Bila tiba hari lahir dia minggu lepas, aku tak buat sebarang entry pun pasal dia. Bukan malas. Tapi aku asyik melayan karenah dia bila berhari-hari tak jumpa. Langsung cerita diblog bukan pasal dia pun. Aku tidak bercerita tentang ulangtahun kelahiran dia yang telah menjejak angka 30an bukan kerana tak sayang atau apa. Cuma bila berhari-hari tak berjumpa, bertepuk tampar, bergaduh serta bermacam muka ... perangai dia mengada-ngada.
Tak tahu nak cakap apa, sambutan ulangtahun kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya sejak 6 tahun dulu. Seperti ia bukan satu kebiasaan, seminggu sebelum sambut ulangtahun kelahiran dia, aku awal-awal lagi dah belikan hadiah! Bawa tuan punya badan sendiri untuk cuba hadiah yang bakal dibeli. Senang aku rasa begitu. Tak perlu surprise untuk sesetengah hadiah. Sebab ia memerlukan saiz dan keselesaan. Bila hari kejadian membeli hadiah dan balik ke rumah masing-masing, dia terus sms aku ....
"Salam awak. Terima kasih kerana membeli dan menghadiahkan sepasang kasut sempena ulangtahun kelahiran saya yang akan datang. Ini merupakan hadiah yang paling mahal pernah diterima. Terima kasih bebanyak. Saya sayangkan awak!"
Kalau aku tak kasi hadiah tu pun aku tahu dia sayangkan aku. ha ha ha. Okeh, tq sebab sayangkan aku yang banyak karenah dalam persahabatan kita. Aku ini memang unexpected tapi kau lebih-lebih lagi unexpected. Mahal sangat ke hadiah yang aku beri tu? Rasanya tak beriban pun harga dia dan aku rasa dia dah lupa aku pernah bagi hadiah yang lebih mahal daripada dia terima hari tu. Dia memang selalu lupa terutama apa yang aku cakap. Aku jarang nak belikan hadiah memahal dekat dia, sebab bagi aku mahal bukan beerti kasih sayang kita pada dia lebih dan murah pula bukan memaksudkan kasih sayang kurang pada insan yang kita sayang. Aku bagi pada dia bila aku rasa time tu aku memang mampu untuk beli!
Aku pernah beli hadiah yang harganya RM20, sebab time tu .... cuma itu je duit yang aku ada. Aku rasa itu hadiah untuk ulangtahun dia tahun lepas kot. he he he. Dia faham dan dia tak pernah pun nak bising. Aku tak mampulah nak beli dia Blackberry, pandailah dia beli sendiri. Tunggu aku kaya esok, baru aku belikan. ha ha ha.
Aku bercerita banyak pasal dia pun, dia buka blog aku pun 6 bulan sekali. Dia tahu aku ada blog. Dia bagikan galakan. Dia tolong amik gambar. Dia kadang bagi idea .... tapi dia amat-amat-amat jarang baca blog nie. Takpa, walau kau jarang baca pun, aku nak tulis juga pasal kau kat sini.
Aku tahu kau baik tapi kau garang sangat. Baran kau dah kurang skeeeeeeeeeeeeeet. Lepas itu kau suka lambat. Aku tak kisah bukan sebab aku sayang kau juga, tapi sebab dah lama sangat aku berbaik dengan kau. Dari kawan biasa, teman, putus, baik, gaduh then jadi kawan baik sesangat!
Lagi satu, aku perasan kau dah berubah. Kau lebih caring pada aku. Dulu, kalau kau hantar aku balik ... amat jarang kau nak tunggu sampai aku masuk lift. Kadang kau suruh aku hantar kau balik sebab kau dah ngantuk giler nak drive. Tapi sekarang, ngantuk camne pun kau hantar aku balik. Alasan, "dah lewat nie ... tak elok awak balik sorang2!". Lepas tu, kau tunggu dekat lobi sampai aku masuk lift baru kau blah! Adakah ia sebab umur kau dah lengkap ke angka 30an kau semakin matang dan nampak aku "wujud" depan mata kau? Aku harap begitulah, jangan ulang kesilapan lama kau dekat aku lagi sudahlah!
