Friday, May 27, 2011

Cucur Peneram vs Cucur Telinga Keling

Assalamualaikum ....

Hari ini ada Pasar Tani Putrajaya kat Presint 2. Mulalah rasa ngidam nak makan macam-macam. Seronok pergi Pasar Tani di sini. Meriah dengan macam-macam makanan. Ikan dan sayur-sayuran segar-segar ... cuma agak mahal! 

Makanan yang datang dari pelbagai pelosok Malaysia inilah yang buat nafsu makan membuak-buak. Kadang-kadang tu sampai pantangkan kaki ke Pasar Tani. Takut borong macam-macam. Nafsu sungguh!

Petang nie pulak CK ngidam nak makan cucur peneram (org utara panggil cenggini) tapi bila CK dok KL ngan Putrajaya semua kawan-kawan panggil cucur telinga keling! Apapun nama CK tak kisah. Yang pasti CK suka. Sedap tau! Sekarang pun tengah belajar-belajar dengan mak camne nk buat cucur nie.


Inilah rupa cucur yang CK idam nak beli kat Pasar Tani. Tapi ... mesti jammed teramat sebab ada Hari Belia ni. Ish tak sukalah! Kempunanlah nak makan cucur nie ...


Mak CK panggil cucur peneram ... Ini mak CK buat! Ada 4 lubang. Sedap tau makan panas-panas. Ish mulalah rindu nak balik kampung pula. Untung-untung boleh manja ngan mak nanti mak boleh buat  cucur peneram aka cucur telinga keling!



CK : Nafsu makan sungguh hari ini. Baru jer pagi tadi makan rendang dengan nasi impit....

6 comments:

  1. suka pergi pasar tani sebab murah, macam-macam dapat makan. :)

    ReplyDelete
  2. kat rumah kita hari2 beli .. nak ? :P

    ReplyDelete
  3. Orang Sarawak panggil kuih ni KUIH DEGHAM hahahaa.. sedap gile nak nak kalau masih panas.

    Entri Terkini:
    Seramm Gila! Suka Dengar Misteri Jam 12 Kat YouTube

    ReplyDelete
  4. Kami > paling best sbb byk makanan!! gumuks laaa

    Tomato > wah ari2 makan mesti dah terror masak kan cucur nie

    Mizz > Tu lah makan panas2 best kan...

    ReplyDelete
  5. stakat ni owg penah try yg plg sedap kebabom dkat changkat jering jew, hehe~~

    ReplyDelete
  6. saya suka sangat cucur nie, p putrajaya kompem beli cucur nie, huu

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!