Assalamualaikum ...
Luahan hati ini buat mereka yang amat saya sayangi!
Saya mahu hulurkan terima kasih atas tanda kerisauan kalian buat saya. Terima kasih yang tidak terhingga. Kalian berjaya membuat hati kecil saya teruja dan tersentuh hingga tanpa sedar mengalirnya titis jernih di pipi saya. Setelah sekian lama saya tidak menangis dalam esakan yang amat sangat.
Saya tahu kalian ingin memujuk hati kecil saya dengan kata-kata yang dianggap satu pujukan. Sedangkan kalian sendiri tahu saya tidak pernah kisah dan tidak mahu kisah tentang 'ruang' dan 'laluan untuk kebahagiaan' orang lain. Ambillah ruang itu. Ambillah laluan itu. Itu bukan hak saya. Jalan bahagia kalian telah ditentukan Tuhan ... tidak perlu bertanyakan kepada saya malah jua tidak perlu mendoakan agar hati saya terbuka menjadi manusia yang positif dan berminda terbuka. Kerana saya telah mengucapkannya berkali-kali bahawa saya tidak kisah malah saya redha. Siapa saya untuk menyekat kebahagiaan hidup orang lain. Saya terlalu lemah untuk melawan ketentuan Tuhan Yang Esa! Lemah! Mungkin kalian terlupa, saya sememangnya positif dan mempunyai minda terbuka sekian lama tentang perkara ini sejak sekian lama.
Tak perlu lagi diulang dan diulang hingga buat hati saya tersentuh hingga saya berfikiran saya ini tidak mampu beri apa yang kalian inginkan. Hidup ini sudah ditentukan Tuhan. Kita cuma manusia dan sejelasnya kita hanyalah hamba Dia dan berada di dalam genggamannya! Sehebat manapun usaha kita ... seluas mana pun doa kita ... seikhlas manapun kita bertawakal kepada Tuhan Yang Esa, jika ditentukan sesuatu itu bukan untuk kita, bukan rezki kita dan bukan milik kita ... maka tiada siapa yang dapat menghalang ketentuan itu.
Semua berlaku dengan sebab. Ada sebab kerana doa kita tidak dimakbulkan Tuhan. Dan mungkin permintaan kita digantikan dengan nikmat-nikmat lain yang tidak kita sedari atau mungkin Tuhan Yang Satu memilih kita untu diberi ujian dan dugaan ... untuk melihat sehebat mana kita hadapi dan mengingati diriNya.
Kalian jangan risau tentang saya. Jangan cuba pujuk hati saya dengan kata-kata yang bakal buat saya menangis lagi. Cukuplah. Selagi saya cakap tidak kisah ... bermakna saya benar-benar tidak kisah. Ambil laluan ini beserta ruangnya sekali ... kerana laluan dan ruang ini bukan hak saya. Kita sudah cukup dewasa untuk memilih dan menetap jalan kebahagiaan sendiri ... aturlah dan coraklah kebahagiaan dalam hidup kalian sepertimana kalian kehendaki. Saya tidak pernah dan tidak akan menghalang kebahagiaan sesiapa. Saya menerima segalanya dengan hati redha. Kebahagiaan kalian jua senyuman untuk saya.
Jangan risau tentang saya ... dan saya mohon tolong jangan pujuk hati saya! Saya mohon hormati permintaan dan pendirian saya. Itu sahaja ...
CK : Tiap senyum saya ada tersulam suka dan duka ...
that is life sweetie...menangisla selagi termampu, sebab menangis tu pengubat untuk hati yang dirundung pilu..:))
ReplyDeleteSchubert > tq dear! tp sy tdk mahu hidup yg singkat ini dipenuhi dgn airmata yg berpanjangan....
ReplyDeletesesekali menangis takpe CK.
ReplyDeleteKami > ...yg sesekali tulah bengkak2 mata ...he he he
ReplyDeletejgn terlalu ikutkan hati... klu boleh, terus lupakan apa yg dh jadi..past is past...
ReplyDeletekak..chill!!! =) moh sy belanja eskem cornetto...
Tina > happy go lucky jew ... x fikir, tp org lain suka timbulkan kisah lama. he he he
ReplyDeleteDatang hari belia...i belanja u eskrem
senyum tak perlu kata apa2 :)
ReplyDeleteSyahnia > peace!!
ReplyDelete