Saturday, April 14, 2012

SOSEJ ROCK N' ROLL!

Assalamulaikum ....




Tadi aku cakap kat korang nak buat sosej rock n roll kan? Eh ... sosej roll je, rock rock tu takde ye! he he he. Saje aku letak lebih plak nama dia. hu hu. Okeh, back to the sosej roll punya cerita. Memandangkan adik aku nak pi umah abang di angkasa yang sangat indah sana, maka aku cam willinglah nk buatkan sosej roll nie utk buah tangan kepada anak-anak buah aku. Lagi pun malam tadi, adik aku dah bertungkus lumus siapkan cream puff yang dipesan oleh anak buah aku. So, minggu nie kenalah buat!


Sosej roll aku nie secara tak sengaja je buat untuk bagi dorang. Rindu dendam kat dorang nie. Lama jugak tak jumpa, dekat sebulan kot rasanya. So, aku kirim mengirim ajelah. Aku buat sosej roll 3 bekas, 1 untuk anak-anak buah di angkasa indah, 1 lagi kat anak buah hujung Putrajaya dan 1 lagi bekas untuk adik aku yang serumah nie bawa pi kelas. hu hu. Rajinkan aku! Opppppppppppppppppppsss terpuji diri pulak. hehehhehehe.


Dah 2 kali aku buat sosej roll nie, tapi sekali pun aku tak makan. Aku kan mood diet. Jadi aku just buat ajelah. Mula sekali aku buat, pakai sosej ayam. Aku rasa guna sosej ayam lagi sedap kot sebab sosej dia lebih lembut berbanding sosej daging lembu. Yang arini punya aku buat pakai sosej daging lembu. Brand sosej sila guna jenama Ramly, lebih yakin kehalalannye. 



Di bawah nie rentetan sosej roll aku ... dari mula buat sampai siap digoreng. Rajin pula hari nie aku update gambaq. Kalau tak bukan main malas lagi. hu hu


Sosej roll ... dalamnye sosej yang dibelah dua. Kemudian grillkan sosej berkenaan. Letakkan hirisan cheese. Cheese tu ... korang leh potong 4 ye! Tak yah letak cheese banyak, kang mual pulak. Aku guna roti gardenia. Korang amek roti tu, kasi gelek nipis-nipis baru letak sosej ye!


Setelah digelek dengan serbuk roti. Sebelum gelek dengan serbuk roti, korang gelekkan dulu dalam bancuhan telur ye. Biarkan sebati tapi jangan banyak, ala kadar je. Fungsi telur berkenaan adalah untuk melekatkan bread crumbs berkenaan pada sosej roll itu. Kejap je dah jadi, serius tak sampai sejam. Aku rasa 30 minit dah pun siap. Apa lagi jom kita goreng! 
Dan hasilnye ........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAAAADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA


 Dah pun siap sosej roll kita! Mudahkan. Sila goreng dengan api yang sederhana, goreng pun kejap je. Sentiasa balik-balikkan dan pleseeeeeeee jangan leka semasa menggoreng takut hangus pulak nanti. Goreng sampai warna bertukar keemasan sket! Dah siap goreng, angkat dan toskan ye anak-anak! Jom kita close up sket sosej roll kita pagi nie ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Haaaa itu dia! Aku letak sosej separuh je sebab taknak sosej roll itu gemuk semacam aku dan susah gulung!




Semua sosej roll berkenaan telah selamat adik aku deliver ke rumah anak-anak buah aku. Harap dorang sukalah makan. Simple je buah tangan aku but mengenyangkan kot! he he he



Okehlah, aku nak pi mengemas dapur pulak! Thanks for reading ye sayang-sayang semua!






CK : Nak pergi kerja ke tak hari nie? Paper tak siap lagi nie ..... haishhhhhh

9 comments:

  1. waaahhh... rajin3... bleh cuba gak nih...

    ReplyDelete
  2. @H Abadiey rajin sebab mudah je nk wat nie. sila cuba ... he he he

    ReplyDelete
  3. wow! bestnye hidup org yang dekat dengan kedai jual roti gardenia...kite ni duk sabah xde roti gardenia pon...tensen betol...balik semenanjung, terus borong roti wat balik sabah...nice recipe! izinkan nani cilok resepi ye! heheh

    ReplyDelete
  4. @Nuwairani Ismail Jauhnya kat Sabah, takpe pakai roti putih biasa pun ok awak ... silalah cuba resepi nie! Thanks berkunjung ke blog saya ye.

    ReplyDelete
  5. hadoo... apasal ramai blogger update pasal makanan hari nie. lapar aku di buatnya.

    cis...tak boleh jadi ni

    ReplyDelete
  6. @Telor Power hari cuti dik, biasalah ... masak then makan je. tp yg nie akak buatkan je, makannye idak. kasi anak buah je

    ReplyDelete
  7. jadi,kenapa aku buka blog ni pagi2?

    lapar.

    ReplyDelete
  8. @mas saari CK tak tau sedap ke tak sebab CK x makan pun ... he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!