Wednesday, April 25, 2012

MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER

Assalamualaikum ....





Selamat pagi korang semua! Rasanya dah sekian lama aku tak terbitkan entry dipagi hari. Nak buat autopublish entry macam dulu pun dah tak sempat. Kalau dulu sebelum aku masuk tidor, entry untuk esok pagi tu aku dah siapkan malam-malam. Dah siap semua baru masuk tidur. Skang nie rutin hidup aku dah berubah sket. Malam dah jarang nak berinternet beriya sangat. Cukuplah ala kadar. Aku pun tak tau awat yang jadi malas sangat nak berblogging memalam. Uuuhhhh camnolah nak jadi blogger tegar camnie, kalau penyakit M mula nk menyinggah ... sssyooooh syooooh jauh kau penyakit M! he he he


Panjang pula aku bebel pepagi nie. Short cut ajelah ye, aku nak share dekat korang pasal resepi Murtabak Cream Cracker yang dimaklumkan sebelum nie. Murtabak nie aku buat weekend baru nie. Hari Ahad. Sapa yang baca blog aku sure tau yang aku buat murtabak nie sebagai buah tangan masa pergi rumah abang and adik aku. Nak singgah-singgah kedai beli kuih muih ke hape ke malas bebenor! Jadinya aku buat je sendiri dari rumah. Bangun awal pagi hari Ahad baru nie, memang bersilat kat dapur menyiapkan murtabak cream cracker! Korang patut cuba resepi .... sedap, mudah dah mengenyangkan! Aku cedok resepi nie dari blog MASAM MANIS. Terima kasih ye Intan share resepi. Tapi aku cuma guna bahan-bahan yang ada dalam fridge je. Takda nak tambah-tambah. Asal jadi sudah!




Rupa murtabak cream cracker sebelum dibakar. Atas dia tu susu campur dengan telur! Bancuh-bancuh tuang je atas biskut. Mulanya aku ingat susah sangat nak buat resepi nie. Tak sesusah mana. Nak buat murtabak betoi-betoi memang tak pandailah. Nak menebar roti tu yang tak pandai. Sudahnye, guna biskut je wat murtabak! Senangkan? Jomlah share resepi ...


MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER

Resepi : Masam Manis
Olahan : Cik Kamoo


 Bahan-Bahan
600 gm daging cincang - CK guna 3 keping daging burger
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
3 sudu cili boh - CK tambah
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)

3 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang carrot - potong dadu - CK tambah
1 biji kentang - potong dadu - CK tambah
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker - CK guna 18 keping cream cracker
1 cawan santan - CK tak guna pun
1 cawan susu cair
1 cawan air - CK tak guna pun

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional) - CK tak guna pun
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit) - CK pakai 5 biji telur

Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.


CK buat 3 lapis sahaja dan bakar selama 20 minit sahaja dengan menggunakan api atas bawah. CK tak celup cream cracker tu lelama, sekadar lalu je biskut dengan susu kemudian terus susun dan lapiskan dengan inti, kemudian cream cracker pula then inti dan last sekali susun cream cracker tanpa dicelup dengan susu. Akhir sekali tu, bancuh sebiji telur dengan lebihan susu yang celup biskut tu dan tuang pada lapisan atas sekali. Siap untuk dibakar!



Haaa dah siap pun! Lapisan biskut yang atas sekali susah pula nak melekat. Next time kena cuba lagilah.


Dah siap-siap potong! Murtabak nie sedap dimakan masa panas-panas. Kalau dah sejuk dia macam lembik. Boleh panaskan semula jika mahu. Sedap dicicah dengan sos cili. Sesuai dibuat untuk minum petang! Okeh, selamat mencuba ye resepi mudah yang melazatkan!



Okey, jomlah kita sambung kerja! Hari nie gomen dah masuk gaji ... sila berbelanja dengan berhemah ye! Jangan jadi macam CK, banyak benda nak kena bayar ... hu hu sabaq ajelah!





CK : Syukur!

4 comments:

  1. ermmm... cm sedap jer ... bleh cuba nanti... :)

    ReplyDelete
  2. biskut cream crackers banyak lagi. tapi tak cukup rajin nk buat ni.

    ReplyDelete
  3. wow.. sedap.. nampak simple n menareks.. hehe

    ReplyDelete
  4. macam sedap je.. boleh cuba..
    jom singgah blog saya shahhaslinda.blogspot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!