Monday, April 9, 2012

KEMENANGAN BUKAN TERLETAK KEPADA FAN .... CLUB!

Assalamualaikum ...





Entry nie sepatutnya malam tadi aku publish, tapi boleh plak tertidoq. Penat gamaknya sebab semalam aku kerja, balik lambat nak tunggu hujan berhenti. Tapi hujan setakat renyai je, maka aku redah balik juga dengan merempit. Basah gak le! Sesekali  merempit dalam hujan, risau pun ada sebab jalan licin. But Alhamdulillah, selamat juga sampai rumah.


Aku rasa korang semua sure layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) semalam kan? Aku pun layan juga, tapi separuh je. Separuh lagi aku dah hanyut sampai ke negeri China. Tertidoq depan tv dengan selambanya dan tanpa rasa bersalah. ha ha ha. Letih gamaknye! So, kesudahan ABPBH memnag aku tak tahu. Sedaq sedaq adik aku dah tutup tv, kendian aku bangun ubah tempat tidoq je. Dah tak daya dah!


Aku rasa aku terlelap time Fizz Fairuz diumumkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular! Punyalah cuak muka Fizz masa diumumkan dialah paling popular kat TV. Aku pun tak sangka dia menang kategori tu, walaupun aku memang suka sangat tengok dia berlakon. Menjadi-jadi memanjang! Ingatkan yang nak menang mungkin Aaron Aziz ke .... Adi Putra ke .... tak pun Remy Ishak! Rupanya Fizz yang monang! Tahniahlah Fizz Fairuz, leh la cepat kahwin lepas nie!


Bila Fizz monang, rasa teruja bila dia cakap kat stage ... "tak sangkalah menang, sebab saya  takda fan pun!". Cakap pun dengan gaya-gaya nak menangis. Terus ucap thanks kat kakak and abang ipar dia. Takda fan pun boleh menang, sebab kalau dah bagus tetap orang iktiraf bagus. Aku rasa maybe Fizz ingat dia takde peminat sangat macam artis lain yang ada fan bagai! Cer tengok malam tadi, kalau korang ingat ... majoriti artis ada fan sendiri. Especially Fafau (Fara Fauzana). Tak dinafikan Fafau nie memang popular dan best. Aku rasa dia fan club dia dah ramai benor nie, coz tu dia boleh menang 2 anugerah, Pengacara TV Wanita Popular dan Pengacara Radio Wanita Popular!


Pagi nie bangun tidor terus belek Berita Harian nak tengok sape yang dapat Anugerah Bintang Popular! Memang dah agak dah bila tengok dapat kat Aaron Aziz! Sesuai kot! Ker ada yang lagi popular? Rezki dialah tu. Alhamdulillah. Okeh, pada yang terlepas tengok ABPBH cam aku semalam, aku listkan korang senarai pemenang anugerah! Aku pun tak sangka yang ABPBH nie dah 25 tahun penganjuran dah. Tahniah Berita Harian!





Bintang Popular - AARON AZIZ
Anugerah Sri Perak - DATUK SITI NURHALIZA
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - DATUK SHEILA MAJID

Pelakon Filem Lelaki Popular - AARON AZIZ
Pelakon Filem Wanita Popular - MAYA KARIN
Penyanyi Lelaki Popular - HAFIZ
Penyanyi Wanita Popular - YUNA


Pelakon TV Lelaki Popular - FIZZ FAIRUZ
Pelakon TV Wanita Popular - FASHA SANDA
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - JACLYN VICTOR, SHILA AMZAH & NING BAIZURA

Artis Komedi Lelaki Popular - JOHAN RAJA LAWAK
Artis Komedi Wanita Popular - DIDIE ALIAS
Artis Baru Lelaki Popular - JOHAN ARIFF AS'ARI
Artis Baru Wanita Popular - TASHA SHILLA


Pengacara TV Lelaki Popular - ZIZAN RAZAK
Pengacara TV Wanita Popular - FARA FAUZANA
Penyampai Radio Lelaki Popular - FAIZAL ISMAIL
Penyampai Radio Wanita Popular - FARA FAUZANA




Letih menaip! Malas nak copy dari BH. Kang tercopy plak kod iklan pape kang, effect plak Nuffnang nanti. Belajar dari kesilapan lama. he he he. 


Tahniah semua pemenang anugerah! Syiooooooooooooooooooklah korang, cuma tang baju bagi artis-artis wanita tu, takyahlah ketat-ketat sangat sampai susah nak berjalan dan naik stage! Tak ke menyusahkan diri macam tu. Takda pula artis wanita yang nak pakai baju kurung or baju kebaya je untuk event camnie. Asyik-asyik baju style omputih! Busannye nengok .... Kita Malaysialah! Ramai Melayu pulak tu, bila Melayu sinonimlah dengan agamanya Islam ..... pikiaq pikiaqlah!



Cuma semalam, pengacaraan tak berapa best! Merapu, tak kelakaq pun dan macam kelam kabut pun ada. Sound system pun cam teruk je siap ada gangguan. Haaaaaaa, walaupun tidoq tapi leh komplen plak bab nie. Aku komplen time aku tengok je! he he he



Okehlah, selamat bekerja di Isnin yang indah! Happy working semua and thanks for reading.









CK : Takda fan pun leh monang tau!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!