Assalamualaikum....
Incik Babah emailkan sesuatu bagi mendapat pandangan saya. Soal penceraian. Nak jawab tak jawab ada serba salahnya kerana artikel yang diberi bertajuk "Penceraian selesai banyak masalah wanita!". Saya belum berkahwin. Terkebil juga saya ingin memberi pendapat peribadi ...! Artikel seperti di bawah.
KOTA BHARU: Umat Islam tidak harus melihat kadar perceraian yang tinggi di negara ini satu perkara negatif kerana perpisahan suami isteri mengikut lunas undang-undang itu, sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah dihadapi wanita.
“Saya melihat perkara ini (perceraian) daripada aspek positif iaitu masyarakat Islam kini sudah sedar dan celik undang-undang, boleh menyelesaikannya mengikut lunas yang dibenarkan Islam,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya, perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang.
“Kita jangan lihat perceraian itu satu perkara yang teruk sangat kerana ia perkara yang halal, malah perceraian itu sebenarnya mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum wanita,” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Halal Kelantan 2011, di Kompleks Islam Darulnaim, di sini, semalam, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Mac lalu ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya, dengan menyebut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009, menunjukkan purata pasangan Islam yang bercerai mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan bercerai setiap 15 minit.
Berdasarkan rekod JAKIM pada 2009, menunjukkan perceraian terus meningkat setiap tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya golongan muda.
Ditanya sama ada berlakunya perceraian seperti itu disebabkan kekurangan hakim, Mashitah menafikannya dan menegaskan banyak kes sudah diselesaikan.

“Memang tidak dinafikan, setakat ini kita memang memerlukan banyak lagi hakim bagi menyelesaikan kes, namun banyak kes dapat diselesaikan dengan mengadakan perbicaraan pada waktu malam atau hari cuti selain ditambah dengan hakim perempuan,” katanya.
Beliau berkata, berlakunya kes perceraian membabitkan pasangan Islam disebabkan suami dan isteri masing-masing tidak memahami tanggungjawab serta ilmu berumahtangga.
“Dalam kajian yang kita lakukan, perceraian berlaku bukan disebabkan ketidakseragaman undang-undang syariah, namun ia membabitkan pasangan berkenaan iaitu tidak memahami tanggungjawab selain kurang ilmu rumah tangga,” katanya.
Apa pandangan anda…(Permintaan Incik Babah)
Dan ini pendapat saya dan telah diemailkan kepada dia. Sampai petang ini masih belum menerima sebarang respon lagi dari dia.
Dan ini pendapat saya dan telah diemailkan kepada dia. Sampai petang ini masih belum menerima sebarang respon lagi dari dia.
Penceraian itu memang halal tapi perkara yg Allah tidak suka. Dan bila isteri minta cerai atas sebab2 yg tak munasabah …bergegar tiang arash!
Bg saya…kalau suami tu tak bertanggungjawab, abai nafkah zahir batin, pukul isteri dia ikut suka sampai menyebabkan kecederaan … itu memang tak patut. Tak ada pun dalam hukum si suami boleh pukul isteri ikut suka hati dan keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan. Selama mana seorang isteri perlu hidup menderita kalau macam tu. Kahwin hanya untuk dapat sakit, baik tak perlu ada sebuah perkahwinan. Hukum pun cakap kita tak boleh kahwin untuk menyeksa oranglain. Berdosa. Hidup manusia nie sekejap sangat kat dunia nie, takkan hari-hari si isteri perlu menangis dan menanggung derita sampai mati.
Selalu kalau ada ceramah kat mana-mana pun kita selalu dengar….isteri kena taat, kena patuh, kena jaga suami, kena tahu masak dan segala macam benda. Senang cakap, orang banyak bercakap pasal perempuan atau isteri berbanding lelaki atau suami. Tapi orang tak kisah pun kalau suami … tak tahu pun peranan dia sebagai seorang suami. Tak bimbing, didik isteri dan sebagainya.
Kalau suami bijak mendidik dan membimbing isteri ….Insya-Allah akan ada benefit dunia dan akhirat. Terpulanglah pada nakhoda kapal tu macam mana … kalau kapal tu penuh dengan kejujuran, kepercayaan, kesetiaan, tahu peranan masing2 dan rasa tanggungjawab, Insya-Allah kapal itu akan sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan selamat. Kadang2 kita tgk sesetengah perkahwinan itu bahagia, walaupun hidup dia susah … sebab masing2 sedar tanggungjawab dan peranan masing2.
Apapun kita sebagai manusia nie hanya berusaha dan merancang menjadikan sesuatu itu lebih baik … selebihnya ada dalam genggaman Allah dan Dia yg menentukan. Kalau baik yang kita minta, Insya-Allah baik juga yang Allah beri. Doalah perkara yang baik hari-hari….tak dapat hari ini mungkin esok kita akan dapat. Kalau tak dapat apa yg kita minta mungkin Allah gantikan dengan benda lain yg kita tak sedar. Dan jika tidak dapat juga mungkin Allah ingin uji kita sejauh mana keimanan yang kita ada.
Saya tidak tahu perkahwinan itu sebenar-benarnya kerana saya belum menempuhi. Tetapi setakat memandang dan mendengar belum cukup selagi belum lalui dengan diri sendiri. Kalau ada cara baik selamatkan perkahwinan….mungkin penceraian itu tidak perlu!. Kadangkala penceraian tidak menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah. Kerana ego masing-masing kita merasa penceraian jalan terbaik yang ada... mungkin!".
CK : Itu pandangan saya pada dia berkaitan artikel berkenaan. Tak lebih dan tak kurang sebab saya tak berani nak komen lebih jauh jika sesuatu itu melibatkan hukum. Saya ada beli satu buku perihal perkahwinan yang sangat baik dijadikan panduan buat wanita bergelar isteri atau bakal bergelar isteri. Insya-Allah akan dikongsi kemudian.

seboleh-bolehnya elakkan dari perceraian..itu bagi pendapat cik sakura..namun jika tiada lagi kata sepakat dicapai buatlah keputusan dengan adil dan saksama..
ReplyDeletepenceraian adalah satu perkara yang positif???!!! apa suda jadi ini..?
ReplyDeleteMasyarakat bercerai kerana masyarakat telah rosak, bukan disebabkan mereka sudah tahu hak mereka.
Oh, cacamarba apakah ini Malaysiaku?