Monday, April 2, 2012

SELAMAT PAGI JONKER WALK!

Assalamualaikum ...




Sambung lagi pasal Jonker Walk! Morning ya Jonker Walk. Bila belek semua gambaq yang ada aku rasa macam nak repeat lagi ke sana. Rasa kalau ada kamera godang, siyes gambaq aku cantik-cantik belaka, ha ha ha perasan! Macamlah pro sangat nak pakai kamera godang yang sama saiz lebih kurang aku je.




Tahu apa uncle nie buat? Dia sedang buat gula ketuk! Aku tak tahu sangat cerita pasal gula ketuk. Sebab dekat negeri aku di utara sana memang takda kot aku rasa. Tapi Si MB cakap gula ketuk nie memang banyak masa zaman dia kecik-kecik dulu. Bila ada pada zaman dia, maknanya dia bukan dari utara. Aku macam teruja tengok uncle nie mengetuk gula yang ditaburkan dengan bijan. Apa rasa? Entalah .... kawan-kawan pernah makan ke gula ketuk nie??



 

Yang nie sure semua orang pernah tengokkan? Dekat Pasar Tani Putrajaya pun ada ... aku tengok dengan hasrat mencuri skill dia buat benda nie...hehehhe lepas nie boleh berniaga juga. Kentang putar ke ni??



Menarik kentang bagi jadi panjang. Nampak sangat cantik je


Mari menari! Tengok cara orang cina, walaupun dah berusia tapi mereka menjaga kesihatan dengan bersenam dan menari jugak. Sangat menarik!

 

Walaupun kelainan upaya, tapi dia memang berbakat. Dia menulis nama dengan poem sekali. Kalau tak salah aku, bayaran hanya RM20.00 ....
 

Taman Warisan Jonker Walk .... jom tengok apa ada di dalam ...



 Ini yang ada dalam Taman Warisan Jonker Walk. Aku pun sebenarnya tak lepaskan peluang bergambar di sini.



Free show mungkin! Yang menonton semua warga emas dari bangsa Cina. Masing-masing asyik.


Show terakhir sebelum aku balik!



Hari yang penat dan meletihkan, tapi puashati sebab dapat jenjalan di Jonker Walk. Sekurang-kurangnya dapat mengubat rasa kecewa dengan Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung!



Kalau korang berpeluang, lawatlah Jonker Walk .... alami sebagai satu pengalaman! Thanks for reading!







CK : Semangat kerja ari Isnin! Chaiyooooook



3 comments:

  1. ritu g melaka x sempat smapi sini =(

    ReplyDelete
  2. lamanya tak lepak2 kat jonker nie...malamnya cukup indah dan meriah.

    *suka tengok gelagat org berjalan2

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!