Assalamualaikum ....
Seminggu ni balik rumah awal je! Tapi tak masak pun. Balik awal sebab nak layan Nora Elena kat TV3. Nak tengok Seth Tan yang romantik tu. Sweetnya dia 'ngorat' wife sendiri. Buat CK rasa teruja je! ha ha ha. Dah lama CK tak masak. Nak kata makan kat kedai selalu takdalah pulak.
Sekali buka folder pic CK, terjumpa pic masak asam pedas ikan kembung dengan timun! Perghhhh terus rasa lapar. Tapi mood masak entah ke mana pergi. Mungkin sebab barang dapur banyak yang belum beli lagi kot. Tu yang ke laut jer mood masak memasak nie.
Asam pedas ikan kembung nie CK masak awal bulan hari tu! Perghh dah lama. he he he. Ingat nak buat entry Dari Dapur CK, tapi malas. Sorry! Tukang masak separa profesional nie skang belum capai mood nak buat entry masakan yang ala-ala simple!
Tengok asam pedas nie buat perut rasa lapar sangatlah pulak. Esok plan nak puasa sampai hari Jumaat. Tapi tak tahulah menjadi ke idak. Harap-harap jadilah. He he he ...
Eh! korang dah dinner belum? Masak sendiri ke makan kat luar jer??
CK : Nak masak apalah malam nie??
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!