Saturday, May 14, 2011

SAYA SAYANG MAK SAYA!

Assalamualaikum ....

Entri ini khas untuk mak saya sempena Hari Ibu yang dah pun berlalu.. Selalunya setiap kali Hari Ibu dan Hari Lahir mak, saya akan sms mak dengan ucapan special yang memang amat sukar nak keluar dengan kata-kata. Tak kisahlah dengan apa cara sekalipun untuk menyampaikan kasih sayang kita pada harta tak ternilai anugerah Allah pada setiap manusia. Selalunya hari-hari sembang benda biasa. Setiap kali berborak di hujung talian, setakat bertanya khabar, bergossip manja, bergurau senda, menangis ketawa, mendengar tazkirah dan nasihat kehidupan dan meluncurkan kata, "MAK! SAYA SAYANG MAK SANGAT!". Kucup pipi, cium tangan dan peluk tu adalah perbuatan wajib saya pada mak!

Ada masanya mak terasa hati dengan sikap saya dan ada masanya mak buat saya tersentuh hati! Tapi semua sikap dan hati yang tersentuh itu akan terubat bila mak selalu cakap, "MAK SAYANG SEMUA ANAK-ANAK MAK! MAK SAYANG KAKAK SEBAB KAKAK TAKDA SAPA!". Maksud mak saya ... " saya belum kahwin!". So memang takda sapa-sapalah yang jaga saya.

Mak saya adalah seorang ibu yang penyayang (kebanyakan ibu adalah penyayang ye tak?), rajin (malangnya anak-anak perempuannya kurang mencontohi sifat ini), tegas, amat sukar untuk mengalir air mata, sometimes mak sangat keras hati tapi seorang yang amat tabah dan pandai berdikari. Mungkin kehidupan mak sebelum kahwin yang memang susah sangat ... buat mak boleh berdikari! Saat paling manis bila saya ajar mak sampai pandai bawa motor sendiri dan bila mak hadiri majlis konvokesyen saya walaupun time tu ... my SIL baru sehari bersalin dan perlukan mak (my SIL anak yatim piatu).

Ingat lagi time tu, saya siap-siap pujuk mak utk datang majis konvo saya! Ye lah ... benda bukan hari-hari pun. Lagipun itu adalah hadiah kejayaan saya untuk mak n ayah. Masa abang saya konvo kat luar negara manalah mak ayah mampu utk pergi. Pujuk sampai saya sendiri nangis. Tak tahulah kenapa masa tu saya berdegil dan keras hati gile nak juga mak datang walaupun mak bagi alasan utk jaga my SIL. Sampai saya ckp ... "kalau mak tak nak pergi, saya pun tak nak pi majlis konvo tu!". Ha ha ha ... jahat giler saya masa tu, siap ugut2 sudah.

Tapi HATI SEORANG IBU, macam mana pun akan tetap cuba sedaya upaya memenuhi kehendak anak-anak. Kita nie yang jadi anak-anak, pernah ke dan selalu ke berusaha untuk mengembirakan hati mak ayah (ingatan untuk saya)?. Akhirnya mak setuju untuk hadir ... dan mak tak sangka saya berjaya sampai tahap camtu. Skang nie saya dah malas nak sambung study. Rasanya kerja lagi best ... walaupun keinginan nak belajar ada lagi, tapi penyakit M seolah menjahanamkan segalanya.

Masa kecil saya memang tak rapat dengan mak sebab itulah kebanyakan orang cakap saya anak ayah. Cenderung saya lebih pada ayah. Jiwa kami seakan serasi. Perangai kami pun lebih kurang sama. Tapi bila umur saya dah meningkat ke umur 20-an ... barulah saya rapat dengan mak dan kadangkala bergurau bagai kawan. Boleh bertoleransi. Sekarang saya sedang mengorek ilmu masak memasak dengan mak. Kata nak jadi anak mak kan...he he he

Saya selalu ckp dgn mak saya, "saya tak tahu apa akan jadi pada saya kalau mak tak ada, sebab maklah penguat semangat saya. Selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar".

Saya sayang mak! Tak ada apa di dunia ini yang boleh membalas jasa dan pengorbanan mak pada saya! Saya harap dan doa, semoga saya dapat jadi anak yang baik dan dapat jaga mak sepanjang hayat! Walaupun saya masih belum dapat menunaikan impian mak utk lihat saya gembira seperti orang lain yang dah bekeluarga tapi saya nak mak tahu ... "MAK DAN AYAH ADALAH SEGALA-GALANYA DALAM HIDUP SAYA YANG TIDAK SEMPURNA INI!" .....



CK : rasa nak menangis .....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!