Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!! - part 2

Assalamualaikum ...

Putrajaya hujan lebat terlampau! Tak boleh balik lagi. So, sambung pasal Selamat Hari Guru Part 2. Mcmlah best sangatkan cerita nie sampai nak buat berpart-part. Poyos je lebih CK nie. hak hak hak. Tapi ... tapi kalau belum baca part 1 sila wajib klik SINI!

Cerita sekolah rendah dah sudah kot rasanya. Sambung cerita sekolah menengah plak. Cikgu SMK yang paling CK ingat sangat Cikgu Nik Azimah Nik Ahmad. Cikgu bahasa Inggeris. Nak kata dia garang sangat tak adalah sangat, Tapi suka cikgu nie ... sebab dia suka cubit perut dan ketuk tangan. Sakit wooo kalau kena cubit. Terlampau sakit dia cubit siap tarik-tarik dan pulas sekali. Perghhh terbaik koo! Sayang sangatlah kat cikgu yang satu nie. Sebab dia ketuk dan cubit tulah CK bolehlah membaca dalam bahasa Inggeris. Cuma yang sedih bila naik form 4 dan 5 dia tak ajar CK bahasa Inggeris ... akhirnya result teruk giler! 

Cikgu Faridah ajar Sejarah masa form 2. Cikgu nie puji ayah CK handsome masa ayah pi ambik report card. Siap announce satu kelas. ha ha ha. Lawaklah cikgu. Nasib baik mak saya bukan jenis jeles-jeles tau. Habis form 5 CK sambung form 6 sebab tak dapat offer mana-mana IPT. So duduklah form 6 tu 2 tahun. Masa form 6 nie CK masuk 3 sekolah ... 1 sekolah kerajaan dan 2 sekolah swasta. He he he. Bukan budak jahat ye. Ini semua sebab CK ambil STPM 2 kali. Nak sangat dapat result terbaik. Sekolah akhir CK adalah Sekolah Menengah Tengku Mahmud dan sebelum tu Kolej Utara dan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman. 2nd STPM memang CK dapat result terbaik dan impian nak jadi student terbaik tercapai juga. Dapat offer masuk UIA, tapi terpaksa tolak ... then CK pilih U kat egeri sendiri je. Tapi tak sangka pula bila dah habis study kena pulak merantau ...

Sebenarnya ramai nama cikgu yang CK dah lupa. Hah jahat giler kan CK nie. Boleh lupa nama cikgu ... kui kui kui. CK cuma ingat nama cikgu yang baik ngan CK je. Tapi kalau jumpa kat mana-mana Insya Allah boleh kenal lagi.

Untuk semua guru-guru Malaysia, CK nak ucapkan SELAMAT HARI GURU! MENDIDIKLAH DENGAN HATI YANG IKHAS UNTUK MEMBANGUN DAN MEMBINA ANAK BANGSA YANG BAIK BUDI PEKERTI, KREATIF, INOVATIF, TAHAN LASAK .... HEBAT DAN TERULUNG! 



Cerita tak seberapa nie habis kat part 2 je tau...takda sambung2 lagi. Tak pandai nak bercerita....mengarut jer lebih!


CK : Sayang cikgu saya ...

3 comments:

  1. selamat hari guru untuk ibu bapa kita juga kerana merekalah guru terhebat dalam hidup kita. sedapnya putrajaya hujan, sini melaka dah lama tak hujan. :)

    ReplyDelete
  2. Salam..selamat hari guru yer..seronok bila teringat cikgu2 kita dahulu...:)

    ReplyDelete
  3. Kami > betul tu mak ayah kita guru paling awal

    Nine > rindu zaman sekolah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!