Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat aku nak pergi Jonker Walk, Melaka. Aku dah banyak kali ke Melaka, tapi belum pernah sekali pun singgah ke Jonker Walk. Dan kerana itu ada perasaan tak puashati selagi tak sampai ke sana. Asyik dengar cerita orang, asyik layan gambar yang orang ambil .... mana best beb! Aku nak rasai sendiri ;)
Welcome to Melaka. World Heritage City ---- Aku setuju! |
Terus minggu lepas aku buat keputusan untuk ke sana. Satu sebab aku nak penuhi hasrat hati aku merasai best ke idak Jonker Walk itu. Sebab kedua, pastinya nak sambut birthday Si MB. Aku tak tahu Jonker Walk tu buka dan tutup jam berapa. Kali ini pergi Melaka tanpa google sebarang maklumat berkaitan Jonker Walk. Untuk pengetahuan korang, aku nie suka sangat dengan Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah nie. Pergi berkali-kali pun aku rasa tak jemu! Melaka bersih ... sebab itu aku suka! Lagi satu Melaka happening dengan cara dia yang tersendiri! Tahniah, orang-orang Melaka! Sampai hari ini aku tak pernah lagi jemu melawat Melaka =)
Sebelum jenjalan kat Jonker Walk, kami pergi makan dekat Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Aku akan cerita dekat korang pasal lokasi makan nie. Sedih sangat aku! Ini bukan 1st time datang makan sini, tapi kali ini aku hampa sesangat. Kecewa sebab datang dari jauh tapi apa yang dihidangkan amat menghampakan hati kami berdua. Yang tu kita cerita kemudian ye. Habis makan je, terus gerak ke Jonker Walk, sampai dekat sana dekat 7.00pm. Mulanya aku plan nak naik Melaka River Cruise, tapi cam risau tak sempat nak jenjalan habis-habisan di Jonker Walk. Utamakan niat awal dulu.
Belum berkesempatan baik lagi merentasi Sungai Melaka. Bila? Bila nak dapat naik?? |
Cantikkan? Memang aku jatuh hati dengan suasana macam nie |
Bila korang sampai dekat Jonker Walk, naga atas kepala nie akan sambut korang! Jangan risau, naga nie telah dipadamkan apinya. Memang ramai orang dekat Jonker Walk. Happening la. Kalau korang sampai dekat sini, mesti rasa macam dok dekat Hong Kong je! Majoriti orang Cina sahaja. Peniaga kat sini semuanya Cina. Memang tak dapatlah nak cuba apa-apapun makanan yang halal. Kalau korang nak beli air, ada satu kedai runcit mamak yang jual air lebih kurang 30 meter dari kepala naga dekat main entrance.
Suasana dekat Jonker Walk. Walaupun ada peniaga makanan, tapi tempat dia still bersih. Ada pelancong mat salleh, jenjalan sambil lepak di sini. Pelancong Melayu tak ramai pun. Aku memang pujilah Jonker Walk nie bersih, tersusun dan happening. Syukur berada di Malaysia, boleh jenjalan dalam keadaan masih selamat. Cuma aku rasa macam bukan di Malaysia je bila dok jenjalan dekat sini. Seronok!
Ada berbagai jualan cenderamata. Key chain, fridge magnet, pedang kayu, barangan antik, selipar cantik ... bak kata macam-macam ada! Sampai berpinar mata aku menengok. Ada juga yang berkenan tapi, aku tak plan nak membeli belah pun. Lari bajet beb ... he he he bulan nie dah terlebih shopping!
Ini lampu yang aku berkenan. Memang nak beli dah, tapi bila tengok lampu kat dalam tu dia main letak je, bukannya terletak cantik-cantik. So taknaklah amek risiko nanti bendaalah tu terbakar sebab lampu yang panas tu akan terkena pada kulit luar yang cantik tu. Serius aku berkenanlah sangat.
Ada banyak lagi gambaq, nanti aku sambunglah esok. Mata dah kuyu nak tidur nie. he he he. Cuma aku nak cakap, bagi aku Jonker Walk nie best. Rasa lain dari yang lain. Esok kalau aku sambung, mungkin letak gambaq je kot .... bergantung kepada kerajinan aku bercerita! he he he
Okeh, nite kawan-kawan sekalian dan pembaca tersayang!
CK : Esok dah kerja .... semangat!!!
Muara Duyong : memang agak tidak consistent
ReplyDeleteAntara sebab kenapa kami laki bini memilih Melaka sebagai tempat utk settle down...