Untuk kawan-kawan baik dan family aku (adik) memang tahu sekarang nie aku dah mula berdiet. Dalam entry sebelum ini pun aku dah cerita dekat korang yang aku dah usaha dietkan?? Kalau korang baca dan ingat la. Sekarang nie, aku mula dengan usaha yang lebih serius dengan ilmu yang ada. Ilmu kena cari.
Nak bertindak dalam diet nie kena ada ilmu. Barulah nampak kesan sikit. Kalau tak mesti jadi diet yoyo punya macam aku yang dulu-dulu lah!! Sekarang zaman dah moden, google ajelah. Takdak alasan kau nak cakap malas memanjang. Sampaikan maklumat di hujung jari masih nak cakap malas, aku rasa baik kau masuk kubur je! hu hu ... kejamnye ayat aku nie.
Memandangkan dalam usaha berdiet, maka aku pun google maklumat-maklumat yang berkaitan dengannya. Satu ia ilmu untuk aku dan kedua, aku nak share dengan korang. Mungkin korang lebih-lebih bijak dari aku yang baru berada di garisan permulaan. Senang cakap, aku masih belum berlari lagi nie .... dok terkinja di garis mula je.
Tapi, Alhamdulillah ... masuk hari ini dah 10 hari aku berdiet. Dan Alhamdulillah juga dalam tempoh itu, aku dah mampu kurangkan sebanyak 2kg. Kali ini aku diet tak menyiksa diri sendiri. Makan tetap makan. Macam mana aku buat??? Nanti aku cerita di entry-entry akan datang. Untuk bulan pertama (April) aku target untuk turun 5kg dulu. Tak mau target terlalu tinggi, nanti aku upset.
Berat masa aku mula adalah : 65kg (1/4/2012)
Dengan tinggi : 147cm
Katekkan aku nie?? Tapi syukurlah aku sihat lagi.
Hari ini, 10/4/2012 : 63kg
Dengan tinggi yang sama. Bila diet, berat je turun dan tinggi tak bertambah ye ... ha ha ha ha ha!!
Ukuran pinggang ke ... dada ... pinggul ... semua tu aku belum buat ukuran lagi. Untuk ukuran asal adalah. Tunggu hujung April nie baru kita buat ukuran. Nak timbang senang je, nak ukur tu leceh sket. Maklumlah sorang-sorang, takda sape nak tolong ukurkan ... ha ha ha alasan manjang!!!
Memandangkan berat mula aku dengan 65kg (berat dari guni beras ayah aku rasanya!), maka aku target untuk kembali kepada berat aku 6 tahun lepas masa aku dapat kerja dengan government iaitu 55kg dan phase seterusnya aku target berat aku kembali kepada 48kg sama macam mula-mula datang Putrajaya 8 tahun dulu. Aku cuba usaha dengan ilmu dan kudrat yang ada.Tapi, dapat turun kepada 55kg dah cukup rahmat dah pada aku. Aku dah menepati nasihat doktor, dia dah pesan berat aku tak boleh lebih 55kg lagi. Tempoh masa adalah sehingga Disember 2012! But, sebaiknya biarlah November 2012 ... baru ada semangat sket nak tumpang glamour dekat majlis adik aku nanti .... hu hu hu niat dah salah dah!!
Biar aku bercerita niat baik aku kat sini dengan korang, supaya aku lebih berkobar-kobar melakukan yang terbaik. Supaya, kalau aku tak berjaya, aku jadi malu dengan korang nanti. Jadi, makanya aku perlu dan wajib berjaya capai target aku!!! Doakan aku ye =)
So, hari ini aku share dengan korang semua 10 kesan kalau korang dapat turunkan berat badan kepada berat yang ideal. Ideal maknanya .... berat tu ngamlah dengan tinggi korang! Bukan cam aku, sakit tumit nak menampung berat yang ada nie! Info nie aku dapat daripada KDO. Kalau korang nak join KDO bolehlah, semangat sikit bila korang berdiet dan ada geng untuk tukar pendadapat serta sharing ideas.
++++++++++++++++
1. MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Dalam satu kajian di Sweden, para pengkaji menggunakan imbasan CAT bagi mengukur saiz otak 290 wanita lingkungan usia 70an.
Hasil mendapati, wanita yang mempunyai masalah kebocoran kecil pada otak mereka pernah berhadapan masalah berat badan semasa usia muda. Manakala, wanita yang sihat sel otaknya tergolong dalam kelompok yang mempunyai berat badan ideal semasa muda.
Masalah kebocoran kecil ini mengurangkan daya ingatan seseorang.Pakar sains percaya, penyakit salur darah yang dihidapi penghidap obesiti boleh mengganggu peredaran darah ke sel-sel otak, seterusnya boleh membunuh.
2. JIMAT WANG
Kajian membuktikan seseorang perlu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 5% bagi menjimatkan perbelanjaan perubatan sebanyak RM3000 dalam setahun.
