Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!! - part 1

Assalamualaikum ...

16 Mei ... sambutan hari guru untuk 1Malaysia. Bila Hari Guru teringatlah zaman-zaman sekolah dulu. Kenakalan yang tak seberapa. CK dulu bukan budak femes emes pun kat sekolah. Kenakalan memang tak teserlah pun. Sebabnya masa sekolah rendah satu sekolah dengan abang. Berani nak buat hal. Abang dahlah pengawas sekolah. Bila naik sekolah menengah satu sekolah dengan sepupu sendiri yang tinggal sebelah rumah. Lagilah malas  nak nakal-nakal, nanti report sampai pulak depan pintu rumah. Ha ha ha. Kiranya CK dulu masa zaman belajar takda langsung masalah disiplin. Perghh terbaik! Setakat lupa siapkan homework tu adalah juga sikit-sikit. Biasalah budak-budak...

Alhamdulillah, cikgu CK dulu semuanya baik-baik dan berdedikasi! Yang garang terlampau memang tak ada. Tapi setakat cikgu yang suka cubit dan ketuk tangan ... BIASA SANGATLAH!

Masa sekolah rendah CK belajar kat Sekolah Kebangsaan Alor Janggus. Tak ramai cikgu sekolah rendah yang CK ingat. Ingat-ingat lupa. Cuma yang memang peberet tu ingatlah. Cikgu yang paling CK sayang dan hormati adalah arwah cikgu Mohd Jasin Yaacob. Dia ngajar Bahasa Melayu dan guru kelas CK masa darjah 1 Merah! Baik sangat dia. Mcm ayah CK. Dia cakap soft sangat dan pandai memujuk budak-budak. Tapi sapa yang tak dengar cakap tu ... kena marah jugak! Arwah Cikgu Halim mengajar muzik. Cikgu Osman Abdullah (tak pasti kat mana skang nie) ngajar Alam dan Manusia (sekarang dah tak ada pun subjek nie ..), Cikgu Azhar Ghazali ... cikgu muzik masa CK darjah 4 hingga 6. Dia suka ketuk kepala budak-budak dengan cincin dia yang banyak tu. Eyy tak suka. Mak CK siap pesan kalau cikgu nak pukul ke hape jangan pukul kepala pukul dari pinggang ke bawah takpa. Itu mak zaman dulu. Kalau mak skang, balik cakap cikgu pukul, dah kena saman cikgu tu! Itulah beza dulu dan sekarang. Cikgu Saadiah ... ajar Inggeris tapi dia tak ajar CK, dia nie sayang gila kat abang CK. Hu hu. Pastu Cikgu yang lawa Cikgu Siti Saleha ....

CK nak sambung lagi pasal cikgu-cikgu nie....nantilah ye! CK nak pi kerja. Driver dah datang amik nie. he he he. Ada driver CK hari nie ... tapi lambat. kui kui. Nanti kita sambung part 2!



CK : Rasa mcm nak jadi cikgu juga ... ha ha ha

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!