Thursday, April 19, 2012

AMALAN UNTUK MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Assalamualaikum ...




Hari ini aku share petua sahaja yang dicopy dari ePetua. Takda mood untuk update pasal cerita sendiri, tunggu malam nantilah. Time office susah nk blogging lagi. Kerja banyak then mood ke laut, macam-macam! Lupakan bab itu, aku nak share petua untuk korang yang berumahtangga, baik untuk diamalkan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan. Kita usaha yang terbaik untuk rumahtangga sendiri! Jom layan amalan yang baik ini ...



MEMBACA SURAT ALI' IMRAN AYAT 31
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya. 

 
MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4 
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga) 

 
MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." 

 
MELEMBUTKAN HATI SESEORANG - SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

 
PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA 
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.




Sumber : ePetua





CK : Rasa nak doa dari sekarang je, eh! tak salahkan? hu hu

4 comments:

  1. nice dear..
    thanx 4 sharing :)

    ReplyDelete
  2. Assalam Cik Kamoo,
    Nice to hear from you dan tinggalkan jejak kat dapur akak ..rasa terharu dan dihargai bila teman2 berikan kata2 perangsang..terimaksih ya cik kamoo...really appreciate it so much..

    ReplyDelete
  3. @Ayu Sedih tak dapat blog akak hari tu, sebab pagi2 selalunya sy akan jenguk blog akak kejap sbl start kerja. Thanks ye akak datang sini, dan thanks juga dan tak privatekan blog

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!