Assalamualaikum ....
Selamat pagi! Awal CK bangun pagi nie sebab semalam lepas balik kerja pergi makan dan sampai rumah terus tidur. Sakit kepala tiba-tiba. Selalu sangat sakit kepala masa tengah tidur. Risau betul!
Sebelum naik ke rumah masa balik kerja tu, sempat CK jenguk peti surat. Pastinya ada surat dah nama pun peti surat. ha ha ha. Jenguk-jenguk ada surat yang lain dari yang lain. Bila amati betul-betul, tertera "URUSAN KERAJAAN - Sulit dan Persendirin - Surat Panggilan Temuduga".
Temuduga apa pulak nie? Dah lama sangat CK tak diinterview. Naik jer ke rumah terus buka surat tu. Temuduga untuk jawatan yang sama dengan CK sekarang nie. Terus rasa hati berbelah bagi. Yelah ... CK sayang kerja CK sekarang nie walaupun pernah ada niat nak tinggalkan tempat kerja sekarang kerana tak tahan dengan karenah politik pejabat yang menghancurkan manusia-manusia yang jujur bekerja. CK juga tak tahan dengan pemegang-pemegang jawatan dalam perkhidmatan "PENGURUSAN & PROFESIONAL" tapi tak bijak mengurus serta tidak profesional langsung. Abaikan. Itu yang CK buat sekarang. Buat kerja sendiri itu lagi penting. Lagipun, mereka rasa mereka cukup bijak dan tidak boleh ditegur serta cukup susah untuk diperbetulkan.
Temuduga yang CK dapat 2 minggu dari sekarang. Perlulah bersedia apa yang patut. CK masih berbelah bagi untuk pergi. CK masih sayangkan Putrajaya dan kerja CK sekarang. Namun, dalam masa yang sama CK kecewa dengan sikap pengurusan yang ada. CK tak nak fikir CK tak dapat jawatan tu, tapi CK fikir CK akan dapat dan perlu buat persediaan sekiranya dapat. Kita sepatutnya positif bukan!
Sekadar luahan rasa yang berbelah bagi. Bila pandang surat temuduga itu, cuma CK cakap pada diri ... "INILAH PELUANG .... ". Pisau dan timun telah di tangan ... jadi potonglah macam mana bentuk pun timun tu! Lonjong ... bulat ... pipih ... terpulang pada diri sendiri!
CK : Kadang-kadang kita perlu melepaskan apa yang kita suka dan sayang .... untuk kebaikan!
dalam ekonomi asas.. ini dipanggil kos lepas... hahhaa...
ReplyDeleteKhuzrin > betul2 ... lupa la pulak sbb dah lama tgl dunia sekolah. he he he
ReplyDeletehmm payah jugak kan kalau cm tu.sabar eh.just go.kalau dpt nt pk lain pulak eh.hehehe
ReplyDeleteRara > kadangkala kepayahan diberi untuk laluan yang mudah pada masa akan datang. CK cuma perlu sabar dan tabah ...
ReplyDeletesangat sokong ayat terahir tu
ReplyDeleteMeatball IKEA Halal
cubalah dulu CK, mana tau berjaya. :)
ReplyDeletepolitik di tempat kerja mostly memang tak boleh lari..mana2 pun ada..just pergi je temuduga.. kemudian kalau dapat bandingkan benefit nya..kalau yg di sana lebih..apa salahnya bertukar arah..
ReplyDeletekalau benefit di tempat baru lebih kurang dengan yg sedia ada lebih baik bertahan je..
hANS > TQ
ReplyDeleteKami > Insya-Allah
Rai > Insya-Allah akan pergi...thanks atas nasihat