Dulu, 3-4 tahun lepas kalau selisih faham sebab kau selalu jadi puncanya dan kita tak bertegur sapa berbulan lamanya. Tapi sekarang tidak lagi, kau dah pandai menjernihkan suasana. dalam masa 24jam keadaan kembali pulih. Aku rasa mungkin sebab umur kau dah meningkat dan kau dah matang. Atau kau dah mula faham aku tak suka persengketaan dan aku tak suka cari pasal dalam hidup nie!
Ada banyaklah benda baik kau buat dan ada juga benda tak baik yang kau kecikkan hati aku. Tapi takpalah, kau pun manusia. Benda tak baik yang kau baru buat kat aku, semalam kau terduduk atas tangan aku dan tersepit celah seat kereta. Giler sakit woi! So, aku memang jerit giler kat kau. Aku rasa itu 1st time aku jerit depan muka kau camtu sejak kita kawan baik. Aku perasan kau cuak! Yelah, selama nie aku tak pernah pun nak jerit-jerit bagai dengan airmata dan nak tarik muka camtu. Itu maknanya bila aku betul-betul sakit je aku jadi camtu.
Aku taknak describe kau nie macam mana dalam hidup aku, bagi aku selagi kau berusaha hargai silaturrahim ini ... bijak-bijaklah kau bawa ia ke jalan yang lebih baik. Aku selesa sangat dengan keadaan kita sekarang. Selamat ulangtahun kelahiran untuk kau, aku doakan yang baik-baik semua jadi milik kau. Aku malas dah nak tulis bebanyak pasal ucapan dan doa aku. Aku dah sms kan aritu? Aku pun dah cakap secara live kat kau jugak. ha ha ha. Ini hadiah untuk kau .... sepasang kasut! Aku ingat nak belikan jam tangan sebab jam tangan kau kan dah hilang. Tapi bila aku tengok, kasut nie aku lebih berkenan walau bukan aku yang nak pakai pun .... ha ha ha. Kau dah semakin dewasa, aku harap kau lebih bijak membuat keputusan untuk hidup kau, mana yang lebih baik dan mana yang tidak. Lagi satu, aku harap kau kuat semangat dengan ujian yang Allah beri pada kau. Sama macam ujian yang kau pernah beri pada aku dulu. Aku belajar untuk tabah, jadi kau pun kena jadi tabah. Sebagai manusia yang baik dengan kau, aku sentiasa ada untuk jatuh bangun kau. Insya-Allah!
Mula aku nak beli kasut nie dekat dia sebagai hadiah... harga RM5,000! Giler mahal .... terus aku cancelkan pembelian, satu sebab mahal dan dua sebab giant sangat! mana muat! Kalau korang nak kasut camnie, pi cari dekat Jonker Walk!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ini hadiah dia. Hush Puppies! Harga selepas sale ... dah murah dah! Dia memang tak pernah beli kasut yang ada brand cenggini. Aku pun bukan jenis brand sangat. Kalau nak ikut brand, rabak wallet gamaknye. cukup bulan makan maggi! Cuma kekadang, setahun 2-3 kali aku agak boros. Aku memang tak macam dia. Dan dia memang tak macam aku. Dia selalu fikir 100x untuk membeli. Dia tak macam aku, nampak cantik .... tengok duit cukup, terus beli. Beza sangat kami berdua.
Aku paksa dia pakai masa celebrate besday dekat Melaka. Hadiah nie aku bagi terus masa beli aritu. So, senang kerja tak perlu fikir nak buat surprise lagi. Hidup biar simple tapi sweet! Sedang elok. Kasut ini untuk dia pergi meeting sebenarnya. Dan juga untuk pergi jenjalan.
Aku harap kau suka! Itu sahaja ....
#Aku dah belikan hadiah untuk mak aku, dan hadiah untuk ayah pula adalah buat grill rumah nanti. Kiranya tahun ini ayah bakal dapat hadiah paling mahal dari orang lain! Sayang ayah .... sayang mak jugak. Bila bagi ayah hadiah yang lebih mahal, tak bermakna kasih sayang aku kurang dekat mak sebab hadiah dia murah dari ayah. Sama je aku sayang mak ayah. he he he.
CK : Happy time!
hidupbiar simple tapi sweet bagus ayat tu
ReplyDelete@Telor Power he he he itu yg akak lalui, simple dan suweet udah le. sonang
ReplyDelete