Tuesday, April 10, 2012

MAHAL

Assalamualaikum ...






Aku dah lama sangat teringin nak makan ikan kembung. Ngalah orang mengidam. Yelah, dulu kat kampung boleh dikatakan hari-hari makan ikan kembung. Memang feveret sebab ikan nie senang nak makan, manis kalau ikan yang segar tu dan harga dia lebih murah berbanding ikan merah, ikan parang, ikan kerapu, siakap ..... tapi tak termasuk ikan paus dan ikan jerunglah nie



But hari ini, bila bertanggungjawab pada diri sendiri ..... jika dibandingkan dulu semua ayah yang beli, ikan kembung sekilo dah RM15! Bapak mahal ....! Ini harga dekat Putrajaya ye. Kalau dekat pasar Port Dickson atau Pasar Borong Selangor, aku rasa harga dia tak sampai macam nie pun. Cekik darah weh!



Ikan ini akan aku asam pedaskan dia nanti ..... nyum nyum, nasiblah kau wahai ikan!! Nasib baik kau hensem dan segar.


Kalau aku balik kampung, aku beli dekat pelantar ikan yang dekat Kuala Kedah je. Lagi murah dan lagi segar sebab ikan baru naik. Sekilo ikan kembung masih lagi dengan harga RM1-2 sahaja! Semalam aku amik ikan kembung 2 ekor, rasanya berat je dan 1/2 kilo lebih.... jadi harganya RM6.00!!!


Takpalah. nak isi perut sendiri je pun. Mahal pun mahallah! Dulu, bawa RM50 pergi shopping barang dapur sure penuh satu troli. Sekarang nie, setakat satu plastic bag jelah dapat pun.


Apa nak jadi skang?? Barang makin mahal. Aku nie bujang kira ok lagi, bagi yang ada family dan anak-anak macam korang ..... camne tu??



Apapun kita tetap kena bersyukur juga kan???









CK : Ada yang tak layak tapi dapat! Semua orang sibuk tanya aku, aku cakap "positiflah, dah rezeki dia!".




3 comments:

  1. dulu saya beli ikan kembung 3 ekor, baru 50 sen..sekarang,saya yang duduk kat kampung and dekat ngan jeti ni pon, ikan kembung dah rm9 sekilo..

    ReplyDelete
  2. Memang segar betul ikan kembung tu. Ermm, pasar PD tu, janganlah percaya sangat. Kalau time ramai orang, tiba2 jer ikan tu semua jadi celebrity hot tau.. Dah masak benar dengan perangai orang pasar tu..

    ReplyDelete
  3. giler ar harga dia....takkan sampai mahal mcm tu. ikan kembung jer kot

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!