Masih lagi dengan cerita diet! Sorrylah kalau yang dah bosan pasai blog aku yang tak habis-habis dok gebang bab diet ... menu diet dan yang seumpama dengannya. Pada yang sedang berdiet sure boleh terima cerita aku kan....ngeh ngeh!
Kalau bercerita yg sekepala pasai bab diet nie memang syiok ... ada je semangat baru yang dapat. Macam biasa aku masih boleh berdisiplin mengawal pemakanan aku sebaiknya. Cuma macam aku dok gebang dekat hangpa sebelum nie, aku tak dapat lagi bersungguh-sungguh buat senaman kardio. Bab tu memang belum lagi. Lama tul aku nak amek mood pasai senamam nie. Skang nie aku cuma mampu maintain senaman senang-senang je. Itupun setakat dalam rumah. Lompat bintang dengan skipping bolehlah!
Malam nie aku nak share menu diet aku dengan korang. Menu nie dah kali kedua buat. Aku memang tangkap cintan dengan menu ciptaan aku sendiri. hu hu. Ringkas, cepat, lazat dan berkhasiat! Semua adalah! Balik kerja petang tadi, terus pergi dekat ice box then keluarkan ikan kembung yang aku beli 2-3 hari lepas. Masih segar! Terus aku perapkan macam dekat bawah nie ....
Gambaq sebelum dimasukkan dalam oven. Ikan kembung 3 ekoq memang dekat aku sorang. Adik aku takda, outstation! Lagipun ikan kecik-kecik je. Aku perapkan dengan cili api tumbuk dengan tempoyak, bawang merah, serbuk perasa dan kunyit. Pastu perah sket asam limau. Letakkan hirisan tomato bukan untuk hiasan tapi untuk dimakan. Ermmmm ... nyumie okeh! Aku stimkan ikan nie dalam oven je ... balut dengan aluminium foil!
Dah pun siap! Siap sedia dingap ....
Close up sket! Alhamdulillah, aku dah selamat dinner dengan ikan kembung tempoyak stim nie. Sedap woooo. Kalau dapat makan dengan nasi sure lagi sedap. Tapi tahan je nafsu bila sebut bab nasi nie. Tunggulah cheat day dalam sebulan lagi kot. Biaq turun banyak sket, baru boleh ada cheat day aku rasa.
Owh! Nak cerita dekat hangpa juga ... pagi tadi aku dah naik penimbang. Alhamdulillah, turun lagi satu kilo. Yang nie memang slow gila turun. Nak dapat turun sekilo amik masa seminggu lebih kali nie. Hari tu cepat je pun. Haissssh, tapi takpa pelan-pelan kayuh, nanti sampailah kepada goal yang diimpikan! Biar lambat asal selamat orang kata.
Depa kata, aku kena turun 10kg baru nampak perubahan bahawa aku nie dah kurus sket! Kalau tak, kata depa ia masih lagi montel dan comel. hu hu hu .... sadis!
Buat mereka yang berdiet, silateruskanusahaanda!
CK : Seharian sakit kepala .... stress dengan boss aku lagi! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr .....
nice! kite makan ayam rebus je mlm ni...sedap gak! makan 2 ketul boleh pulak rasa x cukup...lupe pulak nk snap gambar. lenkali nk buat lagi, uplod masuk blog.
ReplyDelete@Nuwairani Ismail Nani, nti jgn lupa load gambaq la lenkali. Boleh share ngan CK. Td ptg CK ada plan nk buat chicken grill, tapi bila tengok ikan kembung tu lagi sedap ... terus lupakan bab ayam.
ReplyDelete