3. LEBIH KUAT
Kajian terhadap 9400 dewasa pertengahan umur mendapati orang dewasa yang mempunyai perut berlapis (spare tires) lebih berisiko menghadapi masalah lemah otot dan daya bersenam yang rendah sebanyak 57%.
4. PANJANGKAN JANGKA HAYAT JANTUNG
Risiko masalah pada dinding jantung dan denyutan jantung tidak normal adalah 50% lebih tinggi di kalangan pesakit obesiti berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal dan sihat. Obesiti boleh menyebabkan atrium jantung (bahagian atas jantung sebelah kiri) meregang dan seterusnya menyebabkan denutan jantung semakin laju dan tidak selari.
5. LINDUNGI LUTUT
Setiap satu paun berat badan berlebihan meningkatkan risiko osteoartritis (masalah lutut yang melanda usia 40an) sebanyak 10% hingga 15% dikalangan wanita dan 5% hingga 10% dikalangan lelaki.
6. ELAK KANSER
Kajian mendapati, mereka yang berlebihan berat badan tetapi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 paun atau lebih mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 21%.
Wanita yang obes juga berisiko menghidap kanser endometriosis sebanyak tiga kali ganda berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal.
7. MUDAH BERNAFAS

Kajian menunjukkan, bagi individu obes, setiap 10% berat badan yang turun membantu melancarkan fungsi paru-paru sehingga 5%. Mereka yang berjaya menurunkan 25% berat badan pula akan melancarkan sistem pernafasan sebanyak 10%.
Berat badan berlebihan mengakibatkan tekanan berlebihan kepada otot-otot pernafasan seterusnya menyebabkannya terpaksa bekerja lebih keras dan kurang efektif.
8. LUASKAN SALURAN DARAH
Mereka yang obes yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 7% mampu mengelakkan gejala kerosakan pada salur darah. Keadaan ini secara tidak langsung mangatasi masalah atherosclerosis, serangan sakit jantung dan strok.
9. KESEIMBANGAN BADAN
Obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang membuatkan seseorang itu sukar mengawal tubuh badannya, walaupun dengan bantuan persenyawaan in vitro (IVF).
Kajian terhadap 372 wanita yang menjalani IVF mendapati, mereka yang obes mempunyai 32% lebih rendah peluang untuk hamil berbanding wanita dengan berat badan ideal.
Mereka yang obes juga berisiko mengalami keguguran kandungan sehingga 43% daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.
10. MELANCARKAN PROSES KELAHIRAN
Kajian terhadap 612 wanita oleh University North Carolina mendapati wanita yang obes memerlukan masa yang lama sehingga dua jam semasa proses kelahiran anak berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal.
Dah baca habis?? Dah faham?? Kalau dah faham apa lagi, jomlah kita mula berdiet. Berdiet sihat untuk capai obesiti sifar! Usaha tangga kejayaan.
Aku harap usaha aku berjayalah, walaupun ada suara-suara sumbang menerjah niat baik aku nie. Sabar ajelahkan??
#Nak berjaya nie bukannya senang, kalau kita kuat tapi orang sekeliling buat kita jadi tak kuat. Kadang lebih banyak kesumbangan suara daripada kemerduan suara yang baik untuk kita berjaya!
CK : Aku dah plan nak buat diary diet secara online jika aku punya kelapangan nanti! Tunggu lah kot terbuka hati aku bercerita kat sini. Insya-Allah.
wah..sgt berat la u!!!CM ni penah smp 65kg dengan ketinggian 159cm.tu pling berat...
ReplyDeletebut now,lps diet dr last year(sebab keje byk berhadapan dgn VVIP,kene jage penampilan la) berat sekarang dah 57kg..BMI dah ok..tapi target nak pegi ke 55kg..hehe..tak dpt2 lagi ni..hadui..sekarnag ni byk berpk nak kawen..so, takde diet sgt da..huk3..
kena tunggu lepas bersalin nanti baru dni leh pk turunkan kg ni hehe
ReplyDeletehai dear..share la cara2 u diet, n cara pemakanan ..huhu, linda pun ngah diet ni, nak tunang ni kene kruss2 sikit...:)
ReplyDeletejangan lupa share bile dah berjaya... nak gak try cara kamu..he3
ReplyDeletewah, share tips please? :)
ReplyDeleteBila nak update cara2 nak diet tu?
ReplyDeleteSalam kenal :)
By: Jerung..
@CIK MAY a'ah sgt berat! effect pada kaki CK, sakit jenjalan lama2. Itu yang kena usaha turunkan berat nie. Doakan ye
ReplyDelete@Ardini Humaira wah...dini dah pegnen ye. tahniah. okeh lepas bersalin nie diet ye
ReplyDelete@LiNda Insya-Allah akan CK share nanti
ReplyDelete@lady scooter Insya-Allah
ReplyDelete@najwa's Insya-Allah akan dikongsi dgn semua bila berjaya nti
ReplyDelete@mUm_tAz Tunggu bila berjaya capai target pertama, dapat turunkan 5kg dulu. Tak mau drastik sgt la
ReplyDeletenice info sis
ReplyDelete