Assalamualaikum ...
Dalam hidup ini tak semua apa yang kita inginkan dan suka kita akan dapat. Dan juga tak semua yang baik giler dengan kite memang suka giler kat kita. Jangan cepat teruja dengan kebaikan orang kerana di dalamnya mungkin penuh dengan duri serta sembilu! Ada masanya biar menyendiri dan menyepi akan memberi kita lebih rasa bahagia walaupun orang akan nampak kita mcm tak ada kawan.
Buat apa ada kawan ramai, tapi hakikatnya berbaik depan mata, belakang mengutuk bertimba-timba. Nak kah ada kawan mcm tu? Layakkah orang mcm tu digelar kawan? Tahulah manusia itu bukan mcm daki yang boleh kita kikis-kikis bak cakap adik saya. Buruk baik, bodoh pandai, lemah kuat serta lebih dan kurang mereka adalah pelengkap kehidupan kita. Tak percaya? Sila selidik sendiri .. mereka ini kadang-kadang menyakitkan hati kita tapi ada masa memberi kita keindahan. Tapi ada juga yang memberikan kita kesakitan sepanjang kita kenal dengan mereka. Sebab itulah saya memilih pendekatan, punya kawan yang setakat mampu kita layan. Yang memang benar2 adalah kawan. Yang boleh bersama kita kala susah dan senang, kala menangis dan ketawa.
Kawan bukannya pagi ini jumpa, petang terus kenal hati budi. Terus kamceng giler. Jalan peluk-peluk pinggang. Laga-laga pipi bagai. Semuanya ambil masa yang cukup lama dan kadang terlebih lama sampai masih tak kenal hati kawan sendiri. Ada juga jadi.
Diam menyendiri. Itu memang saya. Tambah pulak kalau saya tak suka perangai gediks sesetengah orang. Menyampah tahap ultraman 3. Saya akan diam. Itu cara terbaik. Dia tak sakit hati. Saya pun tak akan sakit hati juga. Mula kenal mulut manis mcm gula. *sampai gula boleh naik hargalah punya manis!* Siap layan baik punya. Rupanya ada kupang di sebalik sambal. Nak godek rahsia peribadi kita. Perghh ... terbaik betul kau berlakon sampai aku terperangkap dalam lakonan kau! Terima kasihlah. Disebabkan terlalu banyak sangat terkena dengan manusia-manusia camnie, saya rela ambil pendekatan berdiam diri. Malas nak bercampur dengan manusia gedik. Tambah-tambah yang jenis suka berlakon baik terlampau depan boss! Depan boss dialah mulia, dialah dewa, dialah yang punya segala kebaikan. Tapi belakang boss dialah segala bapak syaitan dan iblis! Memburukkan orang lain demi diri sendiri. Bagus ke mcm tu? Orang lain semua diam, paling kuat pun perli. Bukan takut, tapi tak mahu memburukkan suasana,,,
Dalam banyak perkara yang berlaku saya memilih utk diam, tak bererti saya suka perkara yang berlaku. Diam untuk tidak mahu mengeruhkan suasana. Lantaklah korang nak buat apa. Tapi saya tahu dalam diam, makin gedik saya tengok mereka ini. Dan makin saya diam, mereka buat lagi-lagilah suka mengumpat dan menyibuk tentang kehidupan orang lain. Apa yang saya kesalkan sampai hari ini, sikap saya yang tak suka campur hal peribadi orang ... hal peribadi saya pula yang dicanang. Kalau betul mungkin apa yang kau canang mungkin elok bagi kau. Kalau salah apa yang kau canang tetap mungkin elok 1000 kali bagi kau! Bagi saya tetap dosa menjaja cerita orang lain.
Sedih dah pedih dengan gelagat manusia camnie. Perit rasanya bila berhadapan, Allah sahaja yang tahu.
CK : Tak tahu sampai bila akan bertahan, hanya sabar yang dijadikan kekuatan setakat ini.
Sedih dah pedih dengan gelagat manusia camnie. Perit rasanya bila berhadapan, Allah sahaja yang tahu.
CK : Tak tahu sampai bila akan bertahan, hanya sabar yang dijadikan kekuatan setakat ini.
dear.. thank's for the ikan masin..
ReplyDeletediam ...
ReplyDeletesaya pun pendiam kalau bukan geng..(^^~
Soya > diam lagi baik ye tak ... tp org diam nie ... org akan ingat sombong lak
ReplyDelete