saya dah sepuluh kot....hahahahha". Dah 10 tahunlah tinggal zaman belajar. Takdanya student-student lagi. Mahasitua mungkinlah....bila sampai seru nak sambung study lagi nanti. Insya-Allah.

4 comments:

  1. situasi ck sama spt sy juga. mls oh nk ckp kt satu dunia nie 'berapa tahun umur awk'? adehh~ -,-

    ReplyDelete
  2. perempuan memang macam tu, heeee. :)

    ReplyDelete
  3. huhu.. betul tuu.. memang selalu macam tue lahh.

    ReplyDelete
  4. erm,,hihi,,,2 kn salah satu cara tok kite pggl dia akak or adeq,,,2 jer,,hihi,,,t kate kite kuang ajar lak lau pggl name jer,,kn,,kn,,kn,,kn,,,

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!