Monday, May 2, 2011

Hadir Mu Sedetik Cuma , Tapi Mengenang Mu Mungkin Selamanya

Assalamualaikum ...

[photo : tiada wanita yang ingin cintanya berbagi 2 dan lelaki cobalah dirimu untuk setia, wanita memendam rasa tatkala lelaki yang disayanginya sedang membagikan cinta yang ada. Namun, wahai LELAKI! andai adil dan tanggungjawab ada dalam genggamanmu, berbuatlah apapun selagi tidak tersasar dari sunnah dan Quran! Pasti wanita akan bahagia selamanya di dunia dan di akhirat jua. Pasti yang payah menjadi mudah dan lancar]




Detik itu ...
Telah bertahun berlaku ...
Saat dahi di kucup mesra oleh mu ...

Hangat tangan mu seolah semalam kita bertemu ...
Manis senyum mu menjadi igauan malam ku ...
Renung mata mu membuatkan diri terpaku ...

Kau nyatakan sayang yang terpendam sekian lama ...
Kau hulurkan cinta yang tersimpan untuk ku puja ...
Kau hadiahkan harapan untuk kita hidup bersama ...
Kau anugerahkan rasa rindu yang tak pernah bertamu seumur hidup ku!

Detik itu ...
Hari ini ku imbas kembali ...
Ku selak-selak kenangan yang telah pergi ...
Yang hidup cuma keindahan kenangan dalam diri ...
Kau pergi ... tanpa jawapan pada persoalan ...
Terpangu aku sendirian menanti kata jawapan!

Detik itu ...
Sekali ku kenang menjerut perasaan ...
Menikam diri hingga luka tanpa darah ...
Kau pergi membawa cinta ...
Mengheret sayang ...
Menghancurkan harapan ...
Membenamkan aku dalam rindu tanpa noktah!

Ingin mengatakan kau kejam!
Tapi benak mengatakan kau hamba Tuhan!
Kau jua lemah ...
Hingga lemahnya engkau membuatkan aku sarat dalam derita ...

Saat kau tiada ...
Airmata penawarnya ...
Indahnya kasih dan sayang mu masih ku rasa ...
Biar pun tak terungkap dengan kata ...
Rindu itu masih ada ...
Cinta masih tetap serupa ...
Doa ku alun pada Yang Esa ...
Melepaskan aku dari seksa rindu tanpa tepian ...

Kau hanya hamba ...
Setelah ku tagih kasih mu tanpa sempadan ...
Ingin sekali ku alih cinta ku dan serahkan segalanya pada Tuhan!
Moga andai ada cinta kedua ...
Biarlah aku mencintai mu tidak melebihi cinta dan kasihku pada Tuhan sekalian alam ..

Hadir mu sedetik cuma ...
Tapi mengenang mu mungkin selamanya ...
Percayalah ... tiada dendam antara kita ...
Mungkin hadir mu hanya untuk menduga ...
Hati kecil yang tidak pernah menderita kerana cinta!

Aku percaya Tuhan sentiasa ada ...
Saat jatuh dan lemah ku ...
Membuatkan aku selalu bangkit 
Dan gagah untuk melangkah walau dibiar sendirian tanpa mu wahai kekasihku! 

Aku cuba berhenti memuja cinta manusia ...
Dan aku sedang mengejar cinta kepada Tuhan!
Moga aku diterima ... dan rasa hati ingin bawa kau bersama ....

Andai kau tidak diragut manusia dari ku ...
Pasti benar Tuhan mengambil mu dari ku untuk selamanya ...
Perpisahan pasti nyata antara kita berdua!


~menulis bukan kerana nama, tapi ini tulisan aku - cik kamoo~




CK : Diam tanpa kata, dalam hati penuh dengan cinta! Cinta Pencipta sering dilupa ... cinta manusia ditagih di mana-mana. Begitu kejam diri pada Pencipta ... sekali tersedar, cinta manusia khayalan semata!

5 comments:

  1. Kita mengambil masa seminit untuk menyukai seseorang tetapi seumur hidup untuk melupakannya.

    ReplyDelete
  2. makin hari makin baik penulisan CK, teruskan menulis, sedap je KAMI baca. :)

    ReplyDelete
  3. Awan Biru > betul tu ... melupakan amat sukar bila dia adalah insan yang disayang!

    KAMI > Terima kasih. Masih belajar dan ada yang lebih baik dan indah dari penulisan CK.

    ReplyDelete
  4. mmm nice entry..mendalam maksud entry ni.. :)

    p/s : alhamdulillah tq3...akak, i'm very appreciate :) ok2 akan diperbaiki lepas ni sy kurangkn shortform ok hehehehe komen membina ;)

    ReplyDelete
  5. Firdaus > nasib baik awak tak terasa ngan komen akk. terima kasih sbb terima komen.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!