Hye korang! Ermmm ... rasanya dah lama aku tak cerita pasal makanan kan? Update pasal resepi pun dah takda dah. Tapi tak beerti aku tak masak hokeh, cuma ia telah dislowkan dengan sengaja. Sebab musabab aku slowkan aktiviti memasak nie, nantilah aku cerita ya.
Pagi tadi aku wat bihun goreng for breakfast atas permintaan. Tapi bukan untuk aku makan. Aku breakfast pagi nie dengan sup ayam je. Kenyang sampai tengahari. Bab-bab makan mewah skang aku dah mula stop sekejap. Tak bolehlah nak makan macam-macam sangat. Bila umur dah meningkat nie, kalau makan ikut suka pun susah juga. So, aku dah mula belajar kontrol makan. Senang cakap berdiet la kot. he he he. Selama mana bertahan aku tak pasti, tapi aku akan cuba yang terbaik untuk kesihatan aku!
Walaupun dalam mood berdiet, tapi usaha memasak tetap ada namun kuantiti memasak tu kurang he he Sebelum nak mengarut pasal kesihatan dan kurang makan bagai, jom cuba resepi aku wat bihun goreng. Nak buat bihun nie simple sesangat. Tadi, aku cuma rasa sesudu je untuk tau rasa semua ok ke idak. Pastu bawa gi office untuk kengkawan. Sapa yang nak try buat goreng bihun putih nie boleh try, mudah je ..
Cili besar, cili api, ikan bilis dan bawang korang blend je. Kuantiti agak-agak la. Lepas tu, bahan yang diblend tadi boleh ditumis sampai naik wangi. Masukkan hirisan ayam, fishball, fishcake (atau apa je yng korang suka ... seafood pun ok).
Then masukkan garam, serbuk perasa, cuka dan sedikit gula. Bila dah agak bahan-bahan masak, bolehlah masukkan bihun (bihun tu korang rendamlah dulu ye dengan air panas sekejap). Goreng balik-balikkan semua bahan tadi, rasa tengok bihun tu okey ke idak. Kalau semua rasa dah ok, bihun pun dah lembut bolehlah masukkan sawi. Kalau suke taugeh masukkan taugeh ... aku tak suka taugeh! Senangkan??
Bila dah siap masak, hidanglah! Apalagi ... Bismillah dah ngap...ngap...ngap! sedap nie ... kalau korang nak bagi hangatkan suasana bihun tu, tumbuklah lada hitam pastu goreng sekali ngan bihun. Mesti lagi terangkat.
Walaupun bihun bukan makanan mewah sangat pun, aku stop kejap makan-makan semua nie ... Aku bagi masa pada diri aku sehingga bulan Julai kot. he he he. Walaupun aku berdiet, tapi aku tetap makan jua. Bukan tak makan langsung. Cuma kuantiti telah dikurangkan dengan sengaja!
Lepas nie, sebulan dua lagi leh jumpa doktor sekali untuk check kesihatan plak. Dah lama aku tak wat check up tau. Dulu rajin juga, setahun 2 kali. Skang tak pernah dah. Sebab tu makan pun cam over semacam je!
Korang pun jangan lupa buat check up untuk kesihatan. Kita nie bila umur semakin meningkat, macam-macam penyakit akan hinggap kalau tak jaga makan dan kurang bersenam .......... macam aku! Bab bersenam aku memang malas. Nk mulakan langkah yang pertama tu susah, bila dah mula payah berhenti pula.
Jom sama-sama kita jaga kesihatan kita untuk kebaikan diri sendiri dan orang tersayang!
CK : =)
ok la jimat dan memperbaiki skill kalau tak sedap pun terpaksa la kita makan juga.kan
ReplyDeletediet terbaek adalah makan tapi kuantiti di kurangkan dan bersenam
check up tu wajib eh?sy da 2 taon x jpe doktor.huu
ReplyDelete