Wednesday, May 18, 2011

Cuti-cuti Malaysia Siri 2 - Sarawak Part 3, My Village Barok dan Kek Lapis Dayang Salhah

Assalamualaikum ...

Lambat betul update blog sekarang nie. Sejak balik bercuti, kena pula berkurus berkursus. Haruslah memenuhi tanggungjawab dengan ikhlas. Harap-harap jadi ibadah. Echeeeh. Kerana tanggungjawab terpaksalah kurangkan sedikit kasih sayang pada blog. Nasib badanlah labu ...

Sambung pasal CCM Siri 2 Sarawak Part 3! Kalau biar lagi lama, sure jadi pekasam mcm CCM Siri 1, sampai ke sudah tak update. Hampeh! Untuk yang belum jenguk part 1 tekan SINI dan part 2 cuit kat SINI. Ini part 3 punya. Layan jangan tak layan ye ...


Sandwich nie sepatutnya dok dalam part 2. Tapi CK lupa nak cerita. Ha ha ha. CK makan assorted sandwich dalam Airasia. Ini pun mau heboh satu kampungkan. Sebab CK suka dengan rasa dia ... itu pasal mau heboh jugak. Kasi menciwi sket. 


 Part 2 CK dah cerita pasal bilik hotel yang cun giler. Terbaik dan sangat2 selesa. Lepas dah check in, rehat dan mandi kami mahu isi perut. Lapar sangat. Dengan cuaca kat Kuching yang terlalu panas bagi CK (baru panas dunia nie, belum kat sana lagi ... insaf!), buat perut CK lapar semacam. Nak pi makan kena naik sampan. Nampak sampan kat atas tu ... Tengah dok tunggu sampanlah tu nak menyeberang ke Kampung Boyan. Tapi yang dalam gambar tengah menunggu tu bukan CK. Kalau CK sapa pula yang ambil gambar nie kan ...


6.00 petang kami pun naiklah sampan dengan tambang 50 sen untuk seberang Sungai Sarawak nie. Best naik sampan nie. Tapi kejap sangat. Belum panas punggung dah sampai. Perjalanan kurang dari 5 minit. Kejapkan?? Sepanjang dok kat Kuching ni, adalah satu hari sampai 2-3 trip kami naik sampan. Jakun! Kat KL atau Putrajaya mana ada sampan cenggini. Sungai pun tak cun ... ha ha ha

Sebelum pi isi perut dengan nasi, jalan-jalan dulu sepanjang Sungai Sarawak nie. Menarik jer! Ada food court, ada orang jual ikan terubok masin, kedai kek lapis dan cenderamata. 


Ada orang jual ikan terubuk masin. Rugi sapa tak makan. Sedap! Tapi CK beli kat Pasar Satok. Yang saiz kecil boleh dapat 4 ekor RM10. Kat sini 3 ekor RM10. Nak beli tengok saiz dulu ya.  Setiap saiz dijual dengan harga yang berbeza. Lepas tu angkat cium dulu kot-kot bau. Kemudian buka tengok isi dalam dia putih ke merah ke. Kalau putih tu ikan masih baru la. Korang boleh minta dia balut dan kotakkan cantik-cantik. Senang nak bawa.


Lepas tu tu kami layan kedai jual kek lapis. Ada 3 kedai kek lapis yang ramai orang .... MIRA CAKE HOUSE, AFIFI KEK LAPIS SARAWAK DAN KEK LAPIS SARAWAK DAYANG SALHAH. 

  

Semestinya CK pilih kek lapis Dayang Salhah. Untuk pengetahuan kek lapis Dayang Salhah nie lebih banyak pilihan dan kek-kek dia adalah yang baru masak hari tu jugak untuk dijual. Kek lapis Dayang Salhah nie ada kilang tau. Dah tu ramai VIP datang borong kek lapis  kat sini .... 


Inilah kedai kek lapis Dayang Salhah! Memang femes. Masa CK sampai ramai orang sedang membeli dan belah. Korang boleh rasa tau setiap jenis kek yang korang nak beli. Ada sample macam kat bawah nie ...


Pilih je mana yang korang suka. Boleh rasa sampai kenyang! Hari first sampai tu, kitaorang cuma pergi rasa je! Tak beli pun. Beli sehari sebelum balik Semenanjung. Kalau beli hari tu, takkan nak makan kek lapis sampai 4 hari kot. Abang yang jaga tu tak marah pun, siap suruh datang lagi ada la. Tapi tak tahulah kot dia perli pulak. Sebab CK tengok ada yang datang rasa terus blah je ... terima kasih pun tak! Kira CK nie baik la juga siap terima kasih bagai then hari ketiga baru pi beli. He he he


Dah penat jalan dan melantak kek lapis kat Dayang Senandung Salhah, barulah gerak pi cari makan. Malam tu kami dinner kat MY VILLAGE BAROK. Restoran yang berkonsepkan santai nie pernah masuk JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 TU. Masa tu Maria Tengku Sabri jadi pengacara dia. Sila tengok apa yang kami dan orang lain order ...


Nasi ayam penyet! Serius sedap dan terbaik. Bukan nak cakaplah ini seolah pure ayam penyek. Bukan sebab nasi nie ada ayam, so CK saja-saja cakap sedap kerana suka makan ayam. Oh! Tidak ... kenyataan sedapnya. Kawan CK yg tak suka makan ayam pun cakap ayam dan sambalnya memang sedap. Kalau KL ngan Putrajaya tu memang tak boleh lawanlah setakat nie ...


Ini nasi goreng seafood! Pun sedap jugak. Sepinggan RM7.00. Sila jangan terkejut ... harga agak mahal sedikit, tapi rasa dan kuantiti dia memang terbaik. Nasi goreng nie boleh makan 2 orang untuk manusia yang seberat CK. he he he. Puashatilah bayar RM7.00, macam-macam lauk pauk ada dalam tu, dengan nasi dia yang banyak .... sedap sungguh! 

Yang ini buluh ditunggang nie bukan kami yang order. Jiran sebelah meja yang order. Dalam dia ada ayam. Disebabkan harga menu dia boleh mengancam kami yang travel secara bajet, makanya tak adalah kami nak order yang mahal-mahal nie. Kot balik Semenanjung dah habis duit nak bayar duit bagasi kang. So, memang makan ala 'pelancongan bajet'lah. Janji sampai kat tempat tu.

Gambar makanan yang kami order tak sempat CK nak ambil semua gambar. Sebab lapar sangat, kita ngap dululah. So, korang layan gambar makanan yang kami tak order ajelah mcm kat bawah nie ...

Dah selesai makan, turun bawah nak bayar. Sebelum tu, layan tempat orang buat nasi ayam penyet tu. Tukang masak dia cakap, benda yang dia guna untuk penyetkan ayam tu diimport dari Indonesia. Padanlah sedap. Pure dari tempat asalnya... 


Ayam penyet yang CK makan tadi ... ayam tu dia bakar. Kalau kat Semenanjung CK tengok dorang goreng. Ayam bakar nie dah siap dia akan ketuk kuat-kuat. Tulah kot dapat nama ayam penyet. Patut panggil ayam ketuk je.

Yang ini pula ayam dalam buluh tu dengan tiram bakar. Nampak sedap. tapi lain kalilah pergi pula makan puas-puas. Kalau korang datang Kuching, makanlah kat restoran ni. Memang sedap makanan kat sini. Harga walaupun mahal tapi sesuai dengan kesedapan dan kuantiti makanan berkenaan.


Dah kenyang perut semua ... naik sampan dah  balik hotel. Rehat sambil tengok TV dan tidur! Letih sungguh. Sampai tak sedar tidur. Sedar-sedar jam 6 pagi dah cerah pun. Kat sanakan cerah awal....breakfast kat hotel pun mula dari jam 6am-10am. Awalkan ...



Habis cerita part 3. Nanti sambung part 4 ... kita pergi Pasar Serikin dan Pasar Satok pulak. Ada masa CK update lagi ye. Malam nie dah lemau sangat. Mata pun mengantuk .... kena tidur dulu nak bina tenaga baru untuk esok!




Selamat malam korang! Happy blogging ya ... 





CK : Semoga hari ini lebih baik dari semalam ... pesan penceramah yang satu itu! Insya-Allah ...

5 comments:

  1. terasa lagi kuat semangat nak ke sarawak. :)

    ReplyDelete
  2. wah kalau pergi sarawak mesti beli kek lapis kan..itu lah siganture kek dari negeri tu..memang seronoklah jalan2..

    ReplyDelete
  3. wah..
    seronoknya..
    jeles la rasa..

    ReplyDelete
  4. Ayam dalam buluh tu MANOK PANSOH namanya.. Manok tu ayamlah, Ayam Pansoh. masa hari raya nanti korang buatlah hahaha... Ayam,serai, halia, bawang masuk je dlm buluh,kasi garam dan pak aji sikit. pastu sebagai penutup nya, sumbat ajelah daun cuk ubi tu. BIla dah masak, dalam 20-30 minit camtu, dengan daun ubi tu sekali boleh makan, pergghhh!!!

    ReplyDelete
  5. nasi ayam penyet kat village barok tu mmg best ! :